slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 29 Januari 2011

Penunggang motosikal besar cantik


SEKALI pandang mungkin seperti tidak percaya, wanita bertudung yang lemah lembut itu mampu menunggang motosikal berkuasa tinggi seperti Kawasaki Z1000.
Menariknya motosikal itu bukan sahaja ditunggangnya kerana suka-suka, sebaliknya dia sememangnya obses dengan motosikal berkuasa tinggi sehingga sanggup menabung duit untuk membelinya.
Apa yang pasti, imej bertudung tidak langsung menjadi penghalang kepada Rika Ismail untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi.
Jelas wanita kelahiran Jakarta, Indonesia itu dia kini sudah memiliki sebanyak dua buah motosikal berkuasa tinggi yang dikongsi bersama suaminya. “Dua motosikal jenis Kawasaki ER6 dan Kawasaki Z1000 pada kebiasaannya digunakan untuk bersiar-siar bersama suami mahupun rakan-rakan. Jika saya pakai Z1000 suami akan pakai ER6,” katanya ketika ditemui di KL Bike Week 2010 di tempat letak kereta Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur baru baru ini.
Minat yang pada mulanya didorong oleh suaminya, Fakrudden Amran, 34, kini secara semula jadi sudah sebati dalam jiwanya.
Bercerita lebih lanjut ahli perniagaan berusia, 28 tahun ini memberitahu, dia pernah memiliki motosikal Kawasaki Z6 dan Kawasaki ZX10 sebelum ini.
Memiliki dan menunggang motosikal berkuasa tinggi memberi kepuasan kepada Rika kerana dapat menghilangkan tekanan.

FATEN membantu Rika menunggang jentara Kawasaki Z1000
PENYANYI Fauziah Latiff dan penyampai radio, Linda Onn antara bintang popular yang turut berkongsi minat dalam sukan pemotoran berkuasa tinggi
DARI kiri: Rika, Ruby Ellyana dan Faten di samping motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Z1000 dan Yamaha Virago 535
Aku petik artikel & foto2 ni dlm KOSMO, klu nak baca selanjutnya klik kat SINI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga