slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 5 Oktober 2012

Md Isa: Kerajaan Perlis tidak pernah berhutang dengan PFA

Md Isa Sabu
Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu

KANGAR - Kerajaan negeri Perlis tidak pernah berhutang dengan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebaliknya banyak menyumbang bagi membantu persatuan yang sedang menghadapi kemelut kewangan itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, hari ini.
Menurutnya sejak 2008, sebanyak RM1.2 juta telah disalurkan kepada PFA secara berperingkat bagi meringankan beban persatuan itu termasuk bagi membuat pembayaran gaji dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja para pemainnya.
"Tidak timbul soal hutang antara kerajaan negeri dan PFA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Sukan Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (JKPKPKK) peringkat negeri di Kompleks Sukan Perlis, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden PFA, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa kerajaan negeri hanya menyalurkan RM100,000 untuk persatuan itu sedangkan jumlah yang diminta RM300,000.
Md Isa juga menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak pernah terikat dengan sebarang kontrak berkaitan penyaluran kewangan kepada persatuan sukan itu.

Sementara itu, ketika merasmikan kejohanan sukan itu, Md Isa berharap kejohanan itu dapat menyuburkan semangat berpasukan para peserta di bawah kementerian itu.

Seramai 200 petugas dari jabatan dan agensi menyertai kejohanan tahunan kementerian yang bermula 2 Okt lalu dan berakhir 18 Okt depan membabitkan enam acara sukan.
Acara sukan yang dipertandingkan termasuk boling, futsal, badminton, bola tampar, sepak takraw dan sukan dalaman.
Pada majlis perasmian itu,  Md Isa turut melakukan sepakan kencang untuk menjaringkan gol di gelanggang futsal sebagai persembahan gimik. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga