“KAMI tak kisah naik Barracuda, kerana kami mahu layak ke final,” jelas pemain pertahanan skuad bawah 23 tahun negara, Mohd Fadhli Shas yang semakin bersemangat untuk beraksi pada separuh akhir menentang Myanmar hari ini.
Pengalaman buruk skuad Harimau Malaya yang terpaksa menaiki Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir Piala AFF Disember lalu turut dialami skuad muda negara kelmarin.
Ribuan penyokong Indonesia menanti pemain negara keluar dari stadium selepas tamat perlawanan Kumpulan A yang menyaksikan Malaysia menang 1-0 hasil jaringan Syahrul Azwari Ibrahim.
Kerana bimbang dengan tahap keselamatan, semua pemain diarah menaiki dua buah Barracuda untuk pulang ke hotel penginapan.
Bagi Fadhli yang sudah dua kali menaiki Barracuda menganggap, segala rintangan dihadapi menyebabkan semua pemain semakin bersemangat untuk mempertahankan pingat emas.
“Semalam dalam Barracuda lagi sesak, sebab biasanya boleh masuk tujuh orang tapi semalam (kelmarin) sampai 10 orang. Sampai sesak nafas dan kejang kaki kami.
“Memang bahaya, masa kami tiba di stadium memang ada penyokong yang mengetuk bas. Tapi perkara ini sudah kami jangkakan dan ia menjadikan kami semakin bersemangat.
“Kami perlu fokus menentang Myanmar kerana peluang kami mara ke final cerah,” katanya yang membentuk gandingan mantap bersama Mohd Muslim Ahmad di benteng tengah.
Sementara itu pemain pertahanan kanan, Mohd Asraruddin Putra menyifatkan barisan pertahanan negara yang dibarisi, Mahali, Fadhli dan Muslim adalah yang terbaik. - myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan