slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 12 Februari 2011

The Red Warriors mahu memburu tiga mata


NORSHAHRUL (kanan) watak penting di jentera serangan Kelantan.

SELEPAS gagal mengambil kesempatan mengutip tiga mata penuh ketika melayan kunjungan Terengganu awal bulan lalu di laman sendiri, Kelantan tidak mahu episod kekecewaan tersebut berulang kembali.
Menanti kehadiran Johor FC di Kota Bharu malam ini, skuad kendalian Datuk M.Karathu sedar bahawa lawan mereka bukan calang-calang pasukan kerana Sang Lebah antara pasukan berstatus kelab yang berjaya dengan reputasi selaku semifinalis Piala Malaysia musim lalu.
Bagi Karathu, pertembungan malam ini amat penting buat pasukannya untuk mencari mata maksimum bagi mengekalkan kedudukan di kelompok tiga pasukan teratas liga selain memberikan hadiah kepada penyokong sendiri.
Menurutnya, biarpun musim 2011 baru bermula dan baru perlawanan ketiga, pasukannya perlu lebih konsisten dan fokus bagi memastikan mereka tidak keciciran mata ketika Kelantan kini mengidamkan lebih banyak trofi termasuk juara Liga Super.
“Memiliki pasukan yang lengkap adalah impian semua jurulatih dan saya bangga berada disini dan bersama pasukan ini yang sentiasa mempunyai semangat dan matlamat yang jelas. Namun, saya bimbang jika ada di antara mereka (pemain) mengambil mudah setiap perlawanan.
“Beraksi dan memenangi perlawanan bukan tugas yang senang.
Turun menentang Kelantan khususnya, pemain lawan pasti akan memberikan komitmen yang lebih sebab itu saya mahu pemain saya sentiasa berwaspada,” katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, tempoh rehat hampir 10 hari yang diberikan berjaya dimanfaatkan sepenuhnya apabila beliau sudah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pemain dan memudahkan tugasnya untuk menyenaraikan kesebelasan utama pasukan Kelantan.
Jelasnya, hanya pemain yang benar-benar cergas serta mempamerkan aksi terbaik akan diturunkan menentang Johor FC sambil membayangkan akan berlaku rombakan pada bahagian serangan pasukannya.
“Kita akan melakukan rombakan pada bahagian tertentu terutama di bahagian hadapan dengan meletakkan seorang lagi penggempur untuk digandingkan bersama Norshahrul Idlan (Talaha) dan saya mempunyai tiga pilihan.
“Ketiga-tiga pemain ini mempunyai kelebihan masing-masing, Khalid (Jamlus) mempunyai pengalaman yang luas terutama ketika berada di dalam box (kotak penalti) manakala Ramzul (Zahini Adenan) dan Nizad (Ayub) memiliki kepantasan. Siapa saja yang saya senaraikan esok (hari ini) akan melakukan tugas dengan baik,” ujarnya.
Katanya, beliau berharap para pemainnya akan lebih fokus dan memberi komitmen sepenuhnya dalam usaha menghadiahkan kemenangan pertama di laman sendiri selain mengingatkan barisan pertahanannya supaya tidak terlalu ghairah membantu serangan sehingga menyebabkan kubu mereka di robek lawan. - Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga