slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 8 Disember 2010

Liverpool mudah benam Villa

Penyerang Liverpool, David Ngog (tengah) diraikan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pasukannya menentang Aston Villa di Anfield, semalam. Liverpool menang 3-0. - AP

Liverpool memastikan kehadiran bekas pengurusnya Gerard Houllier di Anfield bukanlah satu kepulangan menggembirakan apabila The Reds menang 3-0 ke atas Aston Villa dalam perlawanan Liga Perdana England, semalam.

Dua gol dalam masa tiga minit daripada David Ngog dan Ryan Babel pada separuh masa pertama meletakkan Liverpool dalam kedudukan baik sebelum Maxi Rodriguez menjaringkan gol ketiga dalam 10 minit terakhir perlawanan.

Kemenangan itu meletakkan Liverpool di tangga kelapan, 10 mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Bagi Villa, kekalahan itu bermakna mereka kini hanya dipisahkan dengan dua mata di atas zon penyingkiran dan Houllier berkata, dua gol awal itu telah melemahkan semangat para pemain.

''Saya tidak boleh salahkan para pemain, mereka telah berusaha keras. Apabila kamu melepaskan gol hanya dalam masa 12, 13 minit di Anfield, adalah sesuatu yang sukar untuk kembali bangkit. Adalah sesuatu yang mengecewakan kerana kami jangka boleh menang sesuatu di sini,'' katanya.

Ditanya mengenai kebimbangan mengenai kedudukan Villa dalam liga, dia berkata: ''Kami begitu bimbang. Pemain dan pegawai akan cuba mencari jalan penyelesaian."

Bagi pengurus Liverpool, Roy Hodgson, kejayaan itu adalah petanda bahawa mereka kini berada di landasan tepat selepas bermula hambar pada awal musim.

''Saya fikirkan mereka kurang menyerlah pada awal musim ini tetapi keadaan sudah mula bertambah baik dalam setiap perlawanan, '' kata Hodgson.

Keputusan itu bermakna Villa hanya menang satu daripada 10 perlawanan dan pengurus berusia 63 tahun itu yang pernah membawa Liverpool menjuarai Piala FA, Piala UEFA dan dua Piala Liga sepanjang enam tahun di Anfield sejak 1998 hingga 2004.

Kekalahan ini mungkin sukar diterima oleh bekas pengurus Perancis, Houllier, yang pernah menjalani pembedahan jantung ketika menjadi pengurus Anfield kerana Liverpool turun tanpa tiga pemain utama.

Kapten Liverpool, Steven Gerrard dan pemain veteran, Jamie Carragher mendapat kecederaan sementara penyerang, Fernando Torres meminta pelepasan kerana isterinya dijangka melahirkan anak kedua pada hari ini.

Gol pertama Liverpool berpunca daripada sepakan sudut Raul Meireles sebelum Martin Skrtel menyambung hantaran dan Ngog menolak masuk dengan tandukan melepasi bekas penjaga gol Liverpool, Brad Friedel pada minit ke-14.
Dua minit kemudian, Babel menggelecek Stephen Warnock dan melepaskan rembatan kencang di penjuru gol Villa.
Bagaimanapun, Liverpool menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-55 dengan hantaran jauh melalui Pepe Reina kepada Rodriguez. - AFP

2 ulasan:

Iklan Mangga