slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 16 November 2011

Kuartet 4x400 meter dilayan macam pelarian


KECERIAAN kuartet 4x400m negara (dari kiri) Mohd. Yunus, Kannathasan, Schezuan dan Yuvaraaj yang memenangi pingat emas kelmarin direntap selepas dihantar pulang sebelum dapat mencium pingat emas yang mereka menangi.

PALEMBANG - Kuartet 4x400m yang melakukan kejutan meraih emas kelmarin dilayan seperti orang pelarian apabila segera dihantar pulang semalam tanpa sempat menerima pingat yang dimenangi mereka.
Gandingan S. Kannathasan, P. Yuvaraaj, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh sepatutnya perlu menghadiri majlis penyampaian hadiah semalam selepas ditangguhkan kelmarin.
Malangnya, perancangan kelam-kabut yang dibuat Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menyaksikan detik manis yang sepatutnya di- nikmati mereka selepas penyertaan mereka dianiaya, tidak kesampaian.
Penerbangan mereka telah ditentukan lebih awal gara-gara KOAM menjangkakan gandingan ini tiada harapan pingat untuk dimenangi.
Antara yang lantang membidas tindak tanduk dan kelemahan KOAM itu ialah atlet olahraga negara, Noraseela Khalid yang menegaskan, rombakan segera perlu dibuat supaya lebih ramai lagi atlet tidak menjadi mangsa.
"Mereka datang lewat tetapi pulang awal kerana KOAM tidak percaya mereka boleh menang pingat. Inikah persatuan yang memperjuangkan nasib atlet?
"Sepatutnya mereka diberi peluang menerima hadiah dulu, barulah pulang. Ini tidak, dah jadi macam orang pelarian pulak. Di Malaysia ramai lagi telah menjadi mangsa seperti kuartet 4x400m ini.
"Jadi, bantulah kami melakukan perubahan dalam KOAM sekiranya kita tidak mahu melihat atlet terus menjadi mangsa. Harap presiden KOAM juga dapat membantu," katanya.
Kuartet 4x400m lelaki negara pulang pada pukul 2.50 petang semalam selepas 17 jam memenangi pingat emas dengan menewaskan Thailand di tempat kedua dan Indonesia ketiga. - KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga