slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 5 Oktober 2012

Bekas pemain Selangor Ezmi derita barah hidung

Mohd Ezmi Mad Jan
Kanser dialami merubah wajah Mohd Ezmi

BATANG KALI - Bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 35, kini menderita barah hidung atau limfoma.
Dia yang ditemui di rumahnya semalam kelihatan kurang bermaya dan lebih kerap berbaring kerana serangan barah yang merosakkan keseluruhan hidungnya.
Ibunya, Latifah Daud, 55, berkata, anak sulungnya itu mula menunjukkan gejala serangan kuman limfoma sejak empat tahun lalu apabila dia kerap menghembus cecair seperti hingus daripada hidungnya.
Bagaimanapun, katanya saban hari kesan itu dilihat bertambah teruk sehingga memaksa anaknya menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan dalam hidungnya.
“Makcik pernah tegur dia kenapa menghembus sampai nak terkeluar isi hidung, dia kata sebab hidungnya tersumbat sesuatu.
“Bila keadaan itu tidak berubah, dia menjalani pembedahan bagi membuang sesuatu yang menyekat pernafasannya. Tetapi, selepas itu keadaannya bertambah teruk hinggalah kesan yang dilihat sekarang,” katanya ketika menerima kunjungan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Selangor, Maznah Othman semalam.
Latifah berkata, kuman limfoma merebak dan memakan tisu-tisu hidung anaknya bermula di sebelah kiri sehingga menjejaskan keseluruhan hidung termasuk bahagian atas bibir.
Katanya, pakar perubatan juga mengakui tidak mampu merawat penyakit tersebut dan memaksa ahli keluarga mengambil ikhtiar melakukan rawatan tradisional.
“Ezmi tidak mampu berjalan seperti biasa dan ia menghalang daripada meneruskan terapi di hospital, sebab itu kami teruskan rawatan tradisional di rumah.
“Dia ada harapan untuk sembuh tapi perlu pastikan lukanya kering dan bebas kuman bagi memudahkan doktor menggunakan tisu sesuai menampal luka tersebut,” katanya.
Menurutnya, jika tidak kuman limfoma akan terus merosakkan tisu badannya.
Katanya, berat badan Mohd Ezmi semakin susut sehingga 37 kilogram (kg) sekarang berbanding 56 kg sebelum ini.
Malah, rumahtangganya juga tidak mampu bertahan hingga memaksa dia dan bekas isterinya kini tinggal berasingan.
Sementara itu Maznah berkata, JKM Hulu Selangor menyenaraikan Mohd Ezmi sebagai penerima Bantuan Penjagaan Pesakit Terlantar berjumlah RM300 sebulan.
Beliau berkata, bantuan tersebut diberikan untuk meringankan beban terpaksa ditanggung keluarga pesakit.
“Kita telah mengambil kira beban keluarga yang terpaksa menanggung beberapa perbelanjaan berkaitan.
“Bantuan ini diharap dapat meringankan sedikit beban ahli keluarga pesakit,” katanya kepada Sinar Harian selepas melawat keluarga berkenaan semalam.
Turut hadir, Pembantu Pegawai Kebajikan Kanan, JKM Hulu Selangor, Tuan Rosli Tuan Ahmad.
Pada lawatan tersebut, JKM turut menghulurkan bantuan segera berupa wang tunai dan barangan keperluan kepada keluarga bekas pemain bola sepak Selangor itu. - SinarHarian

1 ulasan:

  1. Doakan semoga saudara Mohd Ezmi cepat sembuh dan banyakkan bersabar dgn dugaan yg diberiNYA.

    Marilah kita sama2 membantu meringankan beban yg ditanggung oleh saudara kita ini dgn kadar yg termampu walaupun hanya dgn berdoa.

    BalasPadam

Iklan Mangga