slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 24 Januari 2011

United terus berkuasa


pemain Manchester United, Dimitar Berbatov (tengah) diasak pemain Birmingham pada perlawanan Liga Perdana England di Old Trafford kelmarin. – AFP

MANCHESTER – Alex Ferguson menyaksikan Manchester United mengekalkan rekod menarik tanpa kalah dalam Liga Perdana setakat ini dan mendakwa kelabnya memiki kekuatan dan pengalaman untuk mengekalkan posisi tangga teratas liga.

Hatrik Dimitar Berbatov, juga jaringan menerusi Ryan Giggs dan Nani, memberikan United kemenangan besar 5-0 ke atas Birmingham dan membolehkan Ferguson merehatkan beberapa pemain tonggak, seperti Patrice Evra dan Ryan Giggs untuk perlawanan berikutnya.

Perlawanan United seterusnya ialah menentang Blackpool esok, iaitu perlawanan di mana Rio Ferdinand dan Michael Carrick, yang cedera ketika babak pertama menentang Birmingham, belum pasti dapat diturunkan, namun pengurus United itu percaya pasukannya mampu mengatasi ketiadaan mereka.

“Keputusan perlawanan ini membantu kami dari segi kelebihan jaringan.

“Kami akan mengharungi perlawanan sukar selepas ini. Saya harap pemain mampu mengatasi ketiadaan pemain tonggak. Mereka memiliki pengalaman, kami mempunyai pasukan yang baik dan saya harap mereka boleh mengatasi segala-galanya pada perlawanan akan datang.

“Saya gembira dengan prestasi pasukan. Apa yang membantu ialah kami menjaringkan gol awal.
“Kami mencatat jaringan yang baik pada babak pertama. Ini membolehkan saya mengeluarkan Patrice Evra, memberikan dia rehat dan menurunkan Fabio, juga merehatkan Ryan Giggs yang mana kami mempunyai perlawanan penting Selasa ini,’’ katanya.

Kemenangan kelmarin melebarkan rekod tanpa kalah United kepada 22 perlawanan setakat ini. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga