slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 10 Oktober 2011

Whitesnake muncul di Kuala Lumpur



BUAT pertama kalinya, peminat Whitesnake bakal menyaksikan kumpulan rock legenda yang muncul di persada seni muzik global sejak tahun 1978 itu beraksi secara langsung menerusi konsert di Malaysia.
Dibawakan oleh JS Concert Productions dan Midas Promotion, Konsert Whitesnake Forevermore Live in Kuala Lumpur 2011 dijadualkan berlangsung di Stadium Tertutup Putra Bukit Jalil menjelang pukul 8.30 malam pada 30 Oktober ini.
Lebih menarik ratu rock Malaysia, Ella diberi kepercayaan sebagai artis pembuka tirai konsert kumpulan yang diasaskan oleh bekas vokalis Deep Purple, David Coverdale itu. Selain Coverdale, Whitesnake kini turut dianggotai Dough Aldrich, Reb Beach, Michael Devin dan Briian Trichy.
Pemain gitar Whitesnake, Dough Aldrich dalam kenyataannya menerusi e-mel memberitahu Kosmo! betapa konsert julung-julung kali kumpulan rock itu di Kuala Lumpur itu nanti akan berlangsung dengan penuh kehebatan.
"Ia (konsert) bakal menggila! Kami tidak sabar-sabar lagi untuk beraksi di pentas konsert di Kuala Lumpur, David juga menjangka peminat-peminat fanatik kami akan turut menyanyi bersama kami. Makin peminat menyanyi bersama kami, makin banyak lagu akan kami dendang. Jumpa nanti!" ujar Aldrich yang menyertai Whitesnake sejak tahun 2003 dan sejak itu sudah sembilan tahun terbabit dengan konsert jelajah kumpulan itu di 45 buah negara seluruh dunia.
Apa yang pasti peminat fanatik tidak sabar lagi menunggu kemunculan Whitesnake yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Here I Go Again, Fool For Your Loving, Is This Love, Don't Break My Heart Again dan banyak lagi.
Sebarang urusan mengenai tiket Konsert Whitesnake Forevermore Live in Kuala Lumpur 2011 sila layari www.ticketpro.com.my atau hubungi 03-7880 7999 (Ticketpro). Tiket-tiket juga boleh didapati di Victoria Music, Guitar Store dan Rock Corner pada harga RM 358, RM258, RM158 dan RM98. - KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga