slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Ahad, 31 Oktober 2010

Kelantan cuti umum hari ini

PEMAIN dan pegawai pasukan Kelantan berpelukan di tengah padang sebagai meraikan kejayaan bersejarah merangkul Piala Malaysia manakala dua pemain Negeri Sembilan tunduk kecewa selepas perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam

KUALA LUMPUR - Hari ini diisytiharkan sebagai cuti umum peristiwa buat seluruh negeri Kelantan sebagai meraikan kejayaan bersejarah skuad Wira Merah menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dengan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir, semalam.

Ia disampaikan oleh seorang pegawai kerajaan negeri yang mewakili Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemu bual oleh RTM dalam siaran langsung perlawanan edisi ke-44 di Stadium Nasional, Bukit Jalil menerusi TV1.

"Kemenangan ini adalah untuk semua rakyat Kelantan dan saya mewakili Menteri Besar, mengumumkan esok (hari ini) sebagai cuti umum peristiwa buat seluruh negeri ini," katanya.

Sementara itu, penjaring gol penyamaan Kelantan, Hairuddin Omar yang mencetuskan kebangkitan mereka daripada ketinggalan 1-0 untuk menjulang gelaran berprestij bola sepak negara itu, berterima kasih kepada seluruh penyokong dan mengucapkan tahniah kepada rakan sepasukan.

"Terima kasih kerana semua pihak bersungguh-sungguh yang mencipta kejayaan ini biarpun mulanya kami ketinggalan. Piala ini berhak dihadiahkan kepada semua rakyat Kelantan sama ada yang hadir beramai-ramai di Stadium Nasional dan di negeri ini yang tidak henti-henti menyokong pasukan ini," katanya.

Pemain kelahiran Setiu, Terengganu berusia 31 tahun ini, menanduk masuk pada babak kedua untuk memadam gol pendahuluan penyerang Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah sebelum Badri Radzi memastikan Piala Malaysia milik Kelantan dengan rembatan kencangnya.

Kejuaraan kali ini turut lebih manis dan pasti terpahat sebagai kenangan indah yang tersendiri dalam karier Hairuddin selepas meraihnya bersama Terengganu pada 2001 dan sebagai pemain Negeri Sembilan yang dipinjamkan oleh kelab negeri asalnya, T-Team, tahun lalu.

Malah jika bekas rakan sepasukan Negeri Sembilan, Shukor Adan diumumkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir tahun lalu, gol penyamaan semalam membawa Hairuddin pula selaku pemilik terbaru gelaran istimewa individu itu.

Penjaring gol kemenangan yang pernah mengetuai Wira Merah, musim lalu, Badri pula menerima anugerah khas penaja, Atasi Diri Anda 100PLUS sambil membawa pulang ganjaran bernilai RM1,000.-Utusan Malaysia Online

2 ulasan:

  1. biasa la klu menang mesti nak cutinya....lagi pun jauh tu nak travel balik...kesian kat penyokong Kelate....apa2 pun tahniah buat pasukan Kelantan.....

    BalasPadam

Iklan Mangga