slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 14 November 2011

Harimau Muda capai misi - Kim Swee


JAKARTA - Misi mengutip tiga mata penuh sudah direalisasikan.
Kemenangan 4-1 ke atas Kemboja pada aksi ketiga Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno semalam memberi petanda awal betapa skuad Bawah 23 (B-23) Tahun negara sudah hampir mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir temasya Sukan SEA 2011.
Bagaimanapun, bagi pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee (gambar), beliau masih belum mahu mendabik dada dengan prestasi anak-anak buahnya setakat ini yang telah merekodkan tujuh mata daripada tiga perlawanan.
Pada aksi pembukaan Kumpulan A, Harimau Muda sekadar seri tanpa jaringan dengan Singapura sebelum membenam Thailand 2-1 dan Kemboja 4-1.
Jelas Kim Swee, biarpun skuad kendaliannya berpeluang cerah untuk menempatkan diri ke saingan separuh akhir, beliau tetap mahu mereka berwaspada menjelang pertemuan menentang Indonesia Khamis ini.
"Pada pandangan saya, kemenangan hari ini (semalam) merupakan keputusan yang baik. Namun kami tidak boleh berasa selesa kerana ada satu lagi perlawanan peringkat Kumpulan A.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, hanya pada perlawanan terakhir sahaja yang akan menentukan siapa lebih layak mara ke separuh akhir," kata Kim Swee pada sidang media sejurus selepas tamat perlawanan semalam.
Mengulas pertemuan menentang Kemboja, Kim Swee berkata, kelekaan barisan Harimau Muda pada awal babak kedua telah mengundang padah kepada mereka.
"Pada babak kedua, para pemain bermain kasual sehingga kami dihukum dengan gol Kemboja, tetapi nasib baik mereka dapat menjaringkan satu gol lagi pada lewat perlawanan.
"Apa yang saya lihat, kita banyak mencipta peluang (untuk menjaringkan gol) sama seperti ketika menentang Singapura dan Thailand, tetapi gagal untuk menterjemahkan kepada jaringan.
"Bagaimanapun, saya gembira dengan statistik gol yang kita hasilkan dalam tiga perlawanan setakat ini, bemula tanpa jaringan dengan Singapura.
"Selepas itu kita memperoleh dua gol (ketika menentang Thailand) dan empat gol bertemu Kemboja hari ini (semalam)," katanya.
Menjelang aksi menentang Indonesia, Kim Swee berkata, dia mempunyai masa kira-kira tiga hari sebelum membariskan skuad terbaik untuk berdepan cabaran skuad Garuda itu.
"Saya mungkin akan menggunakan strategi yang sama (sebagaimana perlawanan sebelum ini) atau mungkin tidak ketika menentang Indonesia nanti.
"Buat masa ini, saya akan menilai tahap kecergasan pada pemain terlebih dahulu sebelum memutuskan siapa yang akan berada dalam kesebelasan utama," katanya. - KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga