slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 16 November 2011

'Apex' tak rela gawang dirobek Sang Garuda


JAKARTA - Penjaga gol Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat makin bersemangat menjelang aksi terakhir Kumpulan A menentang Indonesia pada temasya Sukan SEA 2011 di Stadium Gelora Bung Karno di sini esok.
Jelas Khairul Fahmi, pertemuan menentang skuad Garuda itu bakal menjanjikan pertembungan penuh dramatik berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini.
"Perlawanan menentang Indonesia pasti dinantikan oleh peminat dan penyokong kedua-dua pasukan. Saya dapat rasakan satu perlawanan yang menarik akan dapat disaksikan nanti.
"Ini kerana Indonesia sudah pasti tidak mahu tewas di hadapan penyokong mereka sendiri, tambahan pula mereka mahu muncul juara Kumpulan A.
"Tetapi bagi kami (skuad Harimau Muda), saya harap rakan-rakan sepasukan tidak berasa tertekan kerana terpaksa menghadapi sorakan daripada para penyokong Indonesia nanti," kata Khairul Fahmi yang juga dikenali dengan panggilan 'Apex' kelmarin.
Dia turut mengingatkan rakan-rakan sepasukannya agar sentiasa memberikan komitmen seratus peratus di tengah padang bagi mengelakkan kesilapan yang mampu mengundang padah.
"Tempoh tiga hari yang kami ada sebelum menentang Indonesia Khamis ini (esok) akan kami gunakan sebaik mungkin untuk proses pemulihan. Tahap kecergasan amat penting buat semua pemain.
"Saya yakin jurulatih (Ong Kim Swee) mempunyai strategi tersendiri bagi menghadapi Indonesia. Yang penting, setiap pemain harus menjalankan tugas dengan sebaik mungkin," katanya.
Dalam masa yang sama, 'Apex' berazam menjaga gawangnya daripada dirobek peledak berbisa Indonesia yang diketuai dua pemain kelahiran Papua, Patrich Wanggai dan Titus Bonai.
"Bagi saya, barisan pertahanan negara telah memberikan aksi terbaik dalam tiga perlawanan sebelum ini.
"Kami akan cuba memperbaiki beberapa kelemahan sebelum menentang Indonesia nanti," jelasnya. - KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga