slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 19 November 2010

Nicol, Wee Wern ke suku akhir

Nicol David membalas pukulan pemain Korea Selatan, Park Eun Ok untuk mara ke suku akhir acara skuasy individu wanita Sukan Asia di Guangzhou, semalam

GUANGZHOU - Datuk Nicol David mempamer sentuhan 'superstar' buat kali pertama di Guangzhou semalam, apabila melepasi halangan awal selepas menundukkan pemain Korea Selatan, Park Eun Ok 11-3, 11-7, 11-6 untuk ke suku akhir skuasy Sukan Asia XVI.

Turun sebagai juara dunia lima kali, kemunculan Nicol, yang memburu gelaran ketiga sememangnya dinantikan peminat skuasy di Gimnasium Bandar Sukan Asia semalam. Dan, dia tidak mengecewakan mereka apabila mempamer prestasi kelas dunia ketika membenam cabaran Euk Ok hanya dalam masa 26 minit.

Nicol, 27, bagaimanapun menjangkakan saingan sengit daripada pemain sedang meningkat India, Dipika Rebecca Pallikal yang bakal menjadi lawannya di suku akhir hari ini. Dipika melangkah selepas mengejutkan pilihan ke-9/16, Gu Jinyue dari China 11-4, 12-10, 11-1 Nicol mengalahkan pemain India itu menerusi keputusan 3-0 pada pertemuan terakhir mereka di Terbuka Chennai, Mac lepas.

"Park bermain dengan baik berbanding kali terakhir saya bertemu dengannya sebelum ini. Permainannya semakin mantap dan saya terpaksa bekerja keras untuk mengutip mata,'' ujar Nicol.

Turut mengiringi kemaraan Nicol ke suku akhir adalah pemain muda negara, Low Wee Wern yang membuat penampilan pertama Sukan Asia. Pemain berusia 20 tahun itu dipaksa berhempas pulas sebelum menundukkan pencabar dari Jepun, Chinatsu Matsui 12-10, 11-4, 11-8.

Wee Wern, yang sedang mengharungi karier terbaiknya ketika ini dengan menghuni ranking ke-16 dunia akan berdepan laluan berliku di suku akhir hari ini. Dia akan menentang pemain No. 1 India, Joshana Chinappa. Pemenang perlawanan ini berpotensi bertemu Nicol di separuh akhir.

"Ini merupakan kemunculan sulung saya dalam Sukan Asia, dan bermain dalam permainan pertama amat sukar buat saya. Mulanya saya memang gugup tetapi akhirnya saya berjaya membuat banyak pukulan yang baik,'' katanya. - Utusan Malaysia

TAHNIAH!!! teruskan perjuangan anda....kami doakan kejayaan anda semua......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga