slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 10 Ogos 2011

Skuad Piala Presiden Kelantan dapat 'duit raya'

MBAS KEMBALI... Skuad Kelantan meraikan kejayaan muncul juara Piala Presiden selepas membenam MP Muar pada aksi final di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu bulan lalu.


SKUAD Kelantan yang menjuarai Piala Presiden baru-baru ini, menerima bonus sebanyak RM60,000 yang disifatkan sebagai 'durian runtuh' kepada para pemainnya menjelang Aidilfitri tahun ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, bonus itu adalah sebahagian daripada RM280,000 yang dikeluarkan persatuan kepada skuad itu setelah mengharumkan nama Kelantan di persada bola sepak Piala Presiden musim lalu.
"Sebelum ini kita telah menyampaikan RM25,000 secara berperingkat ketika kejohanan itu berlangsung," katanya yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada pemberita di Kota Bharu semalam.
Beliau berkata, jumlah tersebut tidak termasuk RM500,000 lagi bonus yang disampaikan kepada skuad senior yang menjuarai Liga Super.
"Ia sebagai rangsangan kepada pemain junior untuk bermain dengan lebih bertenaga ketika menghadapi perlawanan menentang pasukan lawan pada masa akan datang," katanya.
Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) telah bersetuju meminjamkan pemainnya, Azamuddin Akil kepada Kelantan bagi persediaan menghadapi Piala Malaysia bulan depan.
"Kita akan menempatkan Azamuddin di posisi serangan untuk digandingkan dengan Norshahrul Idlan Talaha," kata Annuar.
Tanpa menyebut nama dan negeri, Annuar berkata, selain itu pihaknya bercadang meminjamkan seorang lagi pemain di bahagian tengah untuk memantapkan lagi skuad The Red Warriors.
Beliau berkata, Kelantan telah mengatur perlawanan persahabatan dengan Kuala Lumpur pada 14 Ogos dan Selangor (17 Ogos) sebagai persiapan menghadapi Piala Malaysia. - KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga