slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 4 November 2010

Akademi di Pahang ada kelainan

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Syah menyerahkan Jalur gemilang kepada jurulatih, K. Rajagobal pada pelancaran jersi baru skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam. - UTUSAN/Izham Jaafar
PETALING JAYA - Tidak sama seperti akademi bola sepak yang ada sekarang termasuk di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), itulah yang dijelaskan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah apabila ditanya tentang Akademi Bola Sepak bernilai RM20 juta yang bakal dibina di Pahang.

Menurut Tengku Abdullah, akademi yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober itu akan saling melengkapi dengan akademi yang ada sekarang ini sebagai usaha untuk melahirkan pemain berbakat.

"Ini adalah kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama FAM. Kedua-duanya saling memerlukan. Program ini bukannya dijalankan dalam jangka masa pendek tetapi sekurang-kurangnya membawa kepada 10 hingga 20 tahun," kata beliau pada sidang media selepas majlis pelancaran jersi baru skuad kebangsaan di Wisma FAM, semalam.

Jelasnya, semua perkara perlu diambil kira, ia termasuk dari segi infrastruktur dan mempunyai sedikit kelainan berbanding akademi terdahulu dan mengukuhkan apa yang ada sekarang ini.

"Kami masih mengumpul pelbagai maklumat dan pandangan bagi pembinaan akademi ini, sudah semestinya di akademi tersebut akan menyaksikan banyak pembinaan padang bola sepak tetapi mengenai tempat tinggal ia masih belum dibincangkan lagi.

"Terdapat dua atau tiga tempat yang telah dikenal pasti di Pahang, cuma sekarang ini tengah menunggu keputusan yang sesuai," kata Tengku Abdullah yang menganggap pemilihan di Pahang amat bersesuaian sekali kerana terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia.

Kata beliau, perbincangan dengan KBS juga akan melibatkan tentang pemilihan pemain dan hala tuju pemain yang lahir daripada akademi tersebut.

Ditanya mengenai peluang skuad kebangsaan pada Sukan Asia XVI di Guangzhou yang memulakan aksi pada Isnin depan menentang Kyrgyzstan, Tengku Abdullah berkata, pemain tidak boleh leka dengan pencapaian terdahulu.

"Pemain perlu terus bercita-cita tinggi untuk meneruskan momentum selepas kejayaan merangkul pingat emas di Sukan SEA Laos tahun lalu," katanya.- Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga