slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 29 September 2012

Penyokong demo desak Che Mat Jusoh letak jawatan

Penyokong demo desak Che Mat Jusoh letak jawatan
Penyokong pasukan bola sepak Terengganu berdemonstrasi mendesak Che Mat Jusoh meletak jawtaan di Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Penyokong pasukan bola sepak Terengganu mengadakan demonstrasi hari ini mendesak Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh meletak jawatan walaupun Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menasihati agar tidak berbuat demikian.

Kira-kira 500 penyokong pasukan bola sepak Terengganu mengadakan demonstrasi aman di kawasan parkir di hadapan Pusat Akuatik bermula jam 10.30 pagi bagi menyatakan pendirian mereka supaya satu perubahan besar dilakukan dalam pentadbiran tertinggi PBSNT.

Perhimpunan kumpulan dengan kempen Asal Bukan Che Mat (ABC) itu pada awalnya dirancang diadakan di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar bagi menyerahkan memorandum kepadanya, namun bertukar lokasi atas sebab tertentu.

Peserta demonstrasi, Khairul Fakhruddin Sulaiman, 23, berkata, mereka mendesak supaya PBSNT di struktur semula melalui satu rombakan besar-besaran dan satu dialog terbuka diadakan bersama persatuan itu.

“Kita mahu mereka ubah cara pengurusan daripada persatuan kepada korporat supaya pengurusan PBSNT nampak lebih profesional. Sepatutnya, dalam PBSNT perlu ada badan berkepentingan untuk menjaga dan membantu pentadbiran persatuan.

“Terdapat beberapa unit diperlukan untuk memainkan peranan penting dalam PBSNT antaranya unit perancang ekonomi, sekretariat perhubungan awam dan tajaan  bagi melahirkan jawatankuasa kerja yang efektif dan lengkap dalam segenap aspek,” katanya.

Dakwanya, pemimpin persatuan itu tidak memiliki integriti, daya saing, semangat berdikari malah terlalu bergantung serta mengharapkan bantuan daripada Kerajaan Negeri.

“Bayangkan kalau 70 peratus pendapatan persatuan daripada Kerajaan Negeri, mana keupayaan persatuan untuk berdikari? Jadi, muncul pelbagai masalah yang berpunca daripada ketidakupayaan mengurus persatuan dengan baik seperti kelewatan bayaran gaji pemain dan pelbagai masalah lain,” katanya.

Khairul Fakhruddin berkata, kempen ABC tidak akan berakhir selagi tiada perubahan besar dalam PBSNT dan mereka akan terus mendesak supaya satu dialog terbuka diadakan bersama Presiden PBSNT itu.

“Kami mahu satu dialog terbuka diadakan untuk berbincang mengenai kemelut yang melanda dalam pasukan Terengganu.

“Seandainya telah ada satu perubahan besar-besaran dilakukan dalam PBSNT, kami akan mengadakan satu majlis kesyukuran bagi menghargai jasa dan pengorbanan presiden persatuan selama ini selain meraikan wajah baru dalam pentadbiran persatuan,” katanya. - SinarHarian

Ahad, 23 September 2012

United down Liverpool at emotional Anfield


Liverpool 1 Man Utd 2
LONDON: Ten-man Liverpool were left searching for their first Premier League win under new manager Brendan Rodgers as arch-rivals Manchester United came from behind to win 2-1 at an emotional Anfield on Sunday.
This was Liverpool’s first home match since an independent report cleared their fans of any responsibility for the 1989 Hillsborough disaster where 96 of the Merseysiders’ supporters were crushed to death during an FA Cup semi-final.
Liverpool played more than half the match a man down after Jonjo Shelvey was sent off in the 39th minute for a two-footed challenge on Jonny Evans.
But they still took a 46th minute lead when captain Steven Gerrard – whose 10-year-old cousin, Jon-Paul Gilhooley, was the youngest fan to die at Hillsborough – volleyed home from near the penalty spot.
However, United only had to wait five minutes for an equaliser when Rafael curled in a superb shot from the right-hand side of the Liverpool area.
And with 15 minutes to go United – who had missed their last three penalties – were awarded a spot-kick when Liverpool defender Glen Johnson brought down Antonio Valencia.
There was a delay of several minutes as Liverpool defender Daniel Agger received treatment for an injury before Dutch striker Robin van Persie beat goalkeeper Pepe Reina.
Victory saw United move to within a point of leaders Chelsea while defeat left Liverpool languishing in the bottom three.
Before kick-off, a potential flashpoint was avoided when Liverpool striker Luis Suarez and United defender Patrice Evra shook hands.

Suarez, banned for eight games for racially abusing Senegalese-born Frenchman Evra in the equivalent fixture last season, declined to shake the United man’s hand before the clubs’ last meeting in February.
The Hillsborough victims were remembered in a series of pre-match ceremonies.
United legend Bobby Charlton presented former Liverpool striker Ian Rush with a bouquet of red roses, and United captain Ryan Giggs released 96 red balloons, one for each of the dead.
Tributes to the Hillsborough dead climaxed with the words “The Truth”, “Justice” and “96″ being spelled out by fans holding red and white cards.
Sunday’s other Premier League matches see champions Manchester City at home to high-flyers Arsenal while Chris Hughton takes Norwich to St James’ Park for the first time since being sacked as Newcastle manager and Tottenham Hotspur face Queens Park Rangers in a London derby at White Hart Lane. – AFP

Terbuka Jepun: Skuad badminton negara raih kejayaan berganda

Lee Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei

KUALA LUMPUR - Skuad badminton negara meraih kejayaan berganda pada Kejohanan Badminton Terbuka Jepun yang berakhir di Gimnasium Yoyogi, Tokyo.
Pasangan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang diletak selaku pilihan utama kejohanan mudah menumpaskan beregu Indonesia Muhammad Rijal dan Liliyana Natsir dengan 21-12 dan 21-19 dalam tempoh 33 minit, demikian menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam laman sesawang mereka www.bwfbadminton.org.
Datuk Lee Chong Wei kemudian meneruskan rentak kecemerlangan kem badminton negara apabila menewaskan pemain Thailand Boonsak Ponsana dengan 21-18 dan 21-18
dalam masa 41 minit.

Harapan skuad negara untuk meraih kejuaraan hatrik bagaimanapun tidak kesampaian selepas Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong tewas mengejut kepada pasangan muda Korea, Kim Ki Jung dan Kim Sa Rang dengan keputusan 16-21 dan 19-21.
Peng Soon dan Liu Ying serta Chong Wei masing-masing menerima wang tunai US$15,800 (RM48,188) dan US$15,000 (RM45,748) atas kemenangan mereka manakala Kien Kiat dan Boon Heong membawa pulang US$7,600 (RM23, 179) selaku naib juara. - Bernama

AGM kecoh, Shahidan gagal pertahan jawatan

Datuk Shahidan Kassim
Datuk Seri Shahidan Kassim melambaikan tangan sebelum beredar selepas mesyuarat agung tahunan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hari ini.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hari ini bermula dalam suasana kecoh susulan pertikaian sama ada ia harus diteruskan atau ditunda.
Bukan itu sahaja, calon Presien KOM yang juga Presiden Persatuan Olahraga Amatur Negeri Sembilan, Datuk Zainal Abidin Ahmad menyuarakan perasaan tidak puas hati berikutan mesyuarat tersebut ditutup oleh pengerusi yang juga Presiden KOM, Datuk Shahidan Kassim sebelum keputusan undian diumumkan.
Diundi sebagai Presiden KOM bagi penggal 2012-2014, Zainal Abidin yang menewaskan Shahidan dengan 23 undian daripada 44 perwakilan, berkata, AGM sepatutnya ditutup selepas selesai pengumuman calon dan ia sepatutnya dilakukan oleh ahli jawatankuasa baru yang telah dilantik.
"AGM ini sepatutnya mengikut prosedur mesyuarat yang sebenar dan hanya boleh ditutup selepas kesemua ahli jawatankuasa baru diberikan peluang untuk berucap dan menyatakan hala tuju," katanya selepas diumumkan sebagai Presiden KOM yang baru.
Pada masa yang sama, mengakui yakin akan menang dalam perebutan kerusi Presiden KOM berdasarkan polemik yang melanda badan induk itu belakangan ini, Zainal Abidin berharap pemilihan muka baru dalam mengendalikan KOM akan membawa banyak perubahan.
"Saya memang mahu mengambil alih jawatan ini sekali gus sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam memartabatkan sukan olahraga," katanya yang mahu menumpukan aspek kebajikan, prestasi atlet dan juga jurulatih.
Sementara itu, meskipun menjadi calon popular dalam KOM, Shahidan, bekas Menteri Besar Perlis, nyata gagal mempertahankan jawatan yang dipegangnya sejak 2006. Beliau menerima 21 undi.
Laporan Bernama menyebut, kesemua 44 perwakilan yang mengundi sebulat suara memilih empat individu termasuk dua penyandang sebagai naib presiden KOM selepas memperoleh undi tertinggi.
Dua penyandang jawatan iaitu Datuk R. Annamalai dan Datuk Paduka Mumtaz Begum Abdul Jaffar masing-masing memperoleh 25 dan 24 undi manakala dua lagi calon iaitu Setiausaha Agung Persatuan Olahraga Amatur Selangor (POAS), K. Yogeswaran dan Presiden Persatuan Olahraga Amatur Sabah Datuk Paiman Abdul Karim pula masing-masing memperoleh 32 dan 28 undi.
Tiga lagi calon yang bertanding untuk jawatan tersebut memperoleh undi terendah iaitu Setiausaha Persatuan Olahraga Amatur Johor R. Rajasegram (24 undi) serta Setiausaha Persatuan Olahraga Amatur Terengganu Rajemah Sheikh Ahmad dan Mohamad Awang daripada Persatuan Olahraga Amatur Kelantan dengan 21 undi masing-masing.
Mumtaz diberikan kemenangan berbanding Rajasegram kerana KOM mewajibkan naib presidennya harus diwakili seorang wanita.
Karim yang berharap agar kepimpinan baru dapat membawa KOM menjadi salah sebuah persatuan sukan yang disegani di negara ini.
"Saya ucapkan terima kasih kepada perwakilan yang memberi kepercayaan kepada saya selama ini dan saya berharap kepimpinan baharu di bawah Zainal Abidin serta Wan Hisham akan menaikkan nama KOM demi kebaikan sukan olahraga negara," katanya.
Sementara itu, Zainal Abidin mengucapkan terima kasih kepada perwakilan yang memilih beliau dan berjanji akan memberikan sumbangan terbaik demi pembangunan berterusan sukan olahraga negara.
"Saya berikrar akan membantu untuk memajukan lagi sukan KOM dengan kerjasama erat daripada perwakilan serta anggota gabungan KOM," katanya.
Bagi Wan Hisham pula, beliau meminta perwakilan tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada kepimpinan baharu untuk mencipta kegemilangan pada masa yang singkat.
"Berilah masa kepada kami (kepimpinan baharu) untuk membetulkan segala kesalahan lampau dan berusaha bersama-sama membangunkan sukan olahraga negara," katanya.
Terpaksa menerima hakikat tersebut, Shahidan bagaimanapun berjanji akan terus berjuang untuk memastikan sasaran pingat bagi olahraga tercapai dan berharap segala isu panas yang berlaku dalam KOM dapat dikurangkan.
"Saya terima keputusan ini dengan hati terbuka. Ini tidak bermakna perjalanan saya dalam dunia sukan sudah berakhir. Enam tahun berada dalam pengurusan KOM saya sudah lakukan yang terbaik dan saya berharap ahli jawatankuasa baru sudah membuat persediaan yang mantap untuk menerajui KOM.
"Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang berjaya dan yang tidak berjaya, jangan putus asa," katanya ketika ditemui di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
Timbalan Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim turut kecundang dalam mengekalkan jawatannya apabila ia kini dipegang oleh Datuk Wan Hisyam Wan Salleh yang sebelum ini merupakan Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu. - SinarHarian

Khamis, 20 September 2012

Jiran diburu dalam kes rogol, samun di Kuala Lipis


KUANTAN - Polis kini memburu dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian rogol dan samun di Kampung Gemunchor, Kuala Lipis, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata seorang daripada suspek merupakan jiran kepada mangsa.
"Rumah suspek yang berusia 30 tahun itu terletak tidak jauh dari rumah mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Mengulas kejadian pukul 10 malam itu, dua lelaki bersenjatakan parang menceroboh masuk ke rumah mangsa melalui pintu belakang yang tidak berkunci.
"Ketika berada dalam rumah mangsa, dua lelaki terbabit telah mengacukan parang dan memukul ibu mangsa sebelum mengikatnya dengan tali.
"Selepas mengikat suri rumah berusia 40 itu, iaitu ibu kepada mangsa, dua lelaki terbabit kemudian menarik mangsa yang berada di ruang tamu dan dibawa ke bilik air sebelum merogolnya," katanya.
Abdul Razak berkata selain merogol mangsa yang merupakan pelajar tingkatan lima, dua lelaki terbabit turut merampas gelang tangan ibu mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu atau mengenali suspek agar tampil di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Lipis bagi membantu siasatan.- Bernama

Hidayat to call it quits next year


Hidayat to call it quits next year
TOKYO: Athens Olympic gold medallist Taufik Hidayat revealed Thursday that he will retire next year, as he reached the quarter-finals at the Japan Open.
"After the (London) Olympics, I decided to play 10 more tournaments and this is the first one. I will retire after the Indonesian Open next year," said the Indonesian seventh seed after beating Japan's Akira Koga 21-11, 21-10.
Hidayat, 31, who has yet to win a title this season, added: "I'm satisfied that I can still compete in a big tournament like this.
"For sure I haven't won this tournament, but I reached the final three times before. I know I have a better chance because of the withdrawals of the Chinese players, but I'm not in my best form.
"I'm going to try to take my chances as far as possible and get the best possible result in my last Japan Open."
Hidayat kept on course for a probable semi-final encounter against top-seeded Lee Chong Wei, who will play Victor Axelsen of Denmark later in the day.
All Chinese players pulled out of the Japan Open in protest at a territorial dispute between the two countries. China won all five titles at the London Olympics and again last week at their home Superseries.
In the women's singles second round in Tokyo, top seed Tine Baun of Denmark eased past Busanan Ongbumrungpan of Thailand 21-14, 21-7.
Baun captured her first major title five years ago in the Japan Open and went on to win the prestigious All England titles in 2008 and 2009.
Thai third seed Ratchanok Intanon defeated Tee Jing Yi of Malaysia 21-11, 21-10, and set up a quarter-final match against fifth seed Tai Tzu-ying of Taiwan, winner over Sapsiree Taerattanachai of Thailand 21-13, 21-17. -AFP

Hodak: Letih punca utama Kelantan kalah kepada Arbil

Bojan Hodak
Pengendali The Red Warriors, Bojan Hodak

KUALA LUMPUR - Jurulatih Kelantan Bojan Hodak berpendapat keletihan merupakan punca pasukannya dibelasah 1-5 oleh juara liga Iraq, Arbil dalam pusingan pertama perlawanan suku akhir Piala AFC, malam tadi.
Berikutan perjalanan jauh dan memenatkan dari Kota Baharu, pasukan pantai timur itu berhempas pulas dalam perlawanan itu di Stadium Francouse Al Hareeri.
Halkard Mulla Mohammed membuka jaringan pada minit ke-38 dari kawasan penalti sebelum ketua pasukan Kelantan Mohd Badri Radzi menyamakan kedudukan pada minit ke-41, kata AFC seperti yang dipetik daripada laman web mereka; www.the-afc.com.
Amjed Radhi menambah jaringan Arbil dengan satu lagi tendangan penalti pada minit ke-51 sebelum Luay Salah menjaringkan gol pada minit ke-66 dan diperkukuhkan dengan dua jaringan oleh pemain gantian Salih Sadeer pada minit ke-72 dan sebelum tiupan wisel penamat permainan memastikan pasukan Iraq melangkah keluar padang dengan kemenangan meyakinkan.
"Secara jujur, kami tidak layak menerima kekalahan teruk ini dan kami mungkin dapat menjaringkan lebih daripada satu gol tetapi kami gagal merebut peluang yang ada," kata Hodak.
"Semua pemain keletihan dan terjejas dengan perjalanan jauh yang mengambil masa lebih daripada 30 jam. Kami juga kehilangan lima pemain utama yang tidak datang bersama kami ke Arbil atas pelbagai sebab," katanya.
Walaupun keputusannya mungkin sudah berlalu bagi juara liga Super itu, jurulatih dari Croatia itu masih tidak berputus asa.
"Kita akan mndapatkan kembali beberapa pemain dalam pusingan kedua dan diharapkan kami akan mendapat keputusan yang baik," katanya.
"Dalam bola sepak tidak ada yang mustahil dan kami akan mencuba sedaya upaya untuk menang dalam pusingan kedua minggu depan. Kami berharap dapat mengalahkan Arbil walaupun saya percaya mereka adalah favourite untuk memenangi kejuaraan tahun ini," katanya.
Kelantan akan bertemu kelab Iraq itu bagi perlawanan pusingan kedua yang dijadual pada 25 September di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Pemenang perlawanan ini akan bertemu sama ada Chonburi FC dari Thailand atau Al-Shorta dari Syria dalam pertemuan separuh akhir yang dijadual pada 2 dan 23 Okt. - Bernama

Rabu, 19 September 2012

BAM beri peluang akhir kepada beregu Kien Keat-Boon Heong

Kien Keat-Boon Heong kalah di tangan China
Pasangan beregu Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini memberi kata putus kepada beregu utama negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong supaya layak ke final pada Kejohanan Dunia tahun depan sekiranya mahu dikekalkan sebagai gandingan yang masih relevan.
Presidennya Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh berkata sekiranya mereka gagal maka gandingan itu akan dipisahkan seperti perancangan awal badan induk itu.
Beliau berkata peluang yang diberikan kepada beregu nombor tujuh dunia itu adalah atas permintaan pasangan itu dan berdasarkan pencapaian mereka sebelum ini, BAM merasakan mereka berhak diberi peluang.
"Sasaran mara ke perlawanan akhir adalah realistik dan bukanlah juga terlalu mudah buat mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco badan induk itu di Stadium Juara Bukit Kiara, di sini hari ini.
Sebelum ini BAM bercadang untuk memisahkan Koo dan Tan setelah mereka gagal membawa pulang pingat daripada temasya Sukan Olimpik London 2012 Ogos lalu.
Sehingga kini, Persekutuan Badminton Dunia (WBF) masih belum memutuskan antara bandaraya Copenhagen, Macau dan Guangzhou untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia itu pada Ogos tahun depan.
Mohd Nadzmi berkata gandingan utama negara itu akan tetap bergandingan dengan pasangan baharu pada kejohanan-kejohanan kecil, bagaimanapun buat masa ini belum ditentukan siapa gandingan mereka.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata BAM kini sedang mencari calon yang sesuai untuk jawatan pengurus projek bagi Sukan Olimpik 2016, 2020 dan 2024.
Beliau berkata jawatan itu dijangka bakal diisi menjelang tahun hadapan selain berharap ia akan diisi oleh rakyat tempatan.
Beliau turut mengumumkan pelantikan jurulatih Rashid Sidek sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki, Wong Tat Meng selaku ketua jurulatih perseorangan wanita dan Tan Kim Her sebagai ketua jurulatih beregu.
Menurutnya ketiga-tiga jurulatih tersebut dan ahli jawatankuasa Latihan dan Kejurulatihan yang lain akan membantu pengurus projek tersebut dalam merealisasikan sasaran setiap projek. - Bernama

Majalah Perancis siar kartun Nabi, Islam tambah marah

ajalah Perancis siar kartun Nabi, Islam tambah marah
Umat Islam Indonesia mengadakan protes di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta, hari ini
PARIS - Sementara protes berhubung filem Innocense of Muslims masuk minggu kedua, sebuah majalah satira Perancis, Charlie Hebdo pula menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW hari ini  sehingga membawa kepada kritikan pihak berkuasa negara itu dan menambah kemarahan umat Islam.

Perkembangan itu menyebabkan polis rusuhan terpaksa dikerah untuk melindungi pejabat majalah tersebut.

Muka depan majalah terbabit yang menunjukkan Yahudi Ortodoks menolak serban seorang individu  yang digambarkan sebagai Nabi Muhammad, malah beberapa gambar didalam majalah tersebut turut diletakkan termasuk gambar bogelnya.

Editor majalah itu berkata pihaknya "akan mengejutkan" mereka yang mahu dikejutkan.

Majalah tersebut dikeluarkan ketika bantahan yang meruncing terhadap filem anti - Islam tersebar di internet. Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius mengutuk keputusan Charlie Hebdo yang bersifat provokatif dan telah mengarahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di pejabat diplomatik di negara - negara Islam.

Editor majalah tersebut, pada asalnya seorang kartunis yang menggunakan nama Charb, nafi melakukan provokasi terhadap perkara tersebut.

"Ia adalah satu kebebasan akhbar, adakah ia satu provokasi?" katanya.

"Saya tidak menyuruh masyarakat Islam untuk membaca Charlie Hebdo, seperti mana saya tidak akan pergi ke masjid untuk mendengar khutbah, mendengar perkara yang saya sendiri tidak percaya," katanya.

Seorang imam besar masjid di Paris, Dalil Boubakeur menyeru umat empat juta umat Islam di Perancis agar bertenang.

"Ia adalah satu kekeliruan, kesedihan dan kebimbangan yang telah saya lalui, di mana ia menambah lagi kemarahan umat Islam yang berlaku sekarang di seluruh negara Islam," kata beliau.

"Saya merayu kepada mereka agar untuk tidak mencurah minyak dalam api yang sedang marak," katanya.Majlis Islam Perancis turut memohon umat Islam agar bertenang. - SinarHarian

Chelsea tawar Fellaini RM124 juta

Marouane Fellaini
Fellani (dua dari kiri) jadi buruan Chelsea menjelang musim sejuk awal Januari depan.

KELAB gergasi England, Chelsea dilaporkan sedia membida pemain tengah Everton, Marouane Fellaini pada Januari depan.

Laporan menyebut, kelab yang berpangkalan di barat London itu sedia membayar tunai RM124 juta bagi digandingkan bersama Frank Lampard dan John Obi Mikel.

Ia susulan tindakan pengurus Everton, David Moyes yang hanya mahu menjual pemain kelahiran Belgium itu pada harga 'munasabah'.

Jika The Blues berjaya mendapatkan khidmat Fellaini yang boleh beraksi sebagai penyerang tengah, ini bermakna penyandang juara Liga Juara-Juara itu memiliki ramai pemain di posisi berkenaan seperti Eden Hazard, Oscar, Juan Mata, Ramires, Victor Moses dan Marko Marin.

Bersama The Toffees, Fellaini meraih gelaran naib juara Piala FA pada 2009 dan dinobatkan Pemain Muda Terbaik musim 2008/09. - SinarHarian

Terengganu hilang 10 pemain, 2 diimport


Terengganu
KUALA TERENGGANU – Nasib Terengganu selaku 'gergasi' bola sepak Pantai Timur itu kian suram kerana akan kehilangan 10 pemain bertaraf bintang termasuk dua pemain import tidak akan disambung kontrak.
Mesyuarat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) pagi tadi memutuskan untuk menamatkan kontrak dua pemain import, Francis Forkey Doe dan Erison Da Silva manakala Joseph Kalang Tie pula akan kembali ke negeri asalnya, Sarawak.
Lapan pemain tempatan terbabit ialah Abdul Syukur Jusoh, Hariri Mohd Safee, Joseph Kalang Tie, Muslim Ahmad, Ailim Fahmi Kamaruddin, Sharbinee, Reesyafiq Alwi dan Abdul Hadi Yahaya.
Sementara itu, dua pemain import yang tidak diperbaharui kontrak ialah Forkey Doe dan  Erisson Da Silva.
Sementara itu, Marzuki Sulong pula dilantik sebagai Pengurus PBSNT, yang sebelum ini disandang oleh Datuk Che Mat Jusoh. 
Che Mat juga kekal sebagai presiden.Selain tiga pemain terbabit, beberapa pemain lain dikhabarkan turut berhijrah ke pasukan lain, antaranya Shukor Jusoh dan Hariri Mohd Safee. - SinarHarian

Selasa, 18 September 2012

Peter Butler digantung 6 bulan, denda RM4,000

Peter James Butler
Peter James Butler

KUALA TERENGGANU - Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) memutuskan untuk menggantung jurulatih Terengganu Peter Butler selama enam bulan mulai esok dan mengenakan denda RM4,000 terhadap jurulatih dari England itu.

Pengerusi jawatankuasa itu, Ahmad Shukri Zakaria berkata Butler dikenakan hukuman itu bagi kesalahan mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung dakwaan salah laku dua pemain Terengganu membawa wanita masuk ke bilik mereka tanpa terlebih dahulu melaporkannya kepada pihak pengurusan.

Beliau berkata pemain terbabit, Mohd Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi, mengaku keluar serta balik ke hotel lewat malam hampir pukul 3 pagi sebelum perlawanan Terengganu menentang Kedah di Alor Setar pada 28 Ogos lepas.

"Mesyuarat mengambil keputusan untuk memberi amaran keras kepada kedua-dua pemain itu, dan mengenakan denda sebanyak RM1,000 seorang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu hari ini.

Turut hadir Yang DiPertua PBSNT, yang juga Pengurus Pasukan Terengganu Datuk Che Mat Jusoh dan Timbalan Yang DiPertua PBSNT Sheikh Tajudin Sheih Yusof.

"Bagi kesalahan kedua (iaitu) bertindak biadap terhadap penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee pula, Butler dikenakan potongan gaji sebanyak 15 peratus daripada gaji pokok untuk sebulan.

"Butler melakukan kesalahan itu di tepi padang di hadapan penonton ketika perlawanan antara Terengganu dan Kedah pada 1 Sept lalu," katanya.

Ahmad Shukri berkata Mohd Sharbinee diberi amaran keras di samping denda RM1,000 kerana bertindak membaling botol ke arah Butler dalam insiden itu.

Beliau juga berkata bagi Forkey Do yang didakwa menyiku dan menendang pemain Kedah semasa bola tidak ada dalam kawalan pada perlawanan sama, jawatankuasa itu memutuskan untuk memotong 10 peratus gaji pemain Liberia tersebut selama sebulan.

Sementara itu, Che Mat berkata buat masa ini, Butler masih lagi jurulatih Terengganu sehingga kontrak beliau tamat November tahun depan.

"Apapun kita akan membuat persediaan awal dari segi pemain dan jurulatih bagi menghadapi saingan Liga Malaysia yang dijangka lebih sengit tahun depan," katanya. - Bernama

Sabtu, 15 September 2012

Raneem upsets Nicol to bag Malaysian Open squash title


Raneem beats Nicol to win M'sian Open
PETALING JAYA: World No.1 Nicol David failed in her bid to win an eighth consecutive CIMB Malaysian Open squash championship after losing 10-12, 13-11, 6-11, 2-11 to Egyptian Raneem El Weleily at The Curve, Mutiara Damansara on Saturday.
The 29-year-old Nicol was sluggish from the start and failed to cope with Weleily's powerful and accurate shots throughout.
The win is only Weleily's fifth Women's Squash Association (WSA) title, and it was also her first title in a tournament which Nicol also competed in.
"Raneem was playing very well and everything she hit went in," said Nicol.
"I was struggling with my length and depth and you can't do that against a player of Raneem's caliber.
"It's a disappointing result, no doubt, and I'm very sorry to let the fantastic home crowd down," added Nicol. - theStarOnline

Isnin, 3 September 2012

Terkejut nampak ‘pocong’ dalam sungai

Anggota polis mengangkat bungkusan yang pada mulanya disyaki mengandungi mayat.
Anggota polis mengangkat bungkusan yang pada mulanya disyaki  mengandungi mayat.

ALOR GAJAH - Bungkusan putih menyerupai bentuk pocong dengan empat ikatan sempurna yang dicampak ke dalam sungai mengejutkan tiga tukang mesin rumput di Jalan Paya Mengkuang- Kuala Sungai Baru, di sini, pagi semalam.

Bagaimanapun, selepas usaha mengesahkan pembuangan yang disangka mayat itu mendapati, ia adalah sampah bunga-bungaan yang dibungkus dalam sehelai kain batik dipercayai salah satu ritual keagamaan.

Kejadian itu disedari kirakira 11.45 pagi oleh seorang tukang mesin rumput warga Bangladesh, Rufiq, 20, bersama dua lagi rakan sekerjanya yang sedang berehat di bawah sebatang pokok terletak kira-kira 10 meter dari sungai berkenaan.

Menurutnya, pada awalnya dia mengesyaki bungkusan 'pocong' itu adalah mayat yang dibuang sebegitu sahaja.

"Saya dan rakan mendapati bungkusan itu masih bersih seolah-olah baru dibuang.

"Kemudiannya penyelia sebuah ladang di sini datang dan melihat sendiri bungkusan itu yang dicampak berdekatan tebing sebelum menghubungi polis," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pegawai Syarak Negeri Melaka, Datuk Abu Khir Jamaluddin ketika berkata, ia dipercayai salah satu amalan syirik yang masih lagi diguna pakai.

"Segelintir penganut sesetengah agama di negara ini berpendapat ia adalah satu ritual menghalau hantu dan buang sial yang lebih sinonim dalam kalangan masyarakat Melayu.

"Ia bertentangan apatah lagi mendatangkan kecelaruan dalam kalangan masyarakat moden ketika ini,” katanya. - SinarHarian

Hasihin wins Malaysia's first paralympic medal


Hasihin wears the silver medal round his neck after the prize presentation of the men's recurve individual event. - BernamapixHasihin wears the silver medal round his neck after the prize presentation of the men's recurve individual event. - Bernamapix
PETALING JAYA: National elite archer Hasihin Sanawi (pix) brought cheers to the Malaysian camp when he won a silver in the men's individual recurve W1/W2 (wheelchair) in the London 2012 Paralympics Games.
Hasihin gave a close fight to Italy's Oscar de Pellegrin before losing 5-6 in the final.
The 29-year-old had earlier defeated Iran's Ebrahim Ranjbarkivaj 6-5 in the semi-finals before falling short in the final.
Taiwan's Tseng Lung Hui took bronze after beating Ranjbarkivaj 7-3. - theStarOnline

Azlan retires but vows to help develop squash


KUALA LUMPUR: Mohd Azlan Iskandar has finally decided to retire from professional squash but the former national No. 1 has pledged to help develop the sport further from the grassroots level.
The 30-year-old Azlan has been involved in the sport since he was eight, having been on the Professional Squash Association (PSA) Tour since 2000 – for 13 years.
The industrious Sarawakian has reached a total of 24 PSA World Tour finals, winning a total of 13 titles including six in Malaysia.
Azlan’s finest moment came in 2010 when he won the Malaysian Open for the third time, beating long-time rival Ong Beng Hee to establish himself as the national No. 1. That year, Azlan also won the Asian Games gold medal for the first time and bagged his maiden Asian Championship title after twice falling short in the past.
Staying cheerful: Mohd Azlan Iskandar announcing of his retirement from professional squash yesterday. — S.S. KANESAN / The StarStaying cheerful: Mohd Azlan Iskandar announcing of his retirement from professional squash yesterday. — S.S. KANESAN / The Star
However, a series of nagging injuries and a loss of hunger for the game forced Azlan to ponder his future in the sport.
The final straw came in the KL Open in March, when Azlan, having just recovered from an injury a month earlier, suffered another which forced him to miss the tournament.
He has been out of action since and yesterday, he announced his retirement at the professional level to focus on promoting squash throughout the country, especially in the rural areas.
“It’s a really tough decision, retiring from professional squash.
“I’ve been mulling over it for the past six months,” said Azlan at a press conference at the National Squash Centre yesterday.
“A lot of people are asking me why now, I am just 30, and why not after the Asian Games in 2014? “Well, I’ll still be training and if ever the country needs me for the Asian Games and Asian Championship, I’ll be around. It’s just the professional circuit that I’m retiring from.
“Personally though, I’m quitting because of a few factors.
“I’ve struggled quite a bit with injuries throughout my career and every time I get back up, I get injured again and it’s quite frustrating.
“Besides that, I’ve also lost a bit of hunger for the game and having travelled around the world for 18 tournaments a year for the past 13 years... that has finally caught up with me.
“I’ve achieved many goals but I don’t feel right that I have been doing this through hard-earned taxpayers’ money and it’s time for me to give something back to the country.
“So this is the right time for me to take the next step to push squash through the grassroots level and get people involved in the schools and rural areas.
“We have a huge junior talent pool coming through and although the Squash Racquets Association Malaysia (SRAM) have done a good job, they need a lot more help at the grassroots level, which is where I come in,” added Azlan who has already set up three squash academies in Sarawak and one in Terengganu.
Azlan also paid tribute to former SRAM presidents, the late Datuk Alex Lee and Datuk Mokhzani Mahathir as well as former National Sports Council (NSC) director general Datuk Mazlan Ahmad and Datuk Zolkples Embong, the current NSC director general, for being instrumental in his rise.
FACT FILE
Name: Mohd Azlan Iskandar
Date of birth: June 1, 1982
Height: 180cm
Weight: 76kg
Birthplace: Kuching, Sarawak
Affliations: Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Career Achievements: National Championship winner (2010, 2011), Asian Games individual gold medallist (2010), Asian Games Team silver medallist (2010), Asian Games individual silver medallist (2006), Asian Games individual bronze medalist (2002), Asian Championship winner (2008, 2010), Asian Championship team winner (2006, 2008),World Games bronze medallist (2009), Commonwealth Games Singles semi-finalist (2010), Outstanding Asian Player of The Year Award (2007, 2009);
13 Professional Squash Association (PSA) titles – KL Open (2003, 2006), The Betteridge Trophy (2003), Png Squash International (2004, 2005), Cas International (2004), Malaysian Open (2004, 2007, 2010), North American Open (2007), NSC Series No. 5 (2009), Irish Open (2010), Bluenose Classic (2011).
Career Highlights: Breaking into the world’s top 10 rankings, winning first Asian Games gold medal.

Sabtu, 1 September 2012

Bintulu Daif: Personaliti TV3 Perlu Minta Maaf


BINTULU: Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak mahu pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.
Naib Ketua Pemuda PBB, Pandi Suhaili di dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata kenyataan maaf tersebut patut dibuat secara terbuka bagi meredakan kemarahan penduduk Bintulu.
Bintulu bakal menjadi tuan rumah perayaan sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 September ini.
"Pemuda PBB Sarawak berkeinginan untuk melihat Nurul Syuhada membuat maaf melalui TV3 memandangkan kenyataan mengenai Bintulu dilakukan oleh beliau ketika menjadi pengacara semasa lintas langsung sempena sambutan Hari Mardeka dari Dataran Merdeka semalam, " katanya dalam kenyataan yang dihantar kepada Bernama.
Pandi berkata, Nurul Syuhada kurang arif mengenai Bintulu sehingga menyebabkan beliau beranggapan bahawa bandar Bintulu sebagai daif walhal Bintulu merupakan penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan hasil gas dan minyaknya.
Katanya Bintulu sudah lama membangun dan Pemuda PBB Sarawak agak kesal apabila orang Malaysia sendiri tidak mengetahui keadaan dan kedudukan Bintulu sehingga beranggapan ianya jauh di pedalaman.
Oleh yang demikian, katanya personaliti TV3 itu perlu berusaha untuk menjadi wartawan yang membuat laporan berdasarkan penyelidikan yang rapi.
"Diharap pihak pengurusan TV3 akan memastikan bahawa perkara seumpama ini tidak akan berlaku lagi di masa hadapan," katanya.
Sementara itu kenyataan tersebut menjadi perbualan aktif dalam media sosial seperti Facebook dengan satu akaun khas 'Sila Mohon Maaf secara terbuka Cik Nurul Syuhada & TV3' dibuat yang kini mendapat sokongan lebih 2,000 ahli termasuk seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)Sarawak.
Turut merasa tempias ialah akaun FB MHI TV3 yang mendapat reaksi negatif dari penduduk negeri ini dengan menyatakan rasa tidak puas hati dengan kenyataan pengacara tersebut dan mahu minta maaf dibuat secara terbuka. - mStarOnline

Safee saran tubuh persatuan pemain profesional

 Safee Sali
Mohd Safee Mohd Sali

BUKIT MERTAJAM - Penyerang kebangsaan Mohd Safee Mohd Sali atau lebih dikenali sebagai Safee Sali menyaran agar sebuah persatuan pemain bola sepak profesional diwujudkan bagi membantu, menjaga kebajikan dan memastikan hak pemain dapat dibela sekiranya mereka menghadapi masalah.
  
Beliau yang kini bermain dengan Pelita Jaya FC, Indonesia berkata bola sepak negara sedang mengalami transformasi dan pemain turut mengalami tempiasnya di mana keadaan itu memerlukan satu pihak yang profesional serta aktif untuk melindungi pemain.
    
"Situasi yang dialami dua pemain Terengganu iaitu Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi (Asha'ri) sebagai contoh, betapa perlunya persatuan pemain bola sepak profesional di negara ini ditubuhkan yang dengan adanya persatuan tersebut, masalah yang dihadapi oleh pemain dapat ditangani dengan sewajarnya.
    
"Saya amat simpati dengan keadaan yang dialami kedua-dua rakan saya itu, hingga diaibkan sampai begitu sekali," katanya pada majlis sambutan Hari Raya SYM (Sanyang Motor) Bersama Safee Sali di kilang syarikat permotoran terbabit di Alma di sini hari ini.
    
Bekas pemain Selangor, Kuala Lumpur dan Sarawak itu mengulas mengenai nasib dua tonggak Terenganu tersebut yang didakwa jurulatih mereka Peter Butler bahawa mereka membawa wanita ke bilik hotel di Alor Setar pada awal pagi hari perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia Terengganu menentang Kedah, Selasa lalu.
 
Kedua-duanya telah menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah yang dilemparkan kepada mereka serta bercadang mengambil tindakan undang-undang.
    
Safee yang juga Duta SYM berkata pemain bola sepak negara ini amat memerlukan satu pihak yang dapat bertindak melindungi mereka seperti yang
dilakukan oleh pemain di Indonesia.
    
Katanya persatuan pemain bola sepak di republik itu begitu aktif dalam menjaga dan memberi panduan kepada pemain mereka.
    
"Bermacam hal dalam melindungi pemain dilakukan persatuan mereka hingga ke soal gaji turut dipantau, hingga ada yang merujuknya ke Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)," katanya.
    
Sementara itu, Safee berkata fenomena pihak industri semakin banyak memilih pemain bola sepak sebagai ikon produk mereka juga memerlukan satu anjakan daripada pemain itu sendiri.

Katanya pemain bola sepak atau atlet harus lebih berpengetahuan supaya tidak mudah diperdayakan dan diambil kesempatan terhadap populariti yang dipergunakan ke atas mereka.
  
"Mereka (pemain bola sepak dan atlet) perlu lebih peka dan memahami prosedur sebelum bersetuju atau menandatangni sebarang kontrak bersama syarikat yang ada," katanya.
    
Beliau berkata mereka juga seharusnya bertindak secara profesional dengan melantik mana-mana pihak yang lebih berpengetahuan untuk menguruskan karier mereka kerana pendapatan tidak hanya datang dari arena sukan sahaja. - Bernama

Iklan Mangga