KEMENANGAN 2-1 Birmingham ke atas Aston Villa di Stadium St. Andrew awal pagi semalam dicemari dengan rusuhan penonton |
LONDON - Birmingham City layak ke separuh akhir saingan Piala Liga selepas menewaskan Aston Villa 2-1 pada perla- wanan suku akhir yang dicemari rusuhan penonton awal pagi semalam.
Beratus anggota polis yang lengkap memakai topi keselamatan dan penghadang plastik terpaksa di bawa masuk ke dalam padang bagi menghalang kemaraan penyokong yang bertindak liar.
"Ia agak mengecewakan kami. Tidak elok rasanya melihat penyokong berlari sesuka hati di dalam padang seperti kita kembali ke zaman gelap," kata pengurus Birmingham, Alex McLeish.
Persatuan Bola Sepak England mengecam insiden itu ter- utama ketika negara itu sedang membida untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018 yang dijadual diumumkan keputusannya hari ini.
Sehubungan itu FA England akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca berlakunya insiden buruk tersebut.
Ini pasti membimbangkan McLeish yang tidak menolak kemungkinan pasukannya akan digantung berikutan kejadian itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut sekiranya ia boleh menjejaskan peluang England untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia.
Dalam perlawanan suku akhir lain, pasukan divisyen dua, Ipswich Town mengejutkan West Bromwich Albion 1-0 untuk mara ke separuh akhir.
Ipswich akan menentang pasukan pilihan, Arsenal sele- pas ini manakala Birmingham menentang West Ham United yang menewaskan Manchester United 4-0, Selasa lalu. - Reuters(Kosmo)
tengok bola klu x merusuh...x sah....
BalasPadam