slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 4 Ogos 2011

Impian musnah


SUKRI...kembali ke tanah air. Gambar kecil, Faizal.
SUKRI...kembali ke tanah air. Gambar kecil, Faizal.
HASRAT Mohd Sukri Abdul Mutalib serta Faizal Saari untuk meneruskan khidmat mereka bersama kelab Southern Hotshots bagi menghadapi pusingan akhir Liga Premier Australia tidak kesampaian apabila kedua-duanya terpaksa kembali semula ke Malaysia berikutan masalah visa.

Mohd Sukri dan Faizal diberi peluang oleh Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) untuk menimba ilmu bersama kelab itu kira-kira sebulan bermula 27 Mei lalu sebelum pulang ke Malaysia dan kedua-dua pemain skuad negara itu kembali semula ke Australia sejak Sabtu lalu untuk menghadapi pusingan akhir.

Namun kedua-dua pemain itu dijadualkan pulang hari ini selepas pihak berkuasa di Australia mendapati, mereka berdua melakukan kesalahan kerana bekerja di negara itu dengan menggunakan visa pelancong.

“Undang-undang di sini tidak boleh guna visa pelancong sebab kami berdua dibayar gaji. Bermakna, kami kena dapatkan permit kerja.

“Jadi mahu tak mahu, kami kena balik esok (hari ini) dan tak boleh terus bermain untuk pusingan akhir. Kalau kami terus bermain juga, kami tidak dibenarkan memasuki Australia selama tiga tahun,” kata Mohd Sukri yang memberitahu menerusi laman sosial Facebook.

Ditanya siapakah yang sepatutnya menguruskan hal mereka berdua di sana, Mohd Sukri sendiri tidak pasti dan sekadar menyatakan: “Sama ada Majlis Sukan Negara (MSN) atau PHM.”

Jelas pemain berusia 25 tahun itu, dia serta Faizal ternyata amat kecewa dengan nasib yang menimpa mereka berdua kerana tidak dapat membantu kelab itu mengharungi pusingan final.

“Kami memang kecewa sangat, rasa rugi kerana bukan selalu dapat peluang beraksi di luar negara. Jurulatih kami di sini juga sangat kecewa,” katanya.

Jelas Sukri, sejak tiba di Australia pada Sabtu lalu, dia serta Faizal hanya tinggal di rumah yang disediakan oleh pihak kelab.

“Tiba di sini saja kami sudah 'sangkut' dengan pihak kastam Australia kira-kira dua jam. Macam-macam yang mereka tanya.

“Kami tak sempat untuk turun bermain kerana perlawanan pertama hanya akan bermula pada Jumaat ini (esok) di Sydney,” katanya. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga