slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 18 November 2011

Neelofa Tolak Berlakon Drama


Neelofa
KUALA LUMPUR: Pelakon jelita Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa mengakui tidak mengambil sebarang tawaran drama bagi menumpukan perhatian kepada lakonan filem dan pengacaraan.
Kata Neelofa, dia menggambil beberapa tawaran drama sebelum ini bagi memberitahu khalayak tentang kehadiran dalam industri ini.
"Saya ambil beberapa tawaran drama sebelum ini kerana ingin memberitahu penonton bahawa saya boleh berlakon dan bakal berada di industri ini.
"Saya tidak mahu mereka mempertikaikan bakat saya kerana gosip-gosip yang keluar terlebih dahulu sebelum filem saya," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filemAzura, di sini, Rabu.
Tambahnya, dengan keputusan tersebut secara tidak langsung dia dapat menjaga nilai eksklusifnya apabila membintangi sesebuah filem.
Bagaimanapun, Neelofa berkata dia akan menimbangkan tawaran drama yang mempunyai skrip yang kuat.
"Buat masa ini saya hanya fokus kepada filem dan pengacaraan. Tapi jika ada tawaran drama yang baik dan mempunyai skrip yang kuat saya akan mempertimbangkannya," ujarnya pengacara program Nona musim akan datang.
Dalam pada itu, Neelofa kini merancang untuk menerbitkan sebuah drama bersama pengarah terkenal Erma Fatimah.
“Saya ada berbincang dengan Erma Fatimah untuk menerbitkan sebuah drama dan kini masih lagi dalam peringkat awal,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Neelofa telah membintangi beberapa buah filem yang bakal ditayangkan tahun depan antaranya Azura 2012, Rentaz, Lemak Kampung Santan, Saya Amat Mencintaimu (SAM) dan Tyco. - mstarOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga