slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 18 November 2011

Kuartet emas terima pingat di KL


GANDINGAN kuartet 4 X 400 meter negara, dari kiri Mohd. Yunus, Kannathasan dan Schezuan ceria selepas menerima pingat emas masing-masing di Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur semalam.

AKHIRNYA dapat pingat. Setelah gagal untuk menerima pingat emas di Palembang disebabkan masalah menukar tiket penerbangan tempoh hari, barisan kuartet emas 4X400 meter negara menerima pingat masing-masing semalam.
Tiada sebarang majlis gilang-gemilang atau iringan nyanyian lagu Negaraku kedengaran, S. Kannathasan, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh hanya menerima pingat yang disampaikan jurulatih, Hamberi Mahat di Majlis Sukan Negara (MSN), Kuala Lumpur semalam.
Selepas menerima pingat masing-masing, gandingan kuartet tersebut menerima tepukan daripada pengurus skuad olahraga negara ke Sukan SEA, Rajmah Sheikh Ahmad serta kira-kira 10 orang wartawan dan jurugambar yang hadir.
Malangnya, seorang lagi pelari negara, P. Yuvaraj sekali lagi terlepas untuk menerima pingat yang menjadi haknya kerana telah pulang ke Pulau Pinang untuk menghadapi peperiksaan.
Hamberi ternyata tidak dapat menyembunyikan kekecewaan berhubung insiden tersebut sambil menyifatkan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) terutamanya Pengerusi Kejurulatihannya, Karim Ibrahim wajar dipersalahkan.
Kenyataan bahawa KOAM silap kerana memandang rendah kemampuan atlet tidak dapat diterimanya sama sekali.
Pasukan tersebut tidak hanya mendapat penerbangan lewat ke Palembang iaitu pada 12 haribulan yang menyukarkan mereka membuat persiapan, mereka juga tidak diiringi oleh jurulatih mereka, Hamberi, Tambukrishnan dan S. Jayabalan.
"Pengerusi kejurulatihan KOAM sepatutnya memiliki statistik yang kuat, perlu ada data-data, catatan masa dan kemampuan atlet.
"Bagi saya, jurulatih Tambukrishnan dan S. Jayabalan, kami sudah mengenal pasti kemampuan atlet kami. Sebelum sukan SEA, catatan terbaik (larian 400 meter) atlet Asia Tenggara 47.6 (saat) sahaja, sedangkan dua daripada atlet pasukan ini telah mencatatkan 47.7, seorang 47.8 dan 48.1 saat.
"Pasukan ini sepatutnya tidak boleh dipinggirkan, sekiranya dibandingkan dengan atlet kategori B yang lain, itu yang menjadi persoalan dan pengerusi kena jawab perkara ini," katanya.
Hamberi turut berpendapat pihak KOAM wajar untuk meminta maaf berhubung insiden tersebut.
"Kalau dia nak minta maaf, memang wajar. Bagaimanapun dia sepatutnya lebih telus, ini untuk negara bukan peribadi.
"Saya harap empat orang atlet ini diberi pendedahan lebih, walaupun mereka berlari dalam keadaan tertekan, mereka boleh buat sesuatu yang membanggakan negara.
"Ini termasuk juga dengan atlet lain seperti Roslinda Samsu dan Noraseela Khalid sentiasa dalam keadaan tertekan disebabkan pengurusan KOAM, namun masih boleh menyumbangkan sesuatu untuk negara," katanya. - KOSMO

Silat lenyapkan sorakan Indonesia


AHMAD SHAHRIL dijulang rakan sepasukan selepas menempa emas dengan mengalahkan pesilat Indonesia, Sapto di Jakarta semalam.

JAKARTA - Sorakan daripada penyokong Indonesia ternyata tidak menggentarkan pesilat lelaki negara, Ahmad Shahril Zailudin bagi memburu pingat emas Sukan SEA 2011.
Sebaliknya, Shahril tampil bagai wira apabila mengetepikan cabaran pesilat Indonesia, Sapto Purnomo dalam acara silat olahraga Kelas D 60-65 kilogram lelaki semalam.
Ternyata kejayaan Shahril membawa pulang pingat emas sedikit sebanyak 'meragut' impian tuan rumah untuk mendominasi acara tersebut yang dibelenggu kontroversi berhubung pemilihan juri.
Tanpa belas ehsan, Shahril mudah 'meratah' lawannya itu sehingga mampu memukau penyokong tuan rumah dan pihak juri yang menghadiahkannya kemenangan 5-0.
Shahril berkata, dia telah menanamkan tekad untuk meraih emas, sekali gus memastikan lagu Negaraku berkumandang buat kali pertama di Padepokan Pencak Silat, Taman Mini Indonesia Indah (TMII) Jakarta Timur.
"Dalam pertarungan pertama dan kedua, memang jelas pihak juri memihak kepada pesilat tuan rumah.
"Bagaimanapun, pada perlawanan ketiga, rezeki memihak kepada saya kerana juri tidak dapat menafikan serangan yang saya lakukan memang berhak diberi mata dan akhirnya menang 5-0," kata Shahril semalam.
Shahril berkata, kejayaannya meraih emas itu dianggap lebih bermakna kerana dapat menumbangkan pesilat tuan rumah yang mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri.
"Saya amat berpuas hati kerana berjaya membalas dendam ke atas Sapto kerana saya kalah hanya satu mata kepadanya pada peringkat separuh akhir Kejohanan Dunia di venue sama tahun lalu.
Di sebalik kegembiraan meraih emas, Shahril mengakui, dia kini sedang memikirkan untuk mengakhiri kariernya di peringkat antarabangsa," jelasnya yang membuat lima penampilan di Sukan SEA.
Sejurus kejayaan Shahril, skuad silat negara terus berpesta apabila menambah dua lagi koleksi emas.
Dua pingat emas tersebut hadir menerusi Mohd. Al Jufferi Jamari dalam Kelas E 65kg-70kg lelaki dan Mohd. Fauzi Khalid (Kelas F 70-75kg lelaki).
Mohd. Al Jufferi menyingkirkan pesilat Vietnam, Nguyen Duy Chien, manakala Mohd. Fauzi membenam cabaran atlet Thailand, Katahat Raksapon pada saingan akhir. - KOSMO

Neelofa Tolak Berlakon Drama


Neelofa
KUALA LUMPUR: Pelakon jelita Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa mengakui tidak mengambil sebarang tawaran drama bagi menumpukan perhatian kepada lakonan filem dan pengacaraan.
Kata Neelofa, dia menggambil beberapa tawaran drama sebelum ini bagi memberitahu khalayak tentang kehadiran dalam industri ini.
"Saya ambil beberapa tawaran drama sebelum ini kerana ingin memberitahu penonton bahawa saya boleh berlakon dan bakal berada di industri ini.
"Saya tidak mahu mereka mempertikaikan bakat saya kerana gosip-gosip yang keluar terlebih dahulu sebelum filem saya," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filemAzura, di sini, Rabu.
Tambahnya, dengan keputusan tersebut secara tidak langsung dia dapat menjaga nilai eksklusifnya apabila membintangi sesebuah filem.
Bagaimanapun, Neelofa berkata dia akan menimbangkan tawaran drama yang mempunyai skrip yang kuat.
"Buat masa ini saya hanya fokus kepada filem dan pengacaraan. Tapi jika ada tawaran drama yang baik dan mempunyai skrip yang kuat saya akan mempertimbangkannya," ujarnya pengacara program Nona musim akan datang.
Dalam pada itu, Neelofa kini merancang untuk menerbitkan sebuah drama bersama pengarah terkenal Erma Fatimah.
“Saya ada berbincang dengan Erma Fatimah untuk menerbitkan sebuah drama dan kini masih lagi dalam peringkat awal,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Neelofa telah membintangi beberapa buah filem yang bakal ditayangkan tahun depan antaranya Azura 2012, Rentaz, Lemak Kampung Santan, Saya Amat Mencintaimu (SAM) dan Tyco. - mstarOnline

Rabu, 16 November 2011

'Apex' tak rela gawang dirobek Sang Garuda


JAKARTA - Penjaga gol Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat makin bersemangat menjelang aksi terakhir Kumpulan A menentang Indonesia pada temasya Sukan SEA 2011 di Stadium Gelora Bung Karno di sini esok.
Jelas Khairul Fahmi, pertemuan menentang skuad Garuda itu bakal menjanjikan pertembungan penuh dramatik berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini.
"Perlawanan menentang Indonesia pasti dinantikan oleh peminat dan penyokong kedua-dua pasukan. Saya dapat rasakan satu perlawanan yang menarik akan dapat disaksikan nanti.
"Ini kerana Indonesia sudah pasti tidak mahu tewas di hadapan penyokong mereka sendiri, tambahan pula mereka mahu muncul juara Kumpulan A.
"Tetapi bagi kami (skuad Harimau Muda), saya harap rakan-rakan sepasukan tidak berasa tertekan kerana terpaksa menghadapi sorakan daripada para penyokong Indonesia nanti," kata Khairul Fahmi yang juga dikenali dengan panggilan 'Apex' kelmarin.
Dia turut mengingatkan rakan-rakan sepasukannya agar sentiasa memberikan komitmen seratus peratus di tengah padang bagi mengelakkan kesilapan yang mampu mengundang padah.
"Tempoh tiga hari yang kami ada sebelum menentang Indonesia Khamis ini (esok) akan kami gunakan sebaik mungkin untuk proses pemulihan. Tahap kecergasan amat penting buat semua pemain.
"Saya yakin jurulatih (Ong Kim Swee) mempunyai strategi tersendiri bagi menghadapi Indonesia. Yang penting, setiap pemain harus menjalankan tugas dengan sebaik mungkin," katanya.
Dalam masa yang sama, 'Apex' berazam menjaga gawangnya daripada dirobek peledak berbisa Indonesia yang diketuai dua pemain kelahiran Papua, Patrich Wanggai dan Titus Bonai.
"Bagi saya, barisan pertahanan negara telah memberikan aksi terbaik dalam tiga perlawanan sebelum ini.
"Kami akan cuba memperbaiki beberapa kelemahan sebelum menentang Indonesia nanti," jelasnya. - KOSMO

Kuartet 4x400 meter dilayan macam pelarian


KECERIAAN kuartet 4x400m negara (dari kiri) Mohd. Yunus, Kannathasan, Schezuan dan Yuvaraaj yang memenangi pingat emas kelmarin direntap selepas dihantar pulang sebelum dapat mencium pingat emas yang mereka menangi.

PALEMBANG - Kuartet 4x400m yang melakukan kejutan meraih emas kelmarin dilayan seperti orang pelarian apabila segera dihantar pulang semalam tanpa sempat menerima pingat yang dimenangi mereka.
Gandingan S. Kannathasan, P. Yuvaraaj, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh sepatutnya perlu menghadiri majlis penyampaian hadiah semalam selepas ditangguhkan kelmarin.
Malangnya, perancangan kelam-kabut yang dibuat Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menyaksikan detik manis yang sepatutnya di- nikmati mereka selepas penyertaan mereka dianiaya, tidak kesampaian.
Penerbangan mereka telah ditentukan lebih awal gara-gara KOAM menjangkakan gandingan ini tiada harapan pingat untuk dimenangi.
Antara yang lantang membidas tindak tanduk dan kelemahan KOAM itu ialah atlet olahraga negara, Noraseela Khalid yang menegaskan, rombakan segera perlu dibuat supaya lebih ramai lagi atlet tidak menjadi mangsa.
"Mereka datang lewat tetapi pulang awal kerana KOAM tidak percaya mereka boleh menang pingat. Inikah persatuan yang memperjuangkan nasib atlet?
"Sepatutnya mereka diberi peluang menerima hadiah dulu, barulah pulang. Ini tidak, dah jadi macam orang pelarian pulak. Di Malaysia ramai lagi telah menjadi mangsa seperti kuartet 4x400m ini.
"Jadi, bantulah kami melakukan perubahan dalam KOAM sekiranya kita tidak mahu melihat atlet terus menjadi mangsa. Harap presiden KOAM juga dapat membantu," katanya.
Kuartet 4x400m lelaki negara pulang pada pukul 2.50 petang semalam selepas 17 jam memenangi pingat emas dengan menewaskan Thailand di tempat kedua dan Indonesia ketiga. - KOSMO

Isnin, 14 November 2011

Harimau Muda capai misi - Kim Swee


JAKARTA - Misi mengutip tiga mata penuh sudah direalisasikan.
Kemenangan 4-1 ke atas Kemboja pada aksi ketiga Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno semalam memberi petanda awal betapa skuad Bawah 23 (B-23) Tahun negara sudah hampir mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir temasya Sukan SEA 2011.
Bagaimanapun, bagi pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee (gambar), beliau masih belum mahu mendabik dada dengan prestasi anak-anak buahnya setakat ini yang telah merekodkan tujuh mata daripada tiga perlawanan.
Pada aksi pembukaan Kumpulan A, Harimau Muda sekadar seri tanpa jaringan dengan Singapura sebelum membenam Thailand 2-1 dan Kemboja 4-1.
Jelas Kim Swee, biarpun skuad kendaliannya berpeluang cerah untuk menempatkan diri ke saingan separuh akhir, beliau tetap mahu mereka berwaspada menjelang pertemuan menentang Indonesia Khamis ini.
"Pada pandangan saya, kemenangan hari ini (semalam) merupakan keputusan yang baik. Namun kami tidak boleh berasa selesa kerana ada satu lagi perlawanan peringkat Kumpulan A.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, hanya pada perlawanan terakhir sahaja yang akan menentukan siapa lebih layak mara ke separuh akhir," kata Kim Swee pada sidang media sejurus selepas tamat perlawanan semalam.
Mengulas pertemuan menentang Kemboja, Kim Swee berkata, kelekaan barisan Harimau Muda pada awal babak kedua telah mengundang padah kepada mereka.
"Pada babak kedua, para pemain bermain kasual sehingga kami dihukum dengan gol Kemboja, tetapi nasib baik mereka dapat menjaringkan satu gol lagi pada lewat perlawanan.
"Apa yang saya lihat, kita banyak mencipta peluang (untuk menjaringkan gol) sama seperti ketika menentang Singapura dan Thailand, tetapi gagal untuk menterjemahkan kepada jaringan.
"Bagaimanapun, saya gembira dengan statistik gol yang kita hasilkan dalam tiga perlawanan setakat ini, bemula tanpa jaringan dengan Singapura.
"Selepas itu kita memperoleh dua gol (ketika menentang Thailand) dan empat gol bertemu Kemboja hari ini (semalam)," katanya.
Menjelang aksi menentang Indonesia, Kim Swee berkata, dia mempunyai masa kira-kira tiga hari sebelum membariskan skuad terbaik untuk berdepan cabaran skuad Garuda itu.
"Saya mungkin akan menggunakan strategi yang sama (sebagaimana perlawanan sebelum ini) atau mungkin tidak ketika menentang Indonesia nanti.
"Buat masa ini, saya akan menilai tahap kecergasan pada pemain terlebih dahulu sebelum memutuskan siapa yang akan berada dalam kesebelasan utama," katanya. - KOSMO

Sabtu, 12 November 2011

Kehadiran anak ketiga ubati kesedihan Faizal


KUALA LUMPUR: Kesedihan juruhebah radio popular Hotfm, Mohd Faizal Ismail, 35, atau lebih dikenali FBI kerana kehilangan anak kedua yang meninggal dunia selepas 11 hari dilahirkan akibat komplikasi jantung tiga tahun lalu, kini terubat apabila dikurniakan anak ketiga pada tarikh 11.11.11, semalam.

Bayi lelaki diberi nama Mohd Khalish Iman itu dilahirkan jam 9.03 pagi semalam di Hospital Pantai Kuala Lumpur, di sini dengan berat 2.65 kilogram.

“Kehilangan zuriat kedua pada April 2008 memang memberi tamparan kepada saya kerana dia pergi beberapa hari selepas dilahirkan tanpa dapat melihat dia membesar dengan sihat. Namun, saya tidak menyalahkan takdir dan menganggapnya sebagai ujian Allah.

“Berkat kesabaran dan tidak pernah jemu berdoa kepada Allah, isteri tersayang, Nor Azlina Ahmad Din, 35, disahkan mengandung untuk kali ketiga dan pada hari ini saya dikurniakan bayi lelaki yang sihat,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Hospital Pantai, di sini, semalam.

Faizal dan isteri ditemani anak sulung mereka, Nur Khairina Iman, 10.

Faizal berkata, dia dan isterinya tidak pernah merancang untuk melahirkan bayi pada 11 November dan pemeriksaan terakhir, doktor mengatakan kandungan sudah matang dan mencadangkan bayi dilahirkan melalui kaedah pembedahan pada tarikh istimewa itu. - myMetro

Iklan Mangga