slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 7 September 2011

Kejayaan Anak Dorong Mubarak Majid Sambung Belajar


Pelakon Mubarak Majid. Gambar dipetik daripada Facebook miliknya.
GEORGE TOWN: Kejayaan empat orang anak pelakon Mubarak Majid atau nama sebenarnya Mohamad Mubarak Majid, 55, menamatkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjadi pendorong kepada beliau untuk melanjutkan pelajaran.
Mubarak, adalah antara 3,883 pelajar baru yang mendaftarkan diri dalam program Ijazah Sarjana Muda Lakonan dan Pengarahan secara sepenuh masa di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, Selasa.
“Sudah lama saya mahu menyambung pelajaran, namun hasrat itu terbantut akibat menguruskan keluarga dan anak-anak yang masih kecil. Kejayaan anak-anak seramai empat orang yang berjaya menamatkan pengajian di IPTA telah mendorong saya untuk berjaya seperti mereka.
"Dulu giliran mereka, sekarang tiba pula giliran saya untuk membuat mereka bangga," katanya yang ditemui di sini.
Tambahnya, dua lagi anaknya sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan belajar di tingkatan lima.
Mubarak, yang melibatkan diri dalam bidang lakonan hampir 30 tahun, berkata pemilihan USM itu dianggap cabaran buat dirinya untuk berusaha lebih gigih dalam mengharungi kejayaan.
"Saya suka mencabar diri agar lebih kuat berusaha dan menjadi contoh kepada penggiat seni lain dalam usaha menjadikan ilmu sebagai sesuatu yang menarik untuk diteroka sepanjang hayat mereka," katanya. - BERNAMA

1 ulasan:

  1. Tahniah bro! Teruskn perjuangan mencari ilmu kerana ia tuntutan agama....x rugi klu berilmu.

    BalasPadam

Iklan Mangga