slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 10 Februari 2011

Torres hilang minat


LONDON: Fernando Torres (gambar) mengakui dia meninggalkan Liverpool semata-mata untuk menyertai kelab lebih kecil seperti Chelsea.Bagaimanapun Torres, 26 menegaskan krisis di Anfield menjadikan semuanya gelap dan mengakui dia sudah hilang selera untuk beraksi bersama Reds.

 “Liverpool sentiasa menjadi pasukan yang istimewa buat saya. Kerana sejarahnya, Liverpool kini sebuah kelab yang begitu besar tetapi sedang melalui zaman sukar. Anda datang dan mengharapkan musim yang bagus dengan kelab ini tetapi realitinya, apa yang berlaku begitu perlahan malah mereka meletakkan harapan yang tidak masuk akal pada awal musim ini."

“Saya melalui tiga musim yang cukup istimewa bersama Liverpool tetapi sejak enam bulan lalu saya hilang kegembiraan, impian, keinginan dan kesungguhan untuk mencapai sasaran dan matlamat,” katanya. Penyokong Kop mula berpaling tadah terhadap bekas idola mereka sejak berpindah ke pasukan Blues dengan bayaran 50 juta pound sterling (RM244 juta).

Apatah lagi selepas mereka mendengar dakwaan Torres bahawa Chelsea yang tidak sehebat Liverpool dari segi kejuaraan dan sokongan di seluruh dunia, adalah kelab yang lebih besar berbanding Reds. Torres mendedahkan jurulatih Anfield, Sammy Lee dan Steve Clarke yang juga bekas pemain Chelsea cuba meyakinkannya untuk terus bersama kelab itu.

“Kali pertama saya mengetahui mengenai minat Chelsea itu, saya cuba menjelaskan situasi saya kepada pengarah sukan dan pengurus ketika sesi latihan. Sammy Lee dan Steve Clarke pernah menjadi pemain dan memahami kedudukan saya sebagai pemain tetapi menegaskan ini bukan masanya."

“Saya tidak memilih waktu yang sesuai. Apabila segalanya kelihatan gelap dan musim ini bertukar menjadi lebih teruk, bila semua yang berlaku tidak seperti yang diharapkan, baik secara peribadi mahupun secara keseluruhan dan dengan baki enam bulan lagi, semuanya menjadi begitu sukar."

“Sebaik anda melihat pintu terbuka luas untuk menyertai Chelsea yang kelihatan bersungguh-sungguh, satu-satunya pilihan realistik ialah untuk menyertai mereka,” katanya.

Imej penyokong Liverpool membakar jersi yang bertulis namanya di Merseyside kini tersebar luas di seluruh dunia dan penyerang itu lebih berminat untuk mempertahankan reputasinya. Pengurus Anfield, Kenny Dalglish tidak berpuas hati dengan tindakan Torres tetapi jurulatih kelahiran Sepanyol itu cuba mengelak daripada sebarang kontroversi.

“Jika tiada kamera, mereka tidak akan membakar jersi yang bertulis nama saya. Mengenai kenyataan pengurus, setiap orang bebas untuk memperkatakan apa yang mereka mahu. Di mata penyokong, pemergian saya dianggap tidak adil. Mereka enggan mendengar kebenaran atau yang datang dari mulut saya sendiri tetapi itulah bola sepak. Anda tidak tahu apa akan berlaku tetapi akhirnya saya menjadi pemain Chelsea. Tetapi bukan cara ini saya mahukan,” katanya. - Agensi

2 ulasan:

  1. begitu la adat bila dah jadi pemain tambatan.... ada yg suka ada yg tidak.... yg penting kepuasan bila beraksi...

    BalasPadam
  2. kdg2 peminat xtahu apa masalah yg kita hadapi dlm pasukan tersebut....yg mereka tahu setiap game mesti ada kemenangan....

    BalasPadam

Iklan Mangga