slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 29 Mei 2012

Petinju negara bersihkan nama TMJ


petinju negara, Muhamad Farkhan
Muhamad Farkhan ketika sidang akhbar untuk menjelaskan keadaan sebenar, semalam.

JOHOR BAHRU - Petinju negara, Muhamad Farkhan Mohd Haron, 24, yang cedera dipukul sekumpulan individu, awal bulan ini, mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan situasi sebenar kejadian di Majlis Sukan Negeri Johor, semalam.


Menurutnya, spekulasi kononnya dia dipukul di restoran tidak benar.


“Saya ingin mohon maaf kepada media kerana tidak dapat beri kerjasama ketika kejadian berikutan keadaan saya tidak stabil. Saya tidak dipukul di restoran, sebaliknya diserang di rumah suspek.


“Apa saya tahu, berita kejadian ini turut diketahui media luar negara.


“Saya juga ingin bersihkan beberapa nama individu yang dikatakan mencedera dan memukul saya iaitu Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan pengusaha restoran,” katanya.


Muhamad Farkhan berkata, hubungannya bersama Tunku Mahkota Johor masih baik dan berkawan rapat sejak awal perkenalan hingga kini.


“Saya tidak dipukul kedua- dua individu terbabit. Saya ingin tegaskan DYAM Tunku Mahkota Johor sanggup mencemar duli melawat saya dan banyak memberi sokongan moral serta bantuan.


“Hubungan kami masih baik dan berkawan rapat hingga hari ini,” katanya.


Katanya, polis diharap dapat menyegerakan siasatan ke atas suspek yang kini dalam tahanan reman selain menangkap saki baki ahli kumpulan.


“Saya hanya bertinju dalam gelanggang dan tidak pernah melakukan kesalahan atau ada rekod jenayah,” katanya.


Menceritakan kembali kejadian beliau dipukul, Muhamad Farkhan akui ada terima panggilan daripada individu ketika menonton perlawanan bola sepak melibatkan dua kelab gergasi Inggeris.


“Suspek bukan dari kalangan kerabat diraja Johor ini ada hubungi saya berulang kali, namun saya tidak menerima panggilan dibuat.Bagaimanapun, panggilan kelima daripada suspek, saya terima juga dan dia minta saya ke rumahnya.


“Sebaik sahaja saya tiba di rumah suspek, saya terus diserang suspek dan enam ahli kumpulan lain termasuk seorang wanita menggunakan senjata antaranya besi, pedang samurai, kayu dan tongkat sehingga mengakibatkan saya cedera parah,” katanya.


Menurutnya, polis masih menyiasat motif serangan dan petinju kelahiran Johor itu turut mengakui kenal suspek, namun tidak rapat.


“Mungkin suspek mahu malukan saya. Mungkin dia cemburu, tetapi motif serangan masih dalam siasatan dan saya hanya mahu keadilan.


“Kecederaan saya merugikan Malaysia kerana saya menunggu tiket wildcard untuk layak ke Sukan Olimpik. Jika saya dapat tiket wildcard ini, saya tidak boleh beraksi.


“Doktor nasihatkan saya perlu berehat tiga hingga enam bulan,” katanya.


Muhamad Farkhan turut mengakui diseksa empat jam ketika kejadian antaranya dipaksa makan cili, diikat tangan dan kaki dan dicampakkan di dalam bonet selama 45 minit.


Selain itu, katanya, suspek mengugut mahu mengapa-apakan diri dan keluarganya jika laporan polis dibuat.


“Saya dijemput pakcik selepas kejadian. Kecederaan saya kritikal dan parah sehingga tidak sedarkan diri. Saya turut rugi apabila wang tunai RM800 dan empat telefon bimbit diambil selain lampu belakang kereta dipecahkan. 


“Suspek dan rakan diharap diheret ke muka pengadilan dan terima hukuman setimpal,” katanya. - SinarHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga