Lee Chong Wei
JAGUH negara, Lee Chong Wei bangkit daripada kekecewaan di Denmark apabila muncul juara Siri Super Terbuka Perancis selepas menundukkan pemain Jepun, Kenichi Tago 21-16, 21-11 di Stadium Pierre de Coubertin, Paris, malam tadi.
Selepas tunduk dua kali berturut-turut kepada bintang muda China, Chen Long, Chong Wei menebusnya pada saingan separuh akhir kelmarin dan tampil bersemangat di final untuk membenam Tago dalam tempoh hanya 39 minit.
Ia adalah kejuaraan ketujuh Chong Wei dalam 10 aksi final tahun ini dan kemenangan kali kelapan ke atas buat pemain ranking ke-19 Jepun yang ditewaskan kali terakhir di suku akhir Terbuka Jepun, September lalu.
Dalam laluan ke final, pemain nombor satu dunia berusia 29 tahun itu menewaskan Wan Ho Shon dari Korea Selatan 21-11, 21-11 di suku akhir sebelum melepasi badi ngerinya, Chen Long 23-21, 17-21 dan 21-15 di separuh akhir. - BHarian

walau camna pun Datuk tetap lemah dgn pemain negara China.....
BalasPadam