slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 18 Jun 2012

EPL: Man City mula misi dengan temu Southampton 18 Ogos

EPL: Man City mula misi dengan temu Southampton 18 Ogos
EPL: Man City mula misi dengan temu Southampton 18 Ogos
SEBAGAI misi untuk mempertahankan mahkota Liga Perdana Inggeris, Manchester City akan memulakan musim baru Liga Perdana Inggeris menentang pasukan pendatang baru liga, Southampton di laman sendiri.

Naib juara, Manchester United (MU) memulakan kempen mereka menentang Everton di gelanggang lawan apabila liga bermula 18 Ogos ini.

Reading yang kembali ke Liga Perdana akan bertemu Stoke City manakala West Ham akan melayani Aston Villa.

Menurut laporan dibawa BBC, perlawanan 'derby' Manchester akan bermula di Stadium Etihad pada 8 Disember dan kembali ke Old Trafford yang dijadualkan pada 6 April.

Liverpool yang kini dikendalikan oleh pengurus baru, Brendan Rodgers akan memulakan ujian pertama menentang West Brom, yang kini dilatih oleh bekas jurulatih Reds, Steve Clarke.

Faktor pemecatan Kenny Daglish disebabkan Liverpool menghadapi musim buruk sebelum ini, akan menentang tiga pasukan di laman sendiri iaitu, Manchester City, Arsenal dan MU.

Michael Laudrup yang mengambil tempat alih Rodgers di Swansea akan memulakan saingan pembukaan menentang Queens Park Rangers.

Pengurus baru Norwich, Chris Hughton mempunyai tugas sukar dalam perlawanan pertama menentang Fulham.

Arsenal akan bermula dengan lawatan ke Sunderland dan perlawanan pertama Roberto Di Matteo sebagai pengurus sepenuh masa pemenang Liga Juara-Juara, Chelsea menyaksikan mereka bertemu Wigan.

Tottenham berdepan misi sukar apabila bertandang ke Newcastle.Bagi derby Merseyside pertama musim ini dijadualkan di Goodison Park pada 27 Oktober.

Chelsea akan bertandang ke Arsenal pada 29 September dan derby London Utara di antara Arsenal dan Spurs dijadualkan pada 17 November di Emirates.

Sunderland dan Newcastle akan bertemu sesama mereka pada 20 Oktober di Stadium Of Light disamping pasukan Magpies itu akan berhadapan MU di Old Trafford sempena 'Boxing Day'.

Pada perlawanan terakhir EPL, juara bertahan, Manchester City akan menentang Norwich.

Sambil itu, jiran mereka, MU akan bertandang ke West Brom. Chelsea akan menghadapi Everton di Stamford Bridge dan Arsenal akan menamatkan musim mereka di Newcastle. - sinarharian

Terengganu tanpa Forkey Doe hadapi Singapura

Francis Forkey Doe
KUALA TERENGGANU - Walaupun tanpa penyerang berbisanya Francis Forkey Doe, Terengganu tidak gusar untuk bertemu Lions XII dalam pertandingan Liga Super di sini esok.


"Kita masih ada ramai lagi pemain tempatan yang baik dan mampu memberikan cabaran kepada pasukan dari seberang Tambak Johor itu," kata Penolong Pengurus pasukan Terengganu, Sheikh Tajudin Syeikh Yusof kepada Bernama.


Beliau berkata Terengganu tetap yakin untuk menang kerana pernah mengalahkan Lions XII 1-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura dalam pusingan pertama Liga Super pada 28 Januari lalu.


Forkey Doe yang berasal dari Liberia dipanggil balik untuk menyertai pasukan negaranya dalam kejohanan kelayakan Piala Dunia bagi zon Afrika dan dijadual pulang semula ke Terengganu lusa.


Sheikh Tajudin berkata semasa ketiadaan Forkey Doe, Manaf Mamat dan Abdul Hadi Yahaya akan digabung sebagai penggempur utama.


"Kita juga merasa gembira kerana semua pemain termasuk Mohd Faizal Muhamad yang telah bebas dari penggantungan, tiada masalah untuk diturunkan," katanya.


Namun beliau tetap berwaspada dengan prestasi Lions XII yang membelasah Sabah 9-0 Sabtu lepas. - Bernama

Nazmi minta maaf tumbuk Kapten Qatar


Nazmi Faiz
Pemain Malaysia, Muhammad Nazmi Faiz dilayangkan kad merah oleh pengadil 
selepas mengasari pemain Qatar di Stadium Shah Alam. -- fotoBERNAMA

PERANCANG utama Harimau Muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor mengakui gagal mengawal emosi ketika aksi perlawanan persahabatan menentang skuad bawah 22 tahun Qatar di Stadium Shah Alam, petang tadi.


Insiden yang menyaksikan pemain SC Biera-Mar itu dilayangkan kad merah pada minit ke-40 selepas berang dengan Kapten Qatar, Abdelkarim Hassan Fadlalla yang mengasari rakan sepasukan, Mohd. Azrif Nasrulhaq.


Nazmi Faiz yang bakal berusia 18 tahun pada 17 Ogos depan meluru ke arah pemain tersebut dan melepaskan tumbukan ke atas Abdelkarim yang menyebabkan pengadil perlawanan mengarahkannya keluar dari padang.


Dalam pada itu, Nazmi memohon maaf kepada para peminat dan menegaskan insiden tadi tiada kena-mengena dengan kisah peribadi sambil mengakui gagal mengawal emosi.


"Terus-terang saya beritahu kenapa saya hilang sabar. Saya tidak tahu. Apapun ia tidak mengganggu konsentrasi saya dan tidak mengambil peduli mengenai kisah peribadi saya," jelas Nazmi kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan.


Nazmi juga memberitahu, dia berjanji untuk bertindak dengan lebih matang sambil menegaskan tidak akan menghadapi masalah untuk memberikan tumpuan penuh menjelang kelayakan Piala AFC pada 21 Jun ini.


Sementara itu, pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menasihatkan Nazmi supaya bertindak lebih profesional dan matang.


Dalam masa yang sama, pengendali yang berasal dari Melaka itu berpendapat faktor usia yang begitu muda yang menyebabkan dia bertindak sedemikian.


"Dia masih muda. Perasaan marah itu memang biasa dalam usia sebegini. Saya nasihatkan agar dia mengawal emosinya dan bertindak lebih matang di masa akan datang," jelasnya.


Dalam perkembangan lain, Kim Swee berkata bahawa pasukannya sudah bersedia untuk mengharungi saingan kelayakan Piala AFC di Myanmar.


Malaysia diundi dalam Kumpulan G pada aksi kelayakan Piala AFC bawah 22 bersama-sama Korea Selatan, Taiwan, Filipina, Vietnam dan Myanmar. - sinarharian

Iklan Mangga