slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 8 November 2010

Man. United buat Chelsea rasa tertekan


LONDON - Manchester United merapatkan perbezaan mata dengan pendahulu, Chelsea setelah jaringan Park Ji-Sung pada masa kecederaan memberi kemenangan dramatik 2-1 ke atas Wolves di Old Trafford, kelmarin.

Pasukan bimbingan Alex Ferguson itu, kini hanya dipisahkan dua mata dengan Chelsea (sebelum perlawanan menentang Liverpool semalam), hasil jaringan Ji-Sung, yang muncul wira setelah United terpaksa mengharungi hari yang buruk, ekoran kecederaan pelipat lutut yang dialami pemain tengah, Owen Hargreaves.

Hargreaves, yang berehat panjang setelah dua tahun tidak beraksi berikutan kecederaan lutut, diturunkan buat pertama kali dalam perlawanan menentang Wolves.

Namun, nasib malang menimpa pemain itu, apabila dia hanya dapat beraksi dalam tempoh tidak sampai enam minit.

Pemain tengah Korea Selatan, Ji-Sung meletakkan United mendahului sebelum rehat, apabila dia merembat bola hasil hantaran Darren Fletcher, untuk gol pertama United.

Bekas pemain pelatih United, Sylvan Ebanks- Blake melakukan kejutan di Old Trafford, apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-66, dengan pantas menyambar hantaran Nenad Milijas, untuk menewaskan penjaga gol, Edwin van der Sar.

Ji-Sung muncul penyelamat United apabila menyempurnakan jaringan pada minit terakhir perlawanan.

''Ia merupakan satu perjuangan yang cukup panjang.

''Saya perlu membuat perubahan dan sukar untuk memastikan mutu persembahan pemain dapat dikekalkan.

''Segelintir pemain menghidap selesema, ada juga yang mengalami masalah cirit-birit, jadi, kami telah melakukan yang terbaik untuk mencatat keputusan ini.'' kata Ferguson. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga