slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 13 Ogos 2011

Harun resah



KETUA jurulatih olahraga kebangsaan, Harun Rasheed dalam keresahan. Buat kerja tapi tak ada gaji.
Justeru, dia meminta pihak Majlis Sukan Negara (MSN) supaya membayar gaji beliau yang tertunggak.
Harun yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri, terpaksa berkhidmat sebagai jurulatih tanpa dibayar gaji selama lapan bulan sejak Januari lepas dan jumlah tunggakan itu kini mencecah RM32,000.
Katanya, MSN tidak memberi sebarang penjelasan kepada beliau mengenai perkara itu.
"Saya tidak terima sebarang surat (daripada MSN). Saya pun tidak tahu apa sebab saya tidak dibayar gaji,” katanya kepada Bernama.
Harun berkata, beliau terpaksa mengeluarkan duit caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung keperluan kewangannya.
Katanya, tindakan badan induk itu seolah-olah tidak menghargai jasa dan sumbangan beliau.
Biarpun demikian, Harun berkata, beliau masih komited untuk terus membimbing atlet-atlet olahraga negara.
“Walaupun tidak mendapat gaji, saya terus melatih mereka untuk persiapan ke Sukan SEA dan kalau boleh, mereka capai sasaran yang saya tetapkan.
“Lepas itu, (barulah saya fikirkan sama ada) saya akan terus kekal sebagai jurulatih atau ambil keputusan untuk letak jawatan,” katanya.
Nasib yang serupa turut menimpa atlet-atlet di bawah bimbingan beliau apabila dikatakan tidak dibayar elaun oleh MSN sejak Jun lepas dan beberapa atlet tidak dibenarkan tinggal di MSN. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga