Afiq (tengah) menceriakan penyokong The Red Warriors dengan menghasilkan 2 gol di Kota Bharu, kelmarin. |
JURULATIH Kelantan, Bojan Hodak berpuas hati walaupun pasukannya menang tipis 2-1 ke atas Kedah pada aksi Piala Malaysia 2012 di Kota Bharu, kelmarin.
Malah, Hodak menyifatkan kemenangan sulung peringkat Kumpulan B itu sebagai petanda positif bagi meneruskan pemburuan slot ke saingan suku akhir.
"Saya gembira apabila pemain kita berjaya bangkit memadamkan jaringan Kedah pada awal permainan.
"Kita menguasai perlawanan dan mempunyai banyak peluang, namun keghairahan pemain memuncak lebih awal menyebabkan mereka hilang tenaga," katanya yang hanya membiarkan Mohammad Ghaddar sekadar memanaskan bangku simpanan pada aksi tersebut.
Pada pertemuan berkenaan, pelawat terlebih dahulu mengejutkan Kelantan menerusi jaringan Mohd Khryl Muhymeen Zambri seawal minit kelima sebelum Muhammad Afiq Azmi memadamkan kelebihan itu pada minit ke-29 perlawanan, dan tandukan pada minit terakhir babak pertama.
Esok, mereka akan bertandang ke Selayang menghadapi juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia dalam meneruskan momentum kemenangan selepas dikejutkan Terengganu 0-2 dalam saingan pembukaan Rabu lalu. - SinarHarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan