Wan Zack Haikal Wan Nor |
ENGGAN episod duka Sukan Sea Jakarta 2011 berulang, pemain sayap skuad kebangsaan, Wan Zack Haikal Wan Nor berharap kecederaan otot yang dialaminya ketika sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang kelmarin tidak berpanjangan.
Mahu terus memberikan khidmat kepada skuad Harimau Malaya terutama menjelang pertemuan menentang Thailand pada saingan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Bukit Jalil Ahad ini, Wan Zack menyifatkan kecederaan tersebut tidak serius.
"Kecederaan tersebut biasa saja, otot di paha tertarik sedikit. Keadaan saya tidaklah membimbangkan, namun segalanya terpulang kepada keputusan doktor nanti," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Wan Zack, 21, sebelum ini terlepas peluang menikmati kejayaan skuad bawah 23 tahun negara meraih pingat emas Sukan Sea apabila tidak tersenarai dalam 20 pemain terakhir skuad B-23 negara berikutan kecederaan lutut.

Dalam masa sama, ketika ditanya mengenai perasaannya sekira kecederaan tersebut menjadi penghalang beraksi Ahad ini, Wan Zack yang pernah beraksi di Liga Slovakia bersama kelab Zlate Moravce berkata: "Sudah pasti saya kecewa. Saya benar-benar harap dapat pulih dengan segera dan berjuang bersama rakan sepasukan mempertahankan Piala AFF Suzuki 2010."
Sebelum ini empat pemain turut mengalami kecederaan antaranya Safee Sali, S Kunalan, Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Shakir Shaari.
Bagaimanapun, Safee, Kunalan dan Khyril kemungkinan besar sempat sembuh sebelum perlawanan, tetapi Shakir tidak dapat beraksi memandangkan buku lalinya masih bengkak. - SinarHarian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan