"Kita masih ada ramai lagi pemain tempatan yang baik dan mampu memberikan cabaran kepada pasukan dari seberang Tambak Johor itu," kata Penolong Pengurus pasukan Terengganu, Sheikh Tajudin Syeikh Yusof kepada Bernama.
Beliau berkata Terengganu tetap yakin untuk menang kerana pernah mengalahkan Lions XII 1-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura dalam pusingan pertama Liga Super pada 28 Januari lalu.
Forkey Doe yang berasal dari Liberia dipanggil balik untuk menyertai pasukan negaranya dalam kejohanan kelayakan Piala Dunia bagi zon Afrika dan dijadual pulang semula ke Terengganu lusa.
Sheikh Tajudin berkata semasa ketiadaan Forkey Doe, Manaf Mamat dan Abdul Hadi Yahaya akan digabung sebagai penggempur utama.
"Kita juga merasa gembira kerana semua pemain termasuk Mohd Faizal Muhamad yang telah bebas dari penggantungan, tiada masalah untuk diturunkan," katanya.
Namun beliau tetap berwaspada dengan prestasi Lions XII yang membelasah Sabah 9-0 Sabtu lepas. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan