slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Memaparkan catatan dengan label sukan olimpik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sukan olimpik. Papar semua catatan

Khamis, 24 November 2011

Harimau Muda hilang taring


PEMAIN Malaysia, Nazmi Faiz Mansor (kiri) diasak oleh pemain Syria pada aksi kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Pada aksi tersebut, Malaysia tewas 0-2.

KATA ORANG, robot pun boleh kehabisan bateri sekiranya ‘dilenjan’ habis-habisan.
Namun, lain pula ceritanya dengan skuad Olimpik Malaysia yang tampil dengan persembahan bertenaga meskipun gagal menjinakkan Syria apabila tewas 0-2 pada perlawanan kedua aksi kelayakan Olimpik pusingan akhir Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.
Kudrat anak-anak buah Ong Kim Swee yang masih keletihan selepas mempertahankan pingat emas Sukan SEA ternyata dipuji apabila mendapat ‘tonik semangat’ daripada lebih 20,000 penyokong yang memberikan tepukan bergemuruh sebaik perlawanan tamat.
Malah sebelum sepak mula, pasukan Syria yang tiba di Kuala Lumpur sejak Sabtu lepas berbanding Harimau Muda yang hanya tiba dari Jakarta kelmarin dilihat seolah-olah beraksi di tempat sendiri apabila turut menerima sambutan hangat penyokong tuan rumah, situasi yang cukup berbeza yang diterima pasukan negara ketika di Stadium Gelora Bung Karno pada temasya Sukan SEA sebelum ini.
Kim Swee juga dilihat melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utamanya apabila meletakkan Wan Zack Haikal Wan Nor yang digugurkan daripada skuad emas sebelum ini untuk bergandingan bersama Fandi Othman, K. Gurusamy dan Nazmi Faiz Mansor di bahagian tengah sementara Mohammad Zubir Azmi, Amer Saidin, Mohamad Muslim Ahmad dan Mahali Jasuli menerajui benteng pertahanan negara.
Pasukan Harimau Muda yang mengasak seawal minit pertama kempunan menjaringkan gol pendahuluan apabila percubaan penyerang kontroversi, Ahmad Fakri Saaraini melambung tinggi meskipun kesilapan penjaga gol Syria, Ibrahim Alma gagal mengeluarkan bola dengan kemas dari kawasan penalti.
Syria yang dikendalikan jurulatih Immad Khankan kembali bangkit mengasak sebelum memperoleh peluang terbaik lima minit kemudian namun percubaan terus M. Zakaria Al Omari terus ke dakapan kapten Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.
Khairul Fahmi sekali lagi bertindak cemerlang apabila berjaya menangkap kemas percubaan penyerang kelab Al-Iltihad, Mohammad Fares pada minit ke-10 sebelum menepis percubaan Mardek Mardkian enam minit kemudian.
Peluang terbaik Malaysia untuk mendahului hadir selepas itu apabila Wan Zack dilihat beberapa kali gagal memanfaatkan hantaran cantik Nazmi Faiz dari tengah padang, sementara tandukan Thamil Arasu sedikit sipi pada masa kecederaan bagi menyaksikan kedua-dua pasukan kekal terikat tanpa jaringan ketika tamat separuh masa pertama.
Malaysia yang cuba meneruskan penguasaan sebaik babak kedua bersambung dikejutkan dengan gol pendahuluan pelawat menerusi tandukan S. Solaiman pada minit ke-51.
Gol itu ternyata menyuntik semangat Syria yang kembali menggandakan asakan, namun kecemerlangan Khairul Fahmi menjaga gawang wajar dipuji termasuk menggagalkan percubaan Mohammad Zbida dan Mohammed Fares beberapa minit selepas itu.
Penyerang gantian Syria, Nassouh Nakkdahli yang masuk menggantikan Mardkian akhirnya menamatkan mimpi ngeri tuan rumah apabila mudah menolak masuk gol kedua kira-kira tiga minit sebelum perlawanan tamat.
Malaysia kini menghuni tangga kedua tercorot kumpulan sementara Jepun kekal menerajui Kumpulan C setelah menjinakkan Bahrain 2-0 dalam satu lagi perlawanan semalam.
Malaysia akan melayan kunjungan Bahrain di stadium sama Ahad ini. - KOSMO

Rabu, 23 November 2011

Perang psikologi Syria


KIM SWEE (kiri) dan Khankan bersalaman pada sidang media sempena aksi kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia dan Syria di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

PASUKAN Syria seolah-olah melancarkan perang psikologi buat pasukan negara apabila mengakui berdepan perlawanan yang cukup mendebarkan menjelang aksi kedua Kumpulan C pusingan kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Jurulatih Syria, Imad Khankan memberitahu, pihaknya sentiasa sedar dengan kemampuan Harimau Muda yang masih segar dengan kejayaan mempertahankan pingat emas Sukan SEA kelmarin.
Namun, pada masa sama katanya, beliau sudah mempunyai idea bagi berdepan skuad Malaysia, sekali gus mengutip tiga mata berharga selepas menewaskan Bahrain 3-1 dalam aksi pembuka tirai kumpulan sebelum ini.
“Malaysia memang pasukan yang kuat, terutamanya kepantasan pemain-pemainnya ketika menyerang. Mereka kuat sebagai satu pasukan berbanding bergantung kepada skil individu pemain semata-mata.
“Namun, saya yakin para pemain saya dapat meneruskan momentum kemenangan ketika menentang Bahrain, sekali gus menjanjikan satu pertemuan sengit esok (malam ini),” katanya kepada pemberita semalam.
Khankan memberitahu, pemainnya juga bersedia berdepan dengan ‘gelora’ Bukit Jalil yang pastinya dibanjiri penonton tuan rumah yang pastinya mahu meraikan kejayaan pasukan itu muncul juara acara bola sepak Sukan SEA.
Malah, pasukannya yang diperkuatkan dengan kehadiran tonggak utama seperti Mardek Mardkian dan Mohammed Fares yang berjaya meledak gol ketika menentang Bahrain tempoh hari juga mahu menghadiahkan kemenangan malam ini kepada seluruh rakyat Syria.
“Selain itu, saya juga berharap keputusan perlawanan antara Bahrain dan Jepun juga memihak kepada kami supaya kekal sebagai pendahulu kumpulan,” katanya. - KOSMO

Khamis, 24 Februari 2011

Malaysia Benam Pakistan 2-0


Pengadil Perlawanan, Liu Kwok Man melayangkan kad merah kepada pemain Pakistan, Ansar Abbas semasa perlawanan bolasepak Kelayakan Sukan Olimpik menentang Pakistan di Stadium Shah Alam di sini, Rabu. Kedudukan separuh masa pertama Malaysia 2- 0 Pakistan.-Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Skuad Olimpik Malaysia berjaya menundukkan skuad Olimpik Pakistan 2-0 pada perlawanan pusingan pertama Kelayakan Sukan Olimpik 2012 yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Rabu.
Gol pertama skuad Harimau Muda A hadir pada minit ketiga menerusi pemain tengah, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ketiga permainan.
Skuad kendalian Ong Kim Swee ini nyaris menambah jaringan kedua selepas mendapat sepakan percuma selepas bola terkena tangan pemain Pakistan, namun tendangan kencang Gurusamy tersasar terkena palang gol.
Suasana sedikit tegang apabila minit-minit terakhir babak pertama tamat, pemain Pakistan bertindak kasar terhadap penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat sekali gus Ansur Abbas dilayangkan kad merah dan diarah keluar padang.
Sebelum wisel babak pertama tamat, stadium sekali lagi digegarkan dengan sorakan lebih kurang 7,000 penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan ini apabila Mohd Irfan Fazail menjaringkan gol kedua permainan.
Sementara itu, pada separuh masa kedua, pasukan Pakistan yang turun dengan sepuluh orang pemain melakukan pertukaran penjaga gol dengan memasukkan Muhammad Umer menggantikan Yousuf Ejaz Butt.
Babak kedua perlawanan semakin rancak apabila skuad Harimau Muda rancak melakukan serangan demi serangan dan menyaksikan skuad Pakistan lebih banyak bertahan.
Pada minit ke-70, Kim Swee melakukan pertukaran dengan memasukkan Wan Zack Haikal Wan Nor menggantikan penjaring gol pertama, Wan Zaharulnizam.
Biarpun beberapa kali percubaan bahaya dilakukan ke arah gol lawan, namun skuad Malaysia gagal menambah jaringan dan menyaksikan skuad Malaysia memperolehi kelebihan dua jaringan sebagai bekalan untuk bertandang ke Lahore, Pakistan bagi pusingan kedua pada 9 Mac ini. - mStarOnline

Selasa, 25 Januari 2011

Road to London 2012 dapat RM10j lagi


KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menambah peruntukan program ”Road to London 2012” daripada RM16 juta kepada RM26 juta berikutan pertambahan jumlah atlet dalam program tersebut yang bertujuan mencari emas pertama Malaysia dari Sukan Olimpik di London.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ketika program tersebut dimulakan tahun lepas, KBS memperuntukkan RM16 juta bagi persediaan 19 atlet dari acara badminton, memanah, berbasikal dan terjun.
"Kecemerlangan atlet dari acara menembak, hoki dan bola sepak membolehkan sukan tersebut juga disenaraikan dalam program tersebut,” katanya kepada pemberita sebelum merasmikan prapelancaran Tahun Industri Sukan 2011/2012 di Majlis Sukan Negara (MSN), di sini, hari ini.
Ahmad Shabery berkata, berikutan pertambahan acara itu, jumlah keseluruhan atlet dalam program tersebut kini berjumlah 77 orang dan jumlah tersebut mungkin bertambah atau berkurangan mengikut prestasi mereka. – Bernama

Iklan Mangga