Scholes (kanan) antara pemain lama yang masih beraksi untuk kem The Red Devils |
PEMAIN tengah berpengalaman, Paul Scholes berkata, Liverpool masih musuh sejati Manchester United menjelang pertembungan terhebat Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Ahad ini.
Scholes, 38, akui walaupun pasukan Merseysiders itu gagal menyerlah sejak beberapa musim ini, tetapi pertemuan kedua-dua kelab ini cukup dinantikan seluruh peminat seluruh dunia.
Malah, dia menjelaskan, aksi malam itu nanti antara perlawanan terbesar dalam liga musim 2012/2013.
"Saya fikir, Liverpool salah satu pasukan terhandal dunia. Mereka agak tenggelam kali ini tetapi anda harus ingat mereka masih kelab terbaik.
"Kita harus menghormati mereka. Walaupun United lebih satu kejuaraan liga berbanding Liverpool yang meraih 18 kali, tapi mereka sudah lima kali menjulang Liga Juara-Juara.
"Liverpool dan United adalah kelab terbaik di Inggeris," katanya.
Jika menewaskan Kop, anak buah Sir Alex Ferguson itu boleh mengukuhkan cengkaman liga dan mereka kini dalam misi merangkul kejuaraan buat kali ke-20. - SinarHarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan