slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 6 Januari 2012

Luis Suarez mohon maaf


LONDON - Penyerang Liverpool, Luis Suarez (gambar) akhirnya memohon maaf semalam selepas digantung lapan perlawanan kerana melemparkan kata- kata berbaur perkauman kepada pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra.
Jurucakap Liverpool berkata, tiga hari lalu mereka telah menerima penggantungan Suarez kerana memanggil Evra dengan gelaran 'negro'.
Bagaimanapun pada hari yang sama, penyerang sensasi Uruguay itu tetap dengan pendirian bahawa dia tidak bersalah.
Namun, Suarez sekali lagi memohon maaf sekiranya tindakan itu menyinggung perasaan orang lain.
"Saya tidak pernah menggunakan perkataan tersebut dengan maksud untuk menghina seseorang. Jadi, jika ada individu yang tersinggung, saya memohon maaf.
"Saya juga telah memberitahu ahli panel bebas bahawa saya tidak akan menggunakan perkataan tersebut dalam perlawanan bola sepak di England," tambahnya.
Suarez menerima hukuman penggantungan pertamanya pada Selasa lalu yang berkesudahan Liverpool tewas 0-3 kepada Manchester City.
Sebelum ini, ketika laporan setebal 115 muka surat dikeluarkan, panel bebas Persatuan Bola Sepak (FA) England menyatakan, Suarez telah memberikan kenyataan yang 'sukar untuk dipercayai' dan 'tidak konsisten', yang mana penjelasannya agak 'luar biasa' ketika perbicaraan berlangsung.
Namun, Liverpool turut mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan tuduhan yang dikenakan ke atas Suarez kerana sekiranya berdasarkan pada dakwaan yang akhir, ia agak subjektif dan tidak berasas.
"Akhir-akhir ini, isu tersebut telah diperbesar-besarkan dan disebabkan perkara itu, kita tidak tahu sama ada Suarez dilayan dengan adil oleh FA England," katanya.
Sebelum ini, Suarez turut menegaskan yang dia tidak melakukan sebarang kesalahan.
"Saya berasa kecewa dengan apa yang telah diperkatakan mengenai diri saya pada minggu lalu, segalanya terpesong daripada kebenaran." - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga