slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 15 November 2010

Apa salah saya?

TAK ADIL...tiga pemain negara dihadiahkan kad merah oleh pengadil ketika menentang China, kelmarin. Mahalli (atas kanan), Safiq (kiri) dan S Kunanlan (bawah) di Stadium Tianhe.

SAFIQ Rahim masih tertanya-tanya apakah sebab dia dilayangkan kad merah sedangkan sebagai kapten pasukan, dia berhak mendapat penjelasan pengadil Ben Williams akan tindak tanduknya di atas padang.


Apakah pengadil Australia, Ben Williams sendiri tidak tahu peranan kapten sesebuah pasukan atau sememangnya sengaja berbuat demikian.


“Inilah yang berada dalam benak fikiran saya selepas dikeluarkan. Saya masih tidak boleh menerimanya hingga sekarang.

“Apa salah saya sebenarnya? Bila saya tanya kepadanya, beliau kata ..tidak anda boleh keluar. Itu saja yang beliau jawab. Jadi apa perlunya seorang kapten dalam pasukan?,” tanya pemain Selangor itu.




Safiq akur dengan tindakan Mahalli Jasuli yang tidak sepatutnya menyepak bola kerana membantah keputusan pengadil yang melayangkan kad merah.

“Itu silap dia tapi mengapa pula saya juga dihukum kerana bertanya sedangkan itu hak saya. Mengapa pula terus kad merah sedangkan jika saya salah sekalipun, patutnya diberi amaran kad kuning sahaja. Inilah yang peliknya,” tegas Safiq.

Tindakan Williams itu mengakibatkan dia tercicir daripada kesebelasan utama negara berdepan Iran pada perlawanan kalah mati pusingan kedua hari ini.

Sudahlah begitu, skuad negara kini kekurangan pemain kerana yang tinggal hanya 13 pemain saja, termasuk penjaga gol simpanan.

Adilkah perlawanan ini kelak?

Ditanya kepada Safiq, kedudukan Malaysia umpama menanti dibelasah Iran.

“Iran antara pasukan gergasi Asia yang sudah beberapa kali layak ke Piala Dunia dan Sukan Olimpik. Mereka muncul juara Kumpulan B dengan rekod tanpa kalah.

“Mereka mantap di setiap posisi dengan Seyed Hosseini muncul penjaring terbanyak pasukan. Dalam keadaan sekarang, saya tidak yakin kami boleh memberikan saingan.

“Apapun saya harap rakan sepasukan tidak hilang keyakinan sebaliknya cuba beri aksi terbaik sekalipun kekuatan pasukan kini longgar.

“Apa juga keputusan perlawanan nanti, saya tetap bangga menjadi anggota skuad Sukan Asia Rajagobal ini. Kami buktikan keupayaan melampaui sebarang keraguan.

“Sesudah mencipta sejarah meraih kembali pingat emas Sukan Sea Laos selepas 20 tahun, kami sekali lagi membawa Malaysia layak ke pusingan kedua selepas 32 tahun dalam skuad serba kekurangan,” tegasnya. - myMetro



2 ulasan:

  1. Nak buat camna....dah nasib.... lagipun mcm berat sebelah aje.....

    BalasPadam
  2. kesian rajagobal....camna nak susun player lepas ni.... nasib...nasib.

    BalasPadam

Iklan Mangga