slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 1 Februari 2012

Safee pisah sementara


SATU keputusan sudah dimuktamadkan kapten Pelita Jaya FC (PJFC), Safee Sali berhubung kontraknya yang berakhir semalam bagi memastikan kesinambungan karier bola sepak di luar negara dan khidmatnya kepada skuad negara dapat berterusan.

Bagaimanapun, sekiranya terus bersama PJFC, peluang berusia penyerang berusia 28 tahun itu dilihat tergugat selepas Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mendakwa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hanya mengiktiraf Liga Premier Indonesia (IPL) berbanding Liga Super Indonesia (ISL) yang disertai PJFC.

Namun ‘pengharaman’ terbabit masih belum jelas sama ada membabitkan liga atau turut membabitkan pemain selain pemilik kelab terbabit, keluarga Bakrie yang juga memiliki kelab Belgium, CS Vise dan Brisbane Roar yang bersaing dalam Liga-A di Australia untuk membuka peluang kepada Safee bagi ‘berpisah sementara’ daripada PJFC.

“Safee sebenarnya seronok bermain di PJFC. Kami (dan PJFC) sudah mencapai kata sepakat untuk membolehkan kedua-dua pihak berada dalam situasi menang-menang. 

“Kedudukan sebenar Safee akan diketahui pada sidang media di Jakarta Selatan, hari ini,” kata pengurusnya, Zakaria Abd Rahim ketika dihubungi petang semalam.

Selain beberapa pasukan Liga Malaysia, Zakaria menegaskan hanya kelab Thailand, Muang Thong United dan sebuah kelab Indonesia yang membuat tawaran serius kepada Safee manakala beberapa kelab lain tidak mengemukakan tawaran konkrit. 

Beliau turut menafikan berita yang mengaitkan Safee dengan beberapa kelab dari Eropah.

Bekas penyerang Selangor itu mendapat perhatian selepas mempamerkan ketajaman ketika membantu skuad negara kendalian Datuk K Rajagobal meraih kejuaraan sulung Piala AFF 2010 selain dinobatkan penjaring terbanyak kejohanan.

Bermula detik itu, kelibat Safee diintai dan dipikat PJFC pada jendela perpindahan kedua ISL pada Februari 2011.

Safee membuktikan ketajamannya apabila menyelamatkan kelabnya itu daripada tersingkir ke liga bawahan dengan meledak sejumlah jaringan penting pada pusingan kedua ISL itu selain sudah menjaringkan enam gol dalam saingan musim ini. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga