slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 28 Ogos 2012

Cengkaman Chelsea

Cengkaman Chelsea
Torres
JARINGAN pemain tengah antarabangsa Belgium, Eden Hazard dan penyerang antarabangsa Sepanyol, Fernando Torres sudah cukup meletakkan The Blues kekal memimpin teraju Liga Perdana Inggeris (EPL) 2012/2013 selepas menewaskan Newcastle United, 2-0 di Stadium Stamford Bridge, awal pagi semalam.

Kelab milik jutawan Rusia, Roman Abramovich yang beraksi lebih satu perlawanan itu tampil meyakinkan selepas permulaan baik menewaskan Wigan Atletics dan Reading sebelum ini apabila menguasai rentak bahagian tengah.

Namun begitu, gol pertama hanya hadir pada minit ke-22, selepas Hazard berjaya menyempurnakan sepakan penalti setelah Torres dikasari pertahanan pelawat, Vurnon Anita.

The Blues tampil tanpa dua tonggak berpengaruh, pertahanan John Terry dan tengah Frank Lampard, Roberto di Matteo menggandingkan Gary Cahill dan David Luiz bagi memperkukuhkan benteng pertahanan, manakala Raul Meireles bersama John Obi Mikel mengerakkan bahagian tengah Chelsea.

Hasilnya, beberapa serangan Chelsea berjaya membolosi pertahanan pelawat, namun hanya ketangkasan penjaga gol antarabangsa Belanda, Tim Krul menjadi halangan terakhir tuan rumah.

Namun, kekebalan Krul akhirnya bolos setelah Torres menambah jaringan tuan rumah pada minit ke-45 selepas Torres berjaya membolosi diri daripada kawalan pertahanan, sebelum melepaskan rembatan bagi memastikan tiga mata milik The Blues. - SinarHarian

Isnin, 27 Ogos 2012

Chong Wei Bakal Kahwini Wong Mew Choo Tahun Depan


KUALA LUMPUR: Pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei bakal menamatkan zaman bujangnya dengan bekas pemain perseorangan badminton wanita negara, Wong Mew Choo, tahun depan.
Pemenang pingat perak Olimpik London itu berkata, beliau kini bersedia berkahwin dengan Wong yang dikenalinya sejak 2001 ketika mereka bersama-sama mengikuti kem latihan badminton negara.
Bagaimanapun, Chong Wei enggan menyatakan tarikh atau tempat yang dipilih untuk meraikan majlis bersejarah itu memandangkan semuanya masih dalam perancangan.
"Mungkin saya akan mengundur diri tahun depan kerana pertandingan penting sudah berakhir dan mula merancang memandangkan saya bukan lagi muda," katanya kepada Bernama.
Sebelum ini, pemain berusia 30 tahun itu pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin tahun hadapan, bagaimanapun ketika itu beliau tidak mengumumkan wanita pilihannya.
Menurutnya, beliau tidak mahu kisah cintanya itu dipandang negatif sehinggamengganggu fokus dan persiapan beliau ke Olimpik London.
"Saya dan dia (berkawan) sudah banyak tahun. Tetapi kadang-kadang saya tiada masa dan saya mahu fokus pada karier dan biasalah kadang-kadang kita bergaduh,"akui atlet dari Pulau Pinang itu.
Mengenang kisah lampau, Chong Wei mendedahkan beliau dan Wong pernah berpisah ketika menyertai latihan di Korea Selatan pada 2009, namun, hubungan itu terjalin semula setahun lalu.
Dalam perkembangan lain, musuh tradisi atlet itu, pemain perseorangan nombor satu dunia Lin Dan dari China juga dilapor akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan dengan bekas perseorangan wanita republik itu, Xie Xinfang bulan depan. - BERNAMA

Selamat Hari Raya Aidil-Fitri

Belum terlambat untuk aku ucapkan
"SELAMAT HARI RAYA IDUL-FITRI"
untuk semua pelawat
JOM IKUT AKU.

Terima kasih kerana sudi mencemar mata
dengan menatap posting-posting yang ku
petik dari akhbar-akhbar untuk
dikongsi bersama.

Tahun ni aku beraya di Kuala Lipis & Cameron Highland
bersama abang2ku & family.
Maklumlah kami anak yatim piatu.....:(





Bayangan positif buru slot ke suku akhir

Bayangan positif buru slot ke suku akhir
Afiq (tengah) menceriakan penyokong The Red Warriors dengan menghasilkan  2 gol  di Kota Bharu, kelmarin.

JURULATIH Kelantan, Bojan Hodak berpuas hati walaupun pasukannya menang tipis 2-1 ke atas Kedah pada aksi Piala Malaysia 2012 di Kota Bharu, kelmarin.

Malah, Hodak menyifatkan kemenangan sulung peringkat Kumpulan B itu sebagai petanda positif bagi meneruskan pemburuan slot ke saingan suku akhir.

"Saya gembira apabila pemain kita berjaya bangkit memadamkan jaringan Kedah pada awal permainan.

"Kita menguasai perlawanan dan mempunyai banyak peluang, namun keghairahan pemain memuncak lebih awal menyebabkan mereka hilang tenaga," katanya yang hanya membiarkan Mohammad Ghaddar sekadar memanaskan bangku simpanan pada aksi tersebut.

Pada pertemuan berkenaan, pelawat terlebih dahulu mengejutkan Kelantan menerusi jaringan Mohd Khryl Muhymeen Zambri seawal minit kelima sebelum Muhammad Afiq Azmi memadamkan kelebihan itu pada minit ke-29 perlawanan, dan tandukan pada minit terakhir babak pertama.

Esok, mereka akan bertandang ke Selayang menghadapi juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia dalam meneruskan momentum kemenangan selepas dikejutkan Terengganu 0-2 dalam saingan pembukaan Rabu lalu. - SinarHarian

Akmal pula terlibat kemalangan, tidak wakili Perak esok

Akmal Rizal
Akmal Rizal

MENJELANG perlawanan ketiga Piala Malaysia yang akan berlangsung esok, Perak bakal beraksi tanpa Akmal Rizal  kerana cedera terlibat dalam kemalangan malam semalam.

Selepas penjaga gol Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi terlibat dalam kemalangan di Bachok kelmarin, penyerang sensasi Perak, Akmal pula terlibat dalam kemalangan di Bukit Beruntung, Selangor.

Kejadian berlaku sekitar jam 11 malam ekoran hujan lebat.

Akmal dikatakan tidak dapat mengawal kereta lalu terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.

"Keadaan hujan sangat lebat, saya tidak dapat mengawal kenderaan, kereta berpusing dua kali sebelum terbabas," katanya ketika di hubungi Sinar Harian Online hari ini.

Menurut Akmal, beliau bersama kedua ibu bapanya dalam perjalanan pulang ke Ipoh dari Putrajaya.

Akmal cedera di kepala dan leher akibat hentakan, namun dilaporkan stabil.

"Ayah saya mengalami luka-luka di kaki dan bengkak di rusuk apabila tercampak di tempat duduk belakang, manakala ibu saya turut mengalami bengkak di leher," katanya.

Beliau yang dirawat di Hospital Sungai Buloh telah melalui beberapa rawatan dan ujian sinar X-ray.

"Saya mendapat cuti sakit selama seminggu, namun saya akan pastikan keadaan saya benar-benar pulih baru saya akan turun menjalani latihan seperti biasa bersama rakan sepasukan yang lain," katanya lagi

Akmal turut meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat beraksi di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi menentang Negeri Sembilan esok.

"Jurulatih dan rakan-rakan datang melawat saya sebelum mereka semua bertolak ke Negeri Sembilan, saya berharap mereka dapat membantu pasukan untuk mara ke perlawanan seterusnya," jelas Akmal.

Perak menentang Negeri Sembilan esok jam 8.45 malam di tempat lawan setelah tumpas 2-4 kepada Felda United Sabtu lalu. - SinarHarian

The Gunners tumpul sentuhan penyudah

Logo Arsenal
Logo Arsenal

TANPA kelibat Robin van Persie, Arsenal akur kurang kreativiti bahagian penyudah apabila dipaksa seri tanpa jaringan semasa berkunjung ke Stadium Britannia menentang Stoke City aksi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2012/2013, awal pagi semalam.


Biarpun kelab utara London itu menguasai perlawanan dengan Santi Cazorla mengemudi bahagian serangan, namun masih gagal memecah kekebalan kubu The Potters diketuai Matthew Upson.

Pelawat yang mendapat beberapa peluang mendahului tuan rumah gagal memanfaatkan peluang hadir, terutama yang terbaik hasil daripada penyerang baru Arsenal dari Perancis, Olivier Giroud juga berpeluang meletakan kelabnya di hadapan, namun percubaan volleynya jauh tersasar.

Lukas Podolski juga mendapat beberapa peluang di kawasan penalty lawan namun, pertahanan Andy Wilkinson dan Robert Huth sering menjadi penghalang terakhir kepada penyerang antarabangsa Jerman berkenaan.

Pengendali Stoke, Tony Pulis melakukan dua pertukaran barisan sama menentang Reading minggu lalu ini, dengan memasukan Jermaine Pennant yang baru pulih kecederaan dan pemain sayap baru, Geoff Cameron memulakan penampilan sulung.

Arsene Wenger juga melakukan dua pertukaran barisan menentang Sunderland minggu lalu dengan memasukan penjaga gol gantian Vito Mannone dan Giroud untuk penampilan sulung masing-masing musim ini.

Keputusan seri  ini meletakan Stoke City menghuni tangga ke-11 liga manakala Arsenaltrun satu tangga menghuni tangga ke-12 liga. - SinarHarian

Ribuan Pengunjung Banjiri Legoland


Peminat Lego:Seorang kanak-kanak bergambar bersama miniatur singa di Legoland Malaysia, Johor Baru.
JOHOR BARU: Ribuan pengunjung teruja berkunjung ke Legoland Malaysia untuk mengabadikan gambar kenangan walaupun taman tema baru itu hanya dijadualkan beroperasi pada 15 September ini.
Beberapa pengunjung berada di sana untuk membeli pas tahunan tetapi kebanyakannya singgah seketika untuk mendapatkan gambaran pertama mengenai taman tema yang sedang hangat diperkatakan itu.
Jurutera Jesper Bruhn, 40, dari Denmark berkata, dia amat terkejut apabila menemui sebuah taman tema yang serupa di negara kelahirannya.
"Ia amat serupa, sesuatu yang tidak diduga," katanya.
Bruhn berkata, dia beratur selama 90 minit untuk mendapatkan pas masuk tetapi ia amatlah berbaloi untuk menunggu.
"Saya tidak sabar menunggu taman ini dibuka secara rasminya," katanya.
Warga Singapura, Tan Yan Fen, 24, berkata dia mengadakan kunjungan istimewa bersama lima lagi rakannya untuk melihat taman tema itu dengan lebih dekat.
"Saya adalah peminat setia Lego tetapi taman tema ini amat menarik," katanya.
Tan berkata, dia teruja untuk melihat reka bentuk taman tema itu.
"Ia amat berbeza dari Universal Studios Singapura," katanya.
Kakitangan awam Rohaya Amir, 36, yang dalam perjalanan ke Nusajaya bersama keluarganya menyedari kelibat orang ramai menghala ke Legoland.
"Kami tertanya-tanya dan memutuskan untuk singgah seketika," katanya.
Rohaya berkata, barisan untuk membeli tiket terlalu panjang dan dia akan kembali semula ke sana untuk mendapatkan pas masuk.
Pengurus Besar Legoland Malaysia Siegfried Boerst berkata, pegawai taman tema itu tidak menjangka sambutan pengunjung begitu menggalakkan meskipun ia belum dibuka secara rasmi. - mStarOnline

Court releases written judgment on bowler's rape case decision


Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan
KUALA LUMPUR: National bowler Noor Afizal Azizan would not have got off with a bond for five years for having sex with a minor if he had been older or had used force, coercion or violence.
The Court of Appeal said this in its written judgment released Monday.
Court of Appeal president Justice Raus Sharif, who sat with Justices K.N. Segara and Azhar Ma'ah, wrote the grounds of judgment.
He added that Noor Afizal had not "tricked the girl into submitting to him".
Justice Raus said that if Noor Afizal had "not cooperated with the police and he had not shown any remorse to his act or there is no guarantee that he will not be committing the same offence in future, we would not have any hesitation, as we have done in many other cases of similar nature, to impose a lengthy custodial sentence."
There was public uproar on Aug 8 after the court allowed Noor Afizal's appeal against a High Court decision to sentence him to five years' jail for statutory rape of a 13-year-old girl.
In his oral decision, Justice Raus had agreed with Noor Afizal's counsel that public interest would not be served if the bowler received a custodial sentence when he had "a bright future."
In the Malacca Sessions Court, the judge had imposed a RM25,000 bond with good behaviour for five years on Noor Afizal, 21, after he pleaded guilty to raping the girl at a hotel in Ayer Keroh, Malacca on July 5, 2010.
However, the public prosecutor had appealed to the High Court on Sept 20 last year and obtained a five-year custodial sentence, the mandatory minimum for rape under the Penal Code.
Justice Raus said in his written judgment that any sentence to be imposed on cases like this must be based on the facts of each case, that it is "neither feasible nor desirable to attempt to lay down any fixed sentence that is meant to govern this types of cases."
"These observations made by this court should not be misconstrued as intending to have blanket application or applying to all cases involving young offenders charged with similar offence as the appellant here."

Iklan Mangga