slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 12 November 2011

Malaysia jumpa Australia di final


PEMAIN Malaysia meraikan kemenangan menewaskan India 5-1 pada hoki Piala Sultan Johor di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU - Malaysia meneruskan peningkatan menakjubkan apabila membenam India 5-1 dalam perlawanan terakhir pusingan awal semalam, sekali gus menempah pertemuan akhir Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun - Piala Sultan Johor 2011 menentang Australia hari ini.

Selepas dikecewakan 1-2 oleh Australia dalam aksi pembukaan minggu lalu, skuad projek 2013 negara berpeluang untuk menebus kekalahan, sekali gus membawa pulang kejuaraan di depan penyokong sendiri di Stadium Hoki Taman Daya.

Pada aksi yang penuh kontroversi semalam, skuad projek 2013 negara yang dibimbing Mohd. Dharma Abdullah bagaimanapun terpaksa berhempas pulas, malah dikejutkan dengan ketinggalan 0-1, sebelum menundukkan India yang juga bekas Juara Remaja Dunia 2005.

Keadaan menjadi tegang pada minit sembilan apabila pemain kedua-dua pasukan mula bergaduh menyebabkan pengadil perlawanan terpaksa melayangkan kad merah kepada pemain India, Talwinder Singh dan kad kuning kepada pemain Malaysia, Norhizzat Sumantri.

Dengan 10 pemain, India bagaimanapun berjaya mendahului pada minit ke-13 menerusi jaringan Harpreet Singh, sebelum skuad negara bangkit lebih bersemangat dengan sokongan penyokong yang memenuhi Stadium Hoki Taman Daya.

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Muhammad Noor Faeez Ibrahim pada minit ke-17 dan 59, Mohamad Izad Jamaluddin (45), Mohamad Syamim Mohd Yusof (57) dan Shazril Irwan Nazli (61).
India cuba bangkit dengan melakukan beberapa serangan tetapi gagal untuk menghasilkan sebarang gol sehingga wisel penamat.

Pada aksi penentuan tempat kelima dan keenam, Pakistan yang menewaskan Australia 3-2 semalam akan bertemu New Zealand hari ini, manakala bagi penentuan tempat ketiga dan keempat menyaksikan Korea Selatan menentang India.

Terdahulu, Korea Selatan menewaskan New Zealand 2-1 menerusi jaringan Yong Dong Hyeon pada minit ke-30 dan 55 dan gol tunggal New Zealand dijaringkan Kane Russell minit ke-48. - UMalaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga