slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 20 November 2010

Real buru tiga mata penuh di Santiago Bernabeu

Cristiano Ronaldo

MADRID - Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho berdepan tugas sukar untuk memastikan skuad kendaliannya itu terus kekal selaku pendahulu Liga Sepanyol.
Mourinho menganggap ia sebagai penting sebelum anak buahnya dijadual berdepan musuh tradisi, Barcelona di Nou Camp pada 29 November ini.
Ketika ini, Real unggul selaku pendahulu liga apabila mengumpul 29 mata daripada 11 perlawanan tetapi hanya satu mata di hadapan skuad The Catalan itu.
Kedudukan itu meletakkan Mourinho sebagai pengendali paling berjaya dalam sejarah Liga Sepanyol.
Disebabkan itu, Real yang bakal melayan kunjungan Athletic Bilbao awal pagi esok di Santiago Bernabeu sudah pasti turun dengan satu misi iaitu mengutip tiga mata penuh.
Setakat ini, Real berjaya mencatat lima kemenangan apabila beraksi di laman sendiri dengan dibantu 12 gol yang direkodkan penyerang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo.
"Semua orang pasti ada perasaan cemburu dengan Mourinho. Ia normal kerana mereka sedar Mourinho adalah yang terbaik.
"Adalah sesuatu yang menakjubkan apabila berada di bawah kenda- lian Mourinho.
"Dia (Mourinho) tidak melakukan apa-apa perkara yang istimewa, namun dia merupakan seorang juru- latih yang berdisiplin dan sangat teliti dalam semua aspek," jelas Ronaldo.
Sementara itu, jurulatih Bilbao, Joaquin Caparros menganggap pertemuan dengan Real adalah satu perlawanan yang sukar buat anak buahnya.
"Ia merupakan satu perlawanan yang sukar buat kami (Bilbao) kerana Real ketika tampil dengan prestasi yang cukup konsisten," katanya. - AFP (Kosmo)

1 ulasan:

Iklan Mangga