slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 19 November 2010

Boling wanita terus tenggelam

Reaksi kecewa Esther Cheah setelah gagal melakukan strike dalam acara boling beregu wanita pada Sukan Asia di Guangzhou, semalam.
GUANGZHOU – “Kita kena segera bangkit dari lena jika mahu memenangi pingat emas, tidak boleh bergantung kepada kegemilangan lalu,” tegas pengurus boling negara, Cheah Ban Cheng selepas pemain wanita terus tenggelam pada Sukan Asia XVI setelah tamat dua saingan.

Kegagalan boling mengutip pingat pada hari ketujuh temasya menyaksikan Malaysia mengharungi hari ‘kering’ tanpa sebarang pingat semalam. Pada ketika sukan utama seperti badminton, skuasy dan sepak takraw masih di peringkat awal, boling menjadi sandaran untuk menambah tiga emas yang dipungut setakat ini.

Semalam, beregu wanita Malaysia bukan saja gagal mencabar kedudukan podium, malah tiada satupun pasangannya berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik. Perkembangan ini nyata meresahkan kem negara kerana boling adalah sukan yang diharap menjadi lubuk emas.

Begitupun, boling masih menawarkan lapan emas untuk direbut sehingga hari terakhir sukan itu, 24 November ini.

Kejayaan beregu lelaki, Alex Liew-Adrian Ang menghadiahkan emas pertama boling kelmarin tidak mampu menyuntik semangat rakan-rakan wanita mereka, sebaliknya Korea Selatan terlalu unggul mendominasi dengan tiga pasangannya berada pada kedudukan 1-2-3.

Kombinasi dua pemain berpengalaman, Esther Cheah dan Shalin Zulkifli muncul beregu terbaik Malaysia semalam dengan mengumpul 2,432 jatuhan pin, 255 pin ditinggalkan pemenang pingat emas, Choi Jin A-Gang Hye Eun deng 255 pin.

Gandingan Sharon Koh-Zatil Iman Abdul Ghani dengan 2,428 jatuhan pin di tangga ke-14, manakala Zandra Aziela Ibrahim Hakimi-Sin Li Jane menutup cabaran di tempat ke-19 dengan 2,344 jatuhan pin.

“Dua hari pertama ini memang mengecewakan dan pemain Korea Selatan tampak terlalu unggul, namun saya tetap yakin bahawa Malaysia akan tampil dengan lebih mantap apabila kami beraksi sebagai sebuah pasukan. Lebih ramai anggota, lebih kuat cabaran yang mampu kami berikan.

“Persembahan kami meningkat dari hari ke hari. Hari ini saya bermain lebih baik daripada semalam, begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. Sebab itu saya tidak pernah memadam peluang kami dan jangan lupa, kami masih ada dua acara berpasukan untuk diharungi - trio dan lima sepasukan,” tegas Esther, yang gagal mempertahankan kejuaraan perseorangan wanita.

Bagi Ban Cheng, acara lima berpasukan menjadi sasaran kebangkitan wanita Malaysia, di mana kita penyandang juara. Namun, skuad negara turut menaruh harapan untuk memenangi pingat dalam saingan trio yang berlangsung hari ini.Kombinasi pertama yang dianggotai Sharon, Esther dan Shalin menjadi harapan terbesar negara, manakala satu lagi trio dibentuk menerusi gandingan Zandra, Li Jane dan Zatil Iman.

Turut beraksi hari ini trio lelaki, di mana Malaysia merupakan juara bertahan. Kombinasi beregu emas, Alex dan Adrian sekali lagi diganding bersama Aaron Kong. Zulmazran Zulkifli, Muhd. Nur Aiman Khairuddin dan Mohd. Syafiq Ridhwan Abdul Malek pula membentuk trio kedua. Begitupun boling tidak menawarkan emas hari ini, sebaliknya pemenang akan ditentukan selepas tamat blok kedua esok. – Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga