slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Ahad, 4 September 2011

Syarat FAS


CERIA...Hamidin beramah mesra  bersama pemain  Selangor, semalam.
CERIA...Hamidin beramah mesra bersama pemain Selangor, semalam.
PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) rela melepaskan Safiq Rahim untuk mencuba nasib bersama kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Cardiff City namun menuntut pemain perancang itu memberikan tumpuan terlebih dulu kepada saingan Piala Malaysia yang akan bermula 6 September ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya hanya membenarkan kapten skuad Harimau Malaya itu menjalani ujian pemilihan bersama Cardiff selama dua minggu selepas kempen Piala Malaysia berakhir 29 Oktober depan.

“Saya sudah mendapat salinan surat daripada Safiq dan berbincang mengenai perkara itu. Saya dimaklumkan Cardiff City mahu Safiq menjalani 'trial' (ujian pemilihan) selama dua minggu bulan ini atau Oktober depan.

“Saya sudah memaklumkan kepada Safiq FAS hanya benarkan dia pergi ke sana selepas Piala Malaysia berakhir.“Safiq masih ada tanggungjawab (kontrak) bersama Selangor hingga 31 November ini. Saya beritahu Safiq supaya memberi komitmen tinggi sebelum pergi dan dia berjanji untuk melakukannya,” kata Hamidin.

Hamidin berkata demikian sewaktu ditemui pemberita pada majlis rumah terbukanya di Shah Alam, Selangor yang turut dihadiri Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad dan pemain Selangor, semalam.

Safiq, 24, pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan mendapat tawaran itu minggu lalu selepas mengadakan perbincangan dengan pengerusi Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee.

Jika berjaya pada sesi pemilihan itu, dia bakal ditawarkan kontrak pada musim perpindahan pemain Januari depan untuk menyertai kelab yang dibimbing pengurus, Malky Mackay.

Ketika ditanya adakah Selangor bakal tempang musim depan jika Safiq mendapat tawaran itu, Hamidin bagaimanapun tetap optimis.

“Selangor tak ada masalah, tahun depan kita cari pemain lain. Safiq ke sana mampu memberikan manfaat kepada pasukan kebangsaan,” katanya.

Sementara itu, Hamidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan sama ada untuk menunda jadual perlawanan Piala Malaysia yang bertembung dengan perlawanan persahabatan antarabangsa skuad kebangsaan menentang Australia 7 Oktober depan.

“Ada kemungkinan kita terpaksa menunda perlawanan suku akhir atau separuh akhir Piala Malaysia, tapi perkara ini akan ditentukan minggu depan. Kita ada beberapa pilihan sama ada tunda atau kekalkan jadual asal dengan bermain tanpa pemain kebangsaan,” katanya. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga