slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Ahad, 9 Oktober 2011

England layak

TERIMA PADAH...Rooney tak puas hati selepas mendapat kad merah, awal pagi semalam.
TERIMA PADAH...Rooney tak puas hati selepas mendapat kad merah, awal pagi semalam.


PODGORICA: England melengkapkan kempen mereka dalam Kumpulan G tanpa kalah apabila seri 2-2 dengan Montenegro untuk layak ke pusingan akhir Euro 2012 walaupun kad merah buat Wayne Rooney dan gol penyamaan saat akhir tuan rumah sedikit menjejaskan kejayaan mereka, awal pagi semalam.

Memerlukan hanya satu mata untuk memastikan muncul juara kumpulan, jaringan Ashley Young dan Darren Bent membolehkan anak buah Fabio Capello menguasai selepas 31 minit pada malam hujan di negara Balkan itu sebelum perkara yang tidak dijangka berlaku.

Pertamanya, Elsad Zverotic melakukan sepakan voli menerusi percubaan terakhir babak pertama dan pemain gantian Andrija Delibasic menanduk masuk gol penyamaan dramatik bagi memastikan Montenegro muncul naib juara kumpulan dan tempat ke play-off.

Rooney, yang terbabit dengan kedua-dua gol England, dilayangkan kad merah kerana secara kasar menyepak Miodrag Dzudovic dengan berbaki kurang 20 minit dan akan terlepas aksi awal pusingan akhir tahun depan di Poland dan Ukraine.

Penyerang Manchester United itu, yang menerima kad keduanya bersama England, mungkin boleh dikenakan penggantungan tiga perlawanan sekali gus mampu memberi implikasi serius terhadap peluang England tahun depan.

England menamatkan kempen kelayakan dengan 18 mata di depan Montenegro yang mengumpul 12.

Switzerland, yang menerima kunjungan Montenegro awal pagi Rabu ini, tidak layak untuk beraksi pada play-off selepas kecundang 0-2 di tangan Wales.

“Kami agak kecewa kerana mendahului 2-0 dan berakhir dengan keputusan seri,” kata kapten England, John Terry.

“Namun ia satu perasaan hebat untuk meraih kejayaan ini dan kami pula menjuarai kumpulan.

“Kami benar-benar menguasai dan pengurus berkata pada babak pertama ia mungkin terlalu mudah buat kami.” 

Capello berkata Rooney berhak dibuang padang. “Saya agak terkejut kerana betul-betul di depan saya dia menyepak pemain lawan. Saya fikir kad merah buat Rooney adalah tepat,” kata Capello.

“Pemain agak kecewa daripada apa yang berlaku di padang bukannya di luar padang,” kata jurulatih itu, merujuk kepada bapa dan bapa saudara Rooney yang ditahan Khamis lalu dan dibebaskan polis kerana didakwa terbabit dengan komplot pertaruhan.

Semuanya mudah buat England pada babak awal dan tidak hairan apabila Young memberikan pasukan pelawat gol pendahuluan selepas 11 minit. Rooney mengumpan kepada Theo Walcott dan hantaran lintangnya ditampan masuk Young.

Kedudukan menjadi 2-0 apabila Montenegro kehilangan bola di bahagian tengah dan Rooney menghantar kepada Young yang bijak mengumpan kepada Darren Bent sebelum penyerang itu menolak masuk dengan mudah. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga