Pemain Chelsea, Didier Drogba (kanan) merembat deras ke arah pintu gol Newcastle sambil cuba dihalang Steven Taylor pada perlawanan Liga Perdana England di St. James Park, semalam. - AFP |
Chelsea gagal ke tangga teratas liga apabila seri dengan Newcastle 1-1 di St James Park, semalam.
Manchester United menerajui liga dengan kelebihan dua mata ke atas Chelsea dan Arsenal, apabila mengumpul 31 mata, sementara kedua-dua kelab dari London itu memungut 29 mata.
Kegagalan meraih tiga mata semalam, bermakna Chelsea gagal mencatatkan kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir mereka, selepas tunduk 0-3 kepada Sunderland dan 0-1 kepada Birmingham.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan