SAFIQ kini harungi tempoh prestasi kurang baik bersama Selangor. |
JURULATIH skuad negara, Datuk K Rajagobal membuat kejutan dengan menggugurkan kaptennya, Safiq Rahim dalam senarai 26 pelatih menghadapi siri persahabatan antarabangsa menentang Australia di Canberra pada 7 Oktober ini.
Turut tidak disenaraikan pengendali berkenaan adalah Sharbinee Allawee Ramli, Nasril Nourdin, Amirulhadi Zainal, Abdul Hadi Yahaya, Ashari Samsudin, Ismail Faruqi Ashari, Ahmad Fakri Saarani, S Chanthuru, Shakir Shaari, Rizal Fahmi Rosid, Helmi Remeli, Azmi Muslim dan Aidil Zafuan Radzak.
Sebaliknya, jurulatih berusia 55 tahun itu menyenaraikan lima muka baru - Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur), Zubir Azmi (Terengganu), Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Syahrul Azwari Ibrahim (Harimau Muda A) serta kapten skuad negara di Sukan Universiti Dunia di Shenzen bulan lalu, K Reuben.
“Saya kenal Safiq dari A hingga Z. Mungkin ketika ini dia mengharungi tempoh prestasi kurang baik bersama Selangor. Bukan sengaja saya tak panggil dia. Safiq pun tahu kenapa saya buat begitu. Tapi Safiq tetap pemain yang luar biasa dan dia akan kembali.
“Ini hanya satu perlawanan, bukan satu kejohanan. Jadi saya hanya memanggil pemain yang berada pada tahap prestasi terbaik dalam Piala Malaysia dan kekal konsisten. Sebab itu juga saya masukkan sembilan pemain skuad Olimpik,” kata Rajagobal ketika dihubungi, semalam.
Mengenai status ketua pasukan dia beranggapan persoalan itu kurang penting.
“Saya boleh memberi tugas itu kepada Norhafiz Zamani atau Safee Sali,” jelasnya yang bakal memulakan kem latihan pusat pada 28 September ini. - BHarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan