slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 4 Oktober 2011

Wenger mengaku kalah


Wenger, right, reacts during their English Premier League match against Tottenham Hotspur at White Hart Lane.
Aksi Wenger ketika perlawanan Arsenal menentang Tottenham Hotspur di White Hart Lane.

LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger seolah-olah sudah menyerah kalah dalam usaha merampas kembali gelaran juara Liga Perdana England musim ini.
Pengurus kelahiran Perancis itu mengakui, skuad The Gunners tidak lagi dianggap sebagai pencabar bagi dalam perebutan gelaran juara selepas ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu keseluruhan, Manchester United.
Kelmarin, Wenger terus dihantui nasib malang apabila anak-anak buahnya tewas 1-2 kepada Tottenham Hotspur dalam aksi liga di White Hart Lane.
Wenger turut menerima tamparan hebat pada perlawanan tersebut apabila tonggak pertahanan, Bacary Sagna mengalami kecederaan buku lali yang serius, sekali gus mungkin terpaksa berehat untuk tempoh beberapa minggu.
Arsenal yang bergelut dengan prestasi tidak menentu dalam saingan musim ini, sekadar menduduki tangga ke-15 carta liga apabila mengumpul tujuh mata, dua mata dipisahkan dari zon penyingkiran.
"Buat masa ini, kami (Arsenal) perlu meletakkan sasaran yang lebih realistik. Sasaran untuk layak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan adalah lebih realistik untuk kami ketika ini.
"Ketika ini, kami ketinggalan 12 mata di belakang United dan Manchester City. Jadi... adalah mustahil untuk memberitahu, kami mampu menjuarai liga.
"Apa yang penting, kami perlu kembali bangkit dan meneruskan persaingan bagi mendapatkan kedudukan lebih baik," kata Wenger.
Pada aksi kelmarin, Spurs berjaya membuka tirai jaringan menerusi Rafael van der Vaart pada minit ke-40 sebelum Aaron Ramsey menyamakan kedudukan buat Arsenal minit ke-51.
Hasrat skuad The Gunners untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata tidak kesampaian apabila Kyle Walker muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan Spurs pada minit ke-73.
Dalam pada itu, Wenger yang diminta mengulas mengenai kecederaan yang dialami Sagna berkata: "Kami sangat bimbang dengan kecederaan yang dialami Sagna.
"Ketika ini, dia berada di hospital. Namun, hasil pemeriksaan awal, ia bukan suatu berita yang menggembirakan. Buku lalinya mengalami kecederaan dan memerlukan rawatan lanjut," ujar Wenger. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga