slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 2 November 2010

Lebih 10,000 banjiri saksi Piala Malaysia

Annuar Musa dan Indra Putra Mahayuddin (atas kereta) diberi sambutan raksasa di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, semalam. Kelantan membawa pulang Piala Malaysia selepas mengalahkan Negeri Sembilan 2-1
KOTA BHARU - Lebih 10,000 peminat setia pasukan The Red Warriors membanjiri pekarangan Kelantan Trade Centre (KTC) untuk meraikan kejayaan Kelantan menjulang Piala Malaysia buat kali pertama di sini, semalam.

Meskipun hujan renyai sejak awal pagi, ia tidak menghalang para penyokong untuk melihat piala berprestij itu dengan lebih dekat.

Menariknya, trofi tersebut mengharungi perjalanan jalan darat sejauh hampir 500 kilometer bermula dari Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Kuala Lumpur sebelum tiba di Kota Bharu kira-kira 6.30 petang.

Trofi tersebut diarak dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda, diikuti bas yang membawa para pemain Kelantan melalui beberapa jalan utama di bandar Kota Bharu singgah di KTC untuk dipertontonkan kepada peminat dan majlis doa selamat.

Pada Majlis tersebut, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa ketika berucap berkata, beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan oleh para peminat The Red Warriors.

"Satu majlis meraikan para penyokong akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

"Pada 6 November hadapan, piala tersebut akan dibawa bersama semua para pemain Kelantan menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Mahkota," katanya.

Sementara itu, seorang penyokong dari Kota Bharu, Mohd. Zainuddin Yusof, 47, berkata, keadaan cuaca mendung dan hujan tidak menghalangnya bersama-sama meraikan kejayaan tersebut.

"Saya selaku rakyat Kelantan gembira dengan kejayaan pasukan The Red Warriors. Ini merupaka sesuatu yang harus diingati oleh seluruh peminat.

"Setelah sekian lama menunggu untuk bergelar juara, hari ini impian tersebut sudah tercapai, lebih manis lagi saya dapat menyaksikan sendiri trofi keagungan bola sepak Malaysia dibawa pulang ke bumi Kelantan," katanya.

Tambahnya, ini membuktikan bahawa Kelantan kini sebaris dengan pasukan gergasi bola sepak negara.

Seorang lagi peminat dari Pasir Mas, Fatin Farhan Zainudin, 15, berkata walaupun tidak dapat ke Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur Sabtu lalu, kejayaan Kelantan muncul juara harus diraikan.-Utusan Malaysia

4 ulasan:

  1. TAHNIAH....buat pasukan Kelantan....anda memang layak....lagi pun hadiah utk Sulatan Kelantan yg baru.....berkat tu.....

    BalasPadam
  2. maaf bukan sulatan tapi Sultan...typing error la pulak.....

    BalasPadam
  3. congaratulation.....you deserve it....

    BalasPadam
  4. sukanya dia.....congrats for being champion....

    BalasPadam

Iklan Mangga