slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 18 November 2010

Azizulhasni Raja Keirin

HEBAT...Azizulhasni pantas menuju garisan penamat diikuti Josiah untuk pingat perak dalam acara keirin di Velodrom Guangzhou, semalam.
AZIZULHASNI Awang membuktikan kehebatannya apabila menakluki acara keirin dan diiringi rakan sepasukan, Josiah Ng untuk penyudah emas-perak buat Malaysia pada hari terakhir acara trek di Velodrom Guangzhou, semalam.

Bagaikan ulangan final di Sukan Komanwel New Delhi, kemenangan itu seolah-olah mengubat duka pelumba Terengganu yang sebelum itu gagal meraih pingat gangsa dalam acara pecut apabila tewas kepada pelumba Jepun, Yudai Nitta.


Kegagalan itu nyaris meragut semangatnya tetapi pemilik gelaran “The Pocket Rocketman” itu enggan tunduk kepada tekanan sebaliknya memikirkan untuk melakar persembahan luar biasa dalam perlumbaan itu yang turut disertai dua pelumba China iaitu Zhang Miao dan Zhang Lei, Kazunari Watanabe (Jepun) dan Parash Mohammad (Iran).



“Saya katakan kepada jurulatih, John Beasley, saya mahu lakukan kamikaze. Walau apa terjadi saya akan berusaha habis-habisan. Jika kalahpun saya puas hati.


“Semua perasaan takut dan marah saya lepaskan di henjutan terakhir. Saya dengar ada orang jatuh tetapi saya tak peduli dan terus mengayuh kerana mahu menang,” katanya.



Kejayaan Azizulhasni dan Josiah itu turut dirai Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Chef de Mission, Datuk Zolkples Embong dan Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz.

Dalam perlumbaan cukup mendebarkan, pelumba China, Zhang Lei terjatuh ketika cuba melakukan asakan sebelum pusingan terakhir dan basikalnya terpelanting dan dilanggar Parash.


“Saya inginkan kemenangan ini kerana bernazar untuk membotakkan kepala jika menang. Tunggulah esok, saya akan botakkan kepala,” katanya yang menujukan kemenangan itu kepada rakyat Malaysia yang menyokong kariernya selama ini.


Mengenai sasarannya selepas ini, pelumba berusia 22 tahun itu pasti saja mengidam ke Sukan Olimpik tetapi katanya, dia perlu mengutip mata kelayakan di semua kejohanan Piala Dunia tahun depan. - myMetro


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga