slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 19 Ogos 2011

Tasha Shila Akui Sukar Bawa Watak Baik


Tasha Shila
KUALA LUMPUR: Pelakon baru, Tasha Shila, bersyukur kerana tawaran lakonan yang diterimanya tidak pernah putus sejak awal Januari selepas dia membintangi dramaGemilang.
Menurut Shila, dia tidak sangka, kerjaya lakonan untuk beberapa drama lakonannya diterima umum dan dia menganggap ia merupakan rezeki bagi mengembangkan bakat seninya.
"Selepas drama arahan Khabir Bahtia, Gemilang, saya terus ditawarkan berlakon menerusi drama Sahara pula dan kedua-dua drama tersebut saya membawa watak antagonis.
"Mengejutkan, saya dapat rasa watak antagonis yang dilakonkan benar-benar menepati kehendak orang ramai kerana ada beberapa orang di luar sana mengatakan yang dia tidak sukakan saya kerana watak yang dibawakan itu," katanya yang bakal muncul dengan filem keduanya, Klip 3GP pada hujung tahun ini.
Tambah Tasha, dia tidak kisah jika dirinya dibenci kerana watak, cuma dia mengingatkan kepada semua bahawa, karakternya yang sebenar tidak sama dengan watak yang dilakonkannya dalam drama mahupun filem.
Dalam pada itu. Tasha turut mengakui bahawa dia agak sukar menjiwai watak baik berbanding watak antagonis yang sering dilakonkannya sebelum ini.
Katanya, watak baik memerlukan dia bermain dengan emosi dalaman tanpa menunjukkan mimik muka marah atau dendam.
"Seperti yang saya lakonkan watak Sakinah dalam drama Ramadhan Terakhir yang masih lagi ditayangkan di TV3, saya perlu bermain emosi dalaman dan segala perasaan marah kena simpan dalam hati. Lain pula untuk watak antagonis, setiap rasa tidak puas hati akan dikeluarkan saja.
"Apa-apa pun, saya harap dapat mengasah bakat lakonan saya dengan melakonkan pelbagai jenis watak di masa akan datang nanti," tuturnya. - mStarOnline

Tony Fernandes acquires 66% stake in QPR



LONDON: Queens Park Rangers (QPR) says Tan Sri Tony Fernandes has completed his takeover of the English Premier League club.
Fernandes gained a 66% stake in the London club Thursday by buying out F1 boss Bernie Ecclestone and former Renault F1 team principal Flavio Briatore.
Steel magnate Lakshmi Mittal, the wealthiest person in Britain, retains his 33% stake in QPR, which has just returned to England's top flight after a 15-year absence.
Ecclestone is relinquishing control of QPR after five years as the majority owner.
Fernandes, 47, who combines his job as chief executive of AirAsia with being an F1 team principal, had previously tried to buy West Ham, the London club he supports.
"Everyone knows I've followed West Ham all my life, but I've always had a soft spot for QPR," Fernandes said.
"Rangers were one of the first teams I watched as a child at Loftus Road ... QPR is a raw diamond and hopefully I can contribute into turning it into a diamond."
QPR, which won the League Championship last season, opened its Premier League campaign with a 4-0 home loss to Bolton last weekend.
"I have ambitions in the long term. I could easily say we're going to win the Champions League and the Premier League, but that's really not my style," Fernandes said.
"I don't want to make big promises I can't guarantee."
Fernandes wants to invest in youngsters to try to deliver the club's first major title since the 1967 League Cup.
"I'm keen to create a good academy, so that there's a constant supply of players," he said.
"We're in a fantastic part of London and we should be bringing kids through." - AP

Khamis, 18 Ogos 2011

Pemain bola T-Team putus jari

Zuhairi menunjukkan tangan kanannya yang berbalut selepas lima jarinya tersepit mesin tebu ketika menerima rawatan di HSNZ, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU 17 Ogos - Seorang pemain bola sepak Piala Presiden pasukan T-Team tidak menyangka hasratnya mencari pendapatan sampingan bulan Ramadan ini, berakhir dengan tragedi apabila lima jari tangan kanannya putus akibat digilis mesin pengisar tebu.

Kejadian berlaku di Bazar Ramadan Marang, 7 Ogos lalu, ketika mangsa, Zuhairi Ahmad, 21, yang bermain di posisi pertahanan pasukan itu, bekerja seorang diri memasukkan ruas-ruas tebu ke dalam mesin itu, pukul 5.30 petang.

Namun tanpa disangka sangka, tangan kanannya tersangkut dan termasuk ke dalam mesin itu lalu digilis.

Menurut Zuhairi, dia yang menjerit kesakitan dan panik melihat tangannya berlumuran darah cuba mematikan suis mesin itu namun tidak berjaya kerana kedudukannya agak jauh.

"Saya menjerit dan meminta tolong tetapi tidak didengari oleh peniaga lain. Saya masih tidak perasan lima jari saya putus sehinggalah saya dapat tarik keluar tangan kanan," katanya ketika ditemui di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.

Zuhairi berkata, dia berniaga di bazar Ramadan itu untuk mencari pendapatan sampingan dan ibunya, Maimun Salim, 52, mengeluarkan wang simpanan untuk membeli mesin tebu yang berharga RM1,300.

"Namun tak sangka pula baru pertama kali nak berniaga perkara ini pula berlaku. Apa yang saya risau masa depan saya dalam bola sepak kerana sukar saya kembali bermain dalam keadaan seperti ini," ujarnya.

Sementara itu, Maimun berharap agar pihak pengurusan T-Team yang juga majikan anaknya sedia membantu meringankan beban mereka sekeluarga.

"Ada orang kata, kalau hanya dua jari tangan yang putus, dia ((Zuhairi) masih boleh bermain bola lagi tetapi kalau kesemua lima jari di tangan kanannya putus, tidak tahulah apa nasibnya," ujarnya.

Sementara itu, Jurulatih Piala Presiden T-Team, Yusuf Ali, ketika dihubungi hari ini berkata, pihak pengurusan berusaha membantu Zuhairi dan memaklumkan perkara itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk tindakan lanjut.

"Kita juga akan panjangkan perkara itu kepada Yang Berhormat Menteri Besar untuk menentukan status Zuhairi sama ada boleh bermain atau tidak memandangkan kontrak dia juga sudah tamat pada Jun lalu," ujarnya. - UTUSAN

Penyokong punya hal, KAFA sengsara


Gara2 tindakan liar penyokong, KAFA yang menanggung bebannya.
DENDA lagi. Apalah dengan nasib Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang sekali lagi bakal berdepan hukuman denda.
Semuanya gara-gara sikap segelintir penyokongnya yang membaling botol dan mercun ke dalam padang pada perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun lalu.
Perkara tersebut disahkan oleh Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail ketika dihubungi Kosmo! di Kota Bharu, semalam.
“Dua hari lalu, KAFA telah menerima surat pertuduhan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atas dua kesalahan pada perlawanan tersebut.
“Kesalahan pertama ialah melontar mercun ke dalam padang sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan dan ini merupakan satu kesalahan yang serius.
“Kesalahan kedua ialah membaling mercun dan botol ketika Kelantan memperoleh jaringan menerusi Nurul Azuwan Roya pada minit ke-79. Ini juga merupakan satu kesalahan yang membolehkan KAFA didenda," katanya.
Tambahnya, setiap kesalahan boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM10,000 dan kedua-dua kesalahan yang dilakukan oleh segelintir penyokong Kelantan yang nakal itu menyebabkan pasukan bakal didenda RM20,000.
Pada perlawanan akhir itu, Terengganu berjaya bangkit untuk menumbangkan Kelantan 2-1 menerusi jaringan sendiri pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang tertanduk bola ke gawang sendiri pada minit-minit terakhir perlawanan serta Ahmad Nordin Alias pada minit ke-109 masa tambahan.
Rosmadi memberitahu, walaupun jumlah denda itu dilihat agak kecil, namun bagi KAFA ia merupakan satu nilai yang besar.
Katanya, dengan jumlah tersebut KAFA mungkin dapat menggunakan wang tersebut untuk tujuan pembangunan di peringkat akar umbi mahupun memantapkan lagi pasukan.
"Sehubungan dengan itu, saya merayu kepada semua penyokong supaya tidak mengulangi kesilapan ini dalam saingan Piala Malaysia yang akan bermula 6 September ini. Kerja membakar mercun dalam stadium bukanlah perkara yang baik kerana ia akan membahayakan orang lain yang berada di dalamnya.
"Saya harap pemain dapat mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku kepada pasukan Kelantan sebelum ini dan janganlah kita membiarkan perkara tersebut berulang kembali dengan kata lain adakah kita mahu pisang berbuah dua kali," ujarnya.
Untuk rekod, sepanjang 2009-2010, Kelantan telah membayar denda kepada FAM hampir RM300,000 di atas kenakalan segelintir penyokongnya. - KOSMO

Add caption

Isnin, 15 Ogos 2011

World No. 1 Nicol outplays Duncalf to lift Australian Open


PETALING JAYA: Malaysian squash queen Nicol David won the Australian Open for the first time in her career after duly packing off England’s Jenny Duncalf in the final at Canberra yesterday.
Playing in Australia for the first time since her defeat in the bronze playoff of the 2006 Commonwealth Games to New Zealand’s Shelley Kitchen, world No.1 Nicol was at her imperious best as she raced to a 6-1 lead in the first set.
Duncalf, the world No. 2 managed to mount a mini fightback but Nicol proved to be the superior player on the day as she eventually closed out for a 11-8, 11-4, 11-6 victory to seal her debut Australian Open title in her 700th professional match since turning pro in 2000.
It was also her 21st victory over Duncalf in all meetings and odds are now high for the Penangite to claim her sixth world title at the World Open at Rotterdam in October.
Tops Down Under: Nicol David posing with the Australian Open trophy in Canberra yesterday. — AFP
“I knew it was going to be a tough because Jenny knows my game well and we have played each other many times,” said Nicol.
“It was a good thing that I was moving well on the courts because I could not allow Jenny time to play her shots because she is very dangerous that way.”
“Fortunately good starts in the first two sets gave me a big advantage and from there I just had to stay focused and consistent.”
“Winning this Australian Open is a huge achievement because this tournament has so much history.
“There are so many big names who have won the trophy and I really wanted to win it as well and I’m pleased to have done such.”
Meanwhile Duncalf, who also lost to Nicol in the Malaysian Open final last month, admitted that her slow start cost her the match.
“I was always playing catch-up especially in the first set and winning a few points can make a huge difference.”
“Against Nicol, you’ve really got to play a string of winners because she is so agile and is a great retriever on court which makes things frustrating and difficult,” said Duncalf.
In the men’s event, Egyptian Ramy Ashour showed just why he is considered one of the most exciting player in the world when he twice came back from a set down to overcome defending champion and world No. 1 Nick Matthew of England to win his first Australian title.
The world No. 2 was forced to dig deep into his reserves before seeing off Matthew 12-14, 11-6, 10-12, 11-8, 11-4 to become the first Egyptian man to win the title.
“It was a tough match for us, both physically and mentally but I think I had the edge because he has more pressure as the world No.1,” said the 22-year-old Ramy.
“Its still great to win this title because I’ve been thinking about it a lot since I lost to Nick in last year’s final. It is also one of the biggest tournament in the world and I’m glad to have finally won it.” - theStarOnline

Chong Wei suffers frustrating end to inspired run


IT was a magical moment at the Wembley Arena yesterday but it did not belong to Malaysia’s Lee Chong Wei.
Yesterday, China’s superstar Lin Dan shattered Chong Wei’s dream of becoming Malaysia’s first world champion when he came from behind twice in the decider to troop home with a sensational 20-22, 21-14, 23-21 win in an adrenaline-pumping, one-hour-and-22 minute men’s singles final.
The 29-year-old Chong Wei had held the upper hand at 16-12 and 20-18 in the decider in the dream final of the World Championships between the two greatest men’s singles players but luck deserted him at the crucial state.
And to add misery to his agonising defeat, Chong Wei, who put up a sombre face during the victory ceremony, rushed out with cramps on both his legs and was lying in a corner with tears in his eyes.
It was truly a sad end for Chong Wei, who had been so convincing and confident in his play throughout the week, sparking a great hope for Malaysia to produce a first winner since the tournament’s inception in 1977.
Dejected: Lee Chong Wei making a call back stage after his loss to Lin Dan in the final.
On Saturday, he had reached his first final in his sixth attempt in the world meet to become only the second Malaysian after Wong Choong Hann to do so.
After a good rub-down, Chong Wei said that he was disappointed with the outcome but vowed to move forward – with his focus on next year’s Olympic Games.
“I had two chances to end the game but it did not happen for me ... Lin Dan took a great gamble at the crucial stage and I was quite unlucky,” said Chong Wei.
“I gave my all. This is my best and closest match against Lin Dan. It hurts to lose by two points in this manner.
“I may have lost to him but I showed that nothing much separates us. I made some mistakes today but I will be ready for him the next time.
“I am still happy with my achievement of reaching my first final here. It has been a good season. I have reached every final since the start of this year.
“I will shift my attention to the Olympic Games. It is 11 months away and I want to better prepared.
And he gave the Malaysian fans some good news: “I may have lost the opportunity to become the country’s first champion but I am coming back. I will be back in 2013 to get it right,” added Chong Wei, who left for home yesterday.
It started with three quick easy points for Chong Wei following Lin Dan’s unusual poor service return shots.
Then, the real battle began with Chong Wei and Lin Dan trying to outfox each other with their blistering pace, punishing smashes, unbelievable netplays and incredible retrieves.
The Malaysian stayed ahead to take a 20-18 lead but Lin Dan was always dangerously snapping at his heels. Lin Dan’s brilliance at the net saw him levelling at 20-20 but a quick recovery saw the Malaysian taking the first game at 22-20.
The second game went on in the same fashion but this time, Lin Dan dictated the pace until 11-9. A brief nervy spell by a slower Chong Wei saw Lin Dan taking a 17-10 lead and eventually forcing a rubber game with a 21-14 win.
Both came back recharged and determined to outdo each other and what a fight it was.
The decider was a thriller with both displaying class and quality but it was Lin Dan who had a better finish to nick his fourth world title to emerge as the world’s greatest player. - theStarOnline

Ahad, 14 Ogos 2011

Kontroversi Tak Ganggu Kerjaya Neelofa


Neelofa
KUALA LUMPUR: Walaupun serimg diapit dengan kontroversi, pelakon jelita Neelofa, bersyukur kerana dia masih lagi diterima dalam industri lakonan tempatan.
Menurut bekas juara Dewi Remaja 2011 itu, pada mulanya, dia risau apabila sering dikaitkan kontroversi yang negatif kerana ia mampu menjejaskan kariernya.
"Saya menyertai bidang hiburan tempatan kerana satu tujuan iaitu mahu mengukuhkan nama menerusi prestasi lakonan dan pengacaraan. Namun, ia tidak semudah yang disangkakan.
"Alhamdulillah, walaupun nama saya dikenali kerana kontroversi, tawaran lakonan juga tidak putus-putus," katanya.
Tambah pelakon filem SAM (Saya Amat Mencintaimu) itu, dia tahu, sebagai seorang selebriti yang dikenali umum, dia tidak boleh elak daripada sebarang gosip yang menimpanya.
"Saya percaya, kita tidak boleh elak kontroversi dan menjadi seorang selebriti bukannya mudah.
"Apa-apapun, selain kontroversi, saya juga mahu orang ramai melihat hasil kerja yang saya usahakan," ujarnya.
Selain itu, Neelofa turut menerima tawaran sebagai pengacara majlis dan juga kini dia sedang mengendalikan program hiburan terbitan KRU TV, Paparazzi bersama dua hos lain iaitu Aina Suzaily Zailanny dan Sharifah Sakinah.
"Saya juga sedang berjinak dalam bidang pengacaraan dan Paparazzi merupakan pengacaraan program pertama saya.
"Lagipun, matlamat saya ke bidang hiburan sebenarnya untuk menjadi seorang pengacara dan harap, bakat saya dapat dikembangkan dalam selain lakonan," tuturnya.
Paparazzi merupakan sebuah prgram hiburan yang menyampaikan berita-berita panas mengenai selebriti Malaysia dan Indonesia. Program tersebut disiarkan menerusi laman web www.tonton.com.my dan akan bersiaran di sebuah televisyen tidak lama lagi. - mStarOnline

Chong Wei Mara Ke Pusingan Akhir Kejohanan Dunia

PEMAIN badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengalahkan pemain dari China, Chen Jin, 21-13. 21-9 dalam perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia di London, Sabtu. - Foto THE STAR Oleh KAMARUL ARIFFIN


KUALA LUMPUR: Perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wembley di London, Sabtu.
Beliau, yang juga pilihan utama kejohanan, mengenepikan pilihan keenam Chen Jin dari China 21-13, 21-9.
Chong Wei mempamerkan permainan cemerlang pada set pertama termasuk melakukan beberapa pukulan kilas dan lintang yang mematikan gerakan Chen Jin.
Pada set kedua, Chen Jin cuba bangkit dengan mendahului 0-4 pada minit-minit awal permainan, namun Chong Wei berjaya menyamakan kedudukan 7-7 dan terus menguasai permainan sehingga mata penamat.
Ini merupakan kali pertama Chong Wei berjaya melangkah ke pusingan akhir kejohanan berprestij itu sepanjang bergelar pemain badminton profesional.
Beliau juga merupakan perseorangan negara pertama yang melakukannya selepas Wong Choong Han pada 2003.
Dalam perlawanan akhir Ahad, perseorangan nombor satu dunia itu akan bertemu pemenang perlawanan di antara pemain China Lin Dan (pilihan kedua) dengan Peter Hoeg Gade (pilihan ketiga) dari Denmark yang akan berlangsung selepas 11.30 malam Sabtu waktu Malaysia. - mStarOnline

Sabtu, 13 Ogos 2011

Makan Colek 1Malaysia di Kota Bharu


Colek Buah .............. jelighonyo....
kredit utk Google Image

KOTA BHARU — Menghangatkan kemeriahan Ramadan, Pejabat Penerangan Kota Baharu menganjurkan program mesra Ramadan, Makan Colek 1Malaysia malam esok.
Pegawainya Samsudin Daud berkata, program itu akan berlangsung pada 10 malam di Taman Hijau, berhampiran Pejabat Penerangan Kota Baharu di Jalan Tok Hakim, di sini.
Beliau berkata, Ramadan di Kelantan bagaikan tidak sah tanpa makan colek beramai-ramai selepas tarawih.
"Justeru bagi membangkitkan suasana dan kemeriahan Ramadan di samping mengeratkan silaturrahim rakyat pelbagai kaum di negeri ini, pihak kita mengambil inisiatif untuk menganjurkan program itu,” katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata, pelbagai jenis colek akan dihidangkan untuk santapan tetamu, antaranya pemimpin masyarakat kaum Melayu, Cina dan India, badan-badan bukan kerajaan serta media massa di negeri ini.
Katanya, program seumpama itu juga bagi memastikan kehadiran Ramadan tidak disambut hambar tanpa sebarang aktiviti yang bermanfaat yang sewajarnya dilakukan setiap jabatan kerajaan dan swasta di negeri ini. — Bernama

Harun resah



KETUA jurulatih olahraga kebangsaan, Harun Rasheed dalam keresahan. Buat kerja tapi tak ada gaji.
Justeru, dia meminta pihak Majlis Sukan Negara (MSN) supaya membayar gaji beliau yang tertunggak.
Harun yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri, terpaksa berkhidmat sebagai jurulatih tanpa dibayar gaji selama lapan bulan sejak Januari lepas dan jumlah tunggakan itu kini mencecah RM32,000.
Katanya, MSN tidak memberi sebarang penjelasan kepada beliau mengenai perkara itu.
"Saya tidak terima sebarang surat (daripada MSN). Saya pun tidak tahu apa sebab saya tidak dibayar gaji,” katanya kepada Bernama.
Harun berkata, beliau terpaksa mengeluarkan duit caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung keperluan kewangannya.
Katanya, tindakan badan induk itu seolah-olah tidak menghargai jasa dan sumbangan beliau.
Biarpun demikian, Harun berkata, beliau masih komited untuk terus membimbing atlet-atlet olahraga negara.
“Walaupun tidak mendapat gaji, saya terus melatih mereka untuk persiapan ke Sukan SEA dan kalau boleh, mereka capai sasaran yang saya tetapkan.
“Lepas itu, (barulah saya fikirkan sama ada) saya akan terus kekal sebagai jurulatih atau ambil keputusan untuk letak jawatan,” katanya.
Nasib yang serupa turut menimpa atlet-atlet di bawah bimbingan beliau apabila dikatakan tidak dibayar elaun oleh MSN sejak Jun lepas dan beberapa atlet tidak dibenarkan tinggal di MSN. – Bernama

Rabu, 10 Ogos 2011

Saleha Pamer Aksi ‘Drift’ Dalam ‘Cintaku 120 KM/J’


Saleha dalam telefilem Cintaku 120 KM/J yang akan disiarkan pada Hari Raya Pertama.
PETALING JAYA: Buat julung kalinya, pelakon Siti Saleha mencabar dirinya untuk melakukan sendiri aksi ‘drift’ bagi menjayakan watak Asmina dalam telefilem Cintaku 120 KM/J.
Penonton boleh menyaksikan cara Saleha membuat aksi ‘drift’ yang bakal ditayangkan di TV3 pada malam 30 Ogos ini.
“Saya rasa kelainan yang saya lakukan dalam telefilem ini adalah melakukan aksi ‘drift’.
“Selain itu, pasukan produksi ‘Cintaku 120 KM/J’ cukup akrab dan memberikan suasana cukup selesa buat dirinya dalam memberikan yang terbaik untuk telefilem ini,” katanya kepada mStar online.
Bekerjasama buat kali kedua, dengan pengarah Ahmad Idham dan buat kali pertama dengan pengarah, Azizi Ghazali, dia mengakui sedikit sebanyak masalah yang wujud dalam produksi seperti ini.
“Sudah menjadi lumrah apabila wujudnya masalah ketika penggambaran. Namun, semuanya dapat diselesaikan dengan baik.
“Tambahan pula, pelakon seperti Zizan dan Cat Farish yang turut serta dalam produksi sedikit-sebanyak membantu menceriakan suasana di lokasi penggambaran,” jelas adik kepada penyanyi kumpulan Bunkface iaitu Sam ini.
Zizan Razak.
Sementara pelakon Zizan Razak (Raja Lawak) menjanjikan telefilem ini tidak rugi ditonton.
Apa yang menarik, dia banyak tertawa sepanjang membaca skrip cerita genre komedi aksi terbitan Excellent Pictures itu.
“Ini merupakan kali pertama saya terlibat dengan telefilem Hari Raya Aidilfitri dan merasakan ia cukup bermakna buat diri saya.
“Saya yakin Cintaku 120 KM/J akan menghiburkan penonton kerana saya tertarik dengan skripnya yang membuatkan saya ketawa berbanding cerita-cerita meruntun jiwa,” kata Zizan.
Bagi penyandang Artis Lelaki Komedi Popular 2010 itu, penonton wajib menonton Cintaku 120 KM/J kerana ia sebuah telefilem yang penuh dengan aksi ‘drift,’ perlumbaan kereta, aksi dan percintaan, yang semestinya memberi kelainan buat penonton.
Telefilem yang merupakan idea asal dari Ahmad Idham dan Cat Farish itu turut dilakonkan oleh Siti Saleha, Izzu Islam dan Wawa Zainal. - mStarOnline

Skuad Piala Presiden Kelantan dapat 'duit raya'

MBAS KEMBALI... Skuad Kelantan meraikan kejayaan muncul juara Piala Presiden selepas membenam MP Muar pada aksi final di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu bulan lalu.


SKUAD Kelantan yang menjuarai Piala Presiden baru-baru ini, menerima bonus sebanyak RM60,000 yang disifatkan sebagai 'durian runtuh' kepada para pemainnya menjelang Aidilfitri tahun ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, bonus itu adalah sebahagian daripada RM280,000 yang dikeluarkan persatuan kepada skuad itu setelah mengharumkan nama Kelantan di persada bola sepak Piala Presiden musim lalu.
"Sebelum ini kita telah menyampaikan RM25,000 secara berperingkat ketika kejohanan itu berlangsung," katanya yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada pemberita di Kota Bharu semalam.
Beliau berkata, jumlah tersebut tidak termasuk RM500,000 lagi bonus yang disampaikan kepada skuad senior yang menjuarai Liga Super.
"Ia sebagai rangsangan kepada pemain junior untuk bermain dengan lebih bertenaga ketika menghadapi perlawanan menentang pasukan lawan pada masa akan datang," katanya.
Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) telah bersetuju meminjamkan pemainnya, Azamuddin Akil kepada Kelantan bagi persediaan menghadapi Piala Malaysia bulan depan.
"Kita akan menempatkan Azamuddin di posisi serangan untuk digandingkan dengan Norshahrul Idlan Talaha," kata Annuar.
Tanpa menyebut nama dan negeri, Annuar berkata, selain itu pihaknya bercadang meminjamkan seorang lagi pemain di bahagian tengah untuk memantapkan lagi skuad The Red Warriors.
Beliau berkata, Kelantan telah mengatur perlawanan persahabatan dengan Kuala Lumpur pada 14 Ogos dan Selangor (17 Ogos) sebagai persiapan menghadapi Piala Malaysia. - KOSMO

Korban Piala Malaysia


Khairul Fahmi antara pemain skuad Olimpik yang tidak dapat beraksi pada awal kempen Piala Malaysia.

DEMI tugas antarabangsa, tujuh pemain skuad Olimpik terpaksa melupakan hasrat beraksi bersama pasukan negeri masing-masing pada aksi awal Piala Malaysia bermula 6 September depan.
Ini kerana, Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Izuan Solahuddin (Kelantan), Zubir Azmi (Terengganu), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Faizal Abu Bakar (Kedah), Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur) dan Azrif Nasrulhaq Badrul (PKNS) terikat dengan kem latihan pusat.
Ia sebagai persiapan menghadapi perlawanan sulung Kumpulan C, pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia menentang Jepun di Tosu, Fukuoka pada 21 September depan.
“Selepas pulang dari latihan selama sebulan di Slovakia pada 28 Ogos depan, para pemain hanya diberi cuti beberapa hari untuk menyambut hari raya sebelum kembali menyambung latihan,” kata pengurus skuad Olimpik kebangsaan, Datuk Afandi Hamzah kepada Kosmo! semalam. - KOSMO

Khamis, 4 Ogos 2011

Shahir (AF8) Berhenti Menyanyi Dakwa Dianiaya


PETALING JAYA: Penyanyi popular Shahir menamatkan misteri kehilangannya selama ini apabila dia membuat keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam waktu terdekat.
Menurut sumber yang juga teman rapat penyanyi lagu Luar Biasa itu, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) tersebut nekad dengan keputusannya kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu.
"Shahir tidak akan menyanyi lagi dan akan meninggalkan terus karier seni ini kerana berasa dirinya telah dianiaya.
"Saya kasihan dengan nasib yang menimpa Shahir kerana dia masih baru dalam industri seni tetapi sudah mengalami insiden seperti ini," kata sumber itu yang tidak mahu mendedahkan identitinya kepada mStarOnline, Rabu.
Tambahnya: "Apabila sudah berhenti, dia mungkin akan mengikut jejak langkah pemuzik Sham (Kamikaze) yang terlibat dengan majlis-majlis berkaitan keagamaan.
"Setakat ini, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan peminat Shahir Fan Club (FC).
"Dia mungkin akan membuat sidang media kelak untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu ini."
Beberapa minggu lalu, industri seni kecoh dengan isu Shahir yang dikatakan 'ghaib' dan gagal dihubungi oleh pihak media serta pengurusannya.
Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman mengakui Shahir berada di kampung iaitu di Kampar, Perak dan sedang berehat.
Sebelum ini, Shahir pernah menghilang kerana mengalami masalah kesihatan dan pulang ke kampung beberapa ketika.
Dia juga pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan.
Namun pemuda tersebut menafikan perkara itu sebaliknya menganggap hubungan mereka sekadar teman biasa.
Pihak mStar cuba mendapatkan Shahir dan keluarganya, namun mereka gagal dihubungi. - mStarOnline

Mana hadiah wang tunai sepak takraw Piala Dunia?



KUALA LUMPUR - Sudah hampir dua minggu Sepak Takraw Piala Dunia Kuala Lumpur 2011 berlalu tetapi wang hadiah kemenangan belum dapat ditunaikan daripada penganjurnya, Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) dan rakan pemasaran, UFA Sports Asia.

Begitu gah setiap pasukan juara dan naib juara dipaparkan kepada 750 juta penonton dengan replika cek bernilai ribuan AS$ menerusi siaran langsung televisyen ke 68 negara seluruh dunia pada perlawanan akhir 24 Julai lalu, namun sehingga kini skuad elit dan wanita tuan rumah pun masih cuma mampu 'menggigit jari'.

Anak buah Jamaluddin Hassan dan Md. Fikri Md. Nor masing-masing bergelar naib juara kategori lelaki dan pemenang ketiga bersama wanita yang melayakkan mereka menikmati 'duit raya', AS$4,000 (RM12,000) dan AS$1,500 (RM4,500) - menurut peruntukan yang disediakan Istaf dan UFA Sports Asia.

Setiausaha Agung PSM yang juga Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Piala Dunia 2011, Datuk Arshad Yahya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam, berkata: "Kami belum menerima apa-apa pembayaran tunai (berhubung hadiah kemenangan Piala Dunia bagi skuad elit dan wanita).

"Setakat ini yang diperoleh ialah emel daripada pihak berkenaan yang memohon kami memberikan butiran tertentu (bagi urusan susulan pembayaran) kerana wang hadiah kemenangan akan disalurkan terus kepada persatuan sepak takraw negara berkenaan."

Istaf dan UFA Sports Asia memperuntukkan wang kemenangan berjumlah AS$50,000 (RM150,000) bagi 36 pasukan lelaki dan wanita peserta Piala Dunia edisi sulung itu yang berdasarkan ranking pencapaian keseluruhan mereka dengan hadiah terendahnya ialah AS$500 (RM1,500). - UTUSAN

Presiden FAM terima Anugerah Berlian AFC




SULTAN Pahang, Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) dan bekas Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) merupakan penerima Anugerah Berlian AFC 2011.

Perwakilan AFC yang diketuai pemangku presidennya Zhang Jilong menghadap Sultan Ahah Shah di Istana Pahang semalam untuk menyampaikan berita berkenaan kepada baginda yang menjadi Persiden AFC dari 1994 hingga 2002.

Menurut laman web AFC, anugerah akan disampaikan kepada baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada majlis Anugerah Tahunan AFC di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada 23 November ini.

Anugerah itu diberikan kepada individu yang memberi sumbangan ke arah pembangunan dan promosi sukan bola sepak di benua Asia.

Zhang memuji sumbangan baginda kepada pembangunan bola sepak Asia dengan berkata: "AFC dan keluarga bola sepak Asia tidak akan melupakan sumbangan baginda Sultan. Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC sebulat suara membuat keputusan untuk menghargai baginda."

Sementara itu, Sultan Ahmad Shah pula bertitah: "Saya mahu melihat kerjasama erat antara AFC dan AFF di masa depan."

Penerima anugerah sebelum ini termasuk Saburo Kawabuchi (2005), Joseph S Blatter (2006), Lennart Johannson (2007), Ken Naganuma (2008, selepas kematian), Jeneral Farouk Bouzo (2009) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (2010). - Bernama

Harimau Muda garang di Slovakia


Kim Swee
SKUAD Olimpik negara semakin garang di Slovakia. Semalam mereka mencatat kemenangan ketiga berturut-turut pada siri aksi persahabatan di negara tersebut dengan menewaskan kelab Liga 1 Slovakia, Tatran Liptovsky Mikulas 2-1.
Slovakia kini menduduki ranking ke-29 dunia dan pernah layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Pada kempen di Afrika Selatan itu, Slovakia berjaya melangkah ke pusingan kedua melibatkan 16 pasukan terbaik sebelum tewas 1-2 kepada Belanda.
Dalam dua perlawanan sebelum ini, skuad bimbingan Ong Kim Swee itu berjaya menewaskan Bodva Moldava 1-0 pada 26 Julai lalu dan Topvar Topolcany 2-1 pada Sabtu lalu. Menurut Kim Swee, secara keseluruhannya, persembahan para pemainnya semakin menunjukkan peningkatan, namun masih banyak yang boleh diperbaiki.
"Perlawanan ini cukup sengit dengan intensiti yang cukup tinggi. Pemain telah berjaya mengawal permainan dengan baik. 
“Tapi pada babak kedua, kita kurang mengasak apabila pasukan lawan memberi tekanan terutama di bahagian tengah,” kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam. 
Pada perlawanan itu, dua gol skuad Olimpik negara dijaringkan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-11 dan Irfan Fazail minit ke-86 sebelum Mikulas merapatkan kedudukan menerusi tandukan Virgala Thomas pada minit ke-88.
Kim Swee menurunkan enam pemain kesebelasan bertemu Moldava iaitu Fandi Othman, Amer Saidin, Gary Steven Robbat, Zubir Azmi, Shukor Jusoh dan Irfan serta tiga pemain kesebelasan bertemu Topolcany iaitu Ferris Danial Mat Nasir, Azrif Nasrulhaq Badrul dan Hazwan. 
Dua lagi pemain iaitu penjaga gol, Zamir Selamat dan Syahrul Azwari Ibrahim turun buat kali pertama dalam kesebelasan utama. 
“Sepanjang separuh masa kedua, saya membawa masuk Izuan Solahuddin, Wan Zack Haikal Wan Nor, Nazirul Naim Che Hashim, Affize Faisal Mamat, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan A. Thamil Arasu,” ujar Kim Swee. 
Untuk aksi keempat, skuad Olimpik negara akan bertemu kelab Hungary, Honved Budapest pada Selasa depan. - KOSMO

David Beckham ada kereta Ferrari baharu

KERETA baharu David Beckham, Ferrari 612 Scaglietti diletakkan di luar rumahnya di Los Angeles baru-baru ini.


LOS ANGELES - Bintang bola sepak England yang bermain untuk kelab LA Galaxy, David Beckham mempunyai koleksi kereta terbaharunya, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta baharu Beckham itu merupakan Ferrari 612 Scaglietti yang berharga AS$300,000 (RM894,294.01), berwarna hitam dan mempunyai nombor 7.
Nombor itu pernah digunakan oleh Beckham semasa dia mewakili kelab Manchester United.
Kereta baharu itu dilihat diletakkan di luar rumah Beckham di sini baru-baru ini.
Sejak dilancarkan pada 2004, kereta Ferrari itu mempunyai sistem navigasi satelit, alat pemain muzik MP3, mengenali suara pemilik dan teknologi wayarles.
Sebelum ini, Beckham memiliki satu koleksi kenderaan yang terdiri daripada sebuah kereta BMW, Lamborghini, Aston Martin, Porsche, Escalade, sebuah jip dan beberapa motosikal. - Agensi

Iklan Mangga