Torres |
JARINGAN pemain tengah antarabangsa Belgium, Eden Hazard dan penyerang antarabangsa Sepanyol, Fernando Torres sudah cukup meletakkan The Blues kekal memimpin teraju Liga Perdana Inggeris (EPL) 2012/2013 selepas menewaskan Newcastle United, 2-0 di Stadium Stamford Bridge, awal pagi semalam.
Kelab milik jutawan Rusia, Roman Abramovich yang beraksi lebih satu perlawanan itu tampil meyakinkan selepas permulaan baik menewaskan Wigan Atletics dan Reading sebelum ini apabila menguasai rentak bahagian tengah.
Namun begitu, gol pertama hanya hadir pada minit ke-22, selepas Hazard berjaya menyempurnakan sepakan penalti setelah Torres dikasari pertahanan pelawat, Vurnon Anita.
The Blues tampil tanpa dua tonggak berpengaruh, pertahanan John Terry dan tengah Frank Lampard, Roberto di Matteo menggandingkan Gary Cahill dan David Luiz bagi memperkukuhkan benteng pertahanan, manakala Raul Meireles bersama John Obi Mikel mengerakkan bahagian tengah Chelsea.
Hasilnya, beberapa serangan Chelsea berjaya membolosi pertahanan pelawat, namun hanya ketangkasan penjaga gol antarabangsa Belanda, Tim Krul menjadi halangan terakhir tuan rumah.
Namun, kekebalan Krul akhirnya bolos setelah Torres menambah jaringan tuan rumah pada minit ke-45 selepas Torres berjaya membolosi diri daripada kawalan pertahanan, sebelum melepaskan rembatan bagi memastikan tiga mata milik The Blues. - SinarHarian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan