slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Ahad, 2 Januari 2011

EPL: Manchester City, United bersaing di takhta liga

LONDON 2 Jan. - Manchester City terus memberi tekanan kepada jirannya United apabila gol tunggal Adam Johnson sudah cukup untuk menewaskan Blackpool 1-0 dan meletakkan skuad Roberto Manchini itu berkongsi 41 mata dengan pendahulu Liga Perdana England.

City yang terlepas peluang menambah jaringan apabila Carlos Tevez gagal menyempurnakan sepakan penalti terus bersaing dengan United yang menang 2-1 ke atas West Bromwich Albion dalam satu lagi perlawanan sebelumnya tetapi kurang dua perlawanan.

Arsenal masih ditangga ketiga dengan 36 mata dan akan berkunjung ke Birmingham City dalam satu lagi perlawanan, hari ini.

Memandangkan Chelsea hanya akan bermain esok menentang Aston Villa, Tottenham Hotspur kembali ke tangga keempat dengan 36 mata selepas Gareth Bale mencipta jaringan tunggal menewaskan Fulham 1-0.

Sementara itu, pengurus Liverpool Roy Hodgson menarik nafas lega selepas Joe Cole berjaya mencipta gol kemenangan pada lewat permainan untuk menundukkan Bolton Wanderers 2-1 di gelanggang sendiri.

Lain-lain keputusan perlawanan:
West Ham United 2 - Wolverhampton Wanderers 0
Sunderland 3- Blackburn Rovers 0
- REUTERS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga