slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 20 November 2010

Misi akhiri kemarau 16 tahun

FUTRA melakukan libasan sambil dihalang pemain Korea Selatan, Im An-soo pada aksi semalam.

SKUAD sepak takraw negara berada di landasan terbaik untuk menamatkan kemarau 16 tahun tanpa kilauan pingat emas Sukan Asia.
Pada aksi separuh akhir semalam, Malaysia berjaya menundukkan Korea Selatan 2-0 seterusnya menempah pertemuan final dengan juara bertahan, Thailand yang mudah menyingkirkan Jepun 2-0.
Jurulatih, Iskandar Arshad yang merupakan salah seorang pemain negara yang memenangi pingat emas Sukan Asia 1994 di Hiroshima, Jepun kini berhasrat melihat anak-anak buahnya menamatkan kemarau selama 16 tahun itu.
"Dari segi teknik, Malaysia dan Thailand tidak jauh beza. Cuma faktor utama yang kita perlu ada untuk menewaskan Thailand ialah semangat yang tinggi dan juga berjuang habis-habisan di atas gelanggang.
"Final merupakan perlawanan yang terakhir. Jadi kita akan susun satu strategi terbaik untuk merampas pingat emas dari Thailand. Saya anggap peluang 50-50.
"Kalau pemain mampu tampilkan semangat lebih tinggi daripada biasa, saya yakin pingat emas pertama selepas 16 tahun mampu diraih," kata Iskandar.
Pada aksi separuh akhir semalam, Malaysia tidaklah diberi laluan mudah oleh Korea Selatan apabila memerlukan dua jam 47 minit untuk mengesahkan kemaraan ke final.
Regu pertama Malaysia yang dibarisi Normanizam Ahmad, Futra Ghani dan Ariff Ramli menang set pertama 21-15 tetapi tewas 19-21 pada set kedua kepada gandingan Korea Selatan, Kwon Hyuk- jin, Im An-soo dan Jeong Won- deok.
Mujur pada tie break, regu negara lebih cemerlang dengan kemenangan 15-13.
Regu kedua Malaysia yang diwakili Noor Azman Abdul Hamid, Norshahruddin Ghani dan Farhan Adam pula tewas set pertama 19-21 kepada Yoo Dong-young, Park Hyeon-geun dan Lee Myung-jung.
Namun, mereka bangkit memenangi set kedua 21-16 dan tie break 15-11 untuk membolehkan regu ketiga, Ahmad Sufi Hashim, Azman Nasrud- din dan Zulkarnain Arif tidak perlu turun ke gelanggang.
"Kemenangan regu pertama menaikkan semangat regu kedua untuk turut menang. Tetapi saya akui, Korea Sela- tan sememangnya bukan lawan yang mudah," jelas Iskan- dar.
Final bagi acara berpasukan lelaki itu bakal berlangsung di Pusat Sukan Haizhu, Guangzhou pukul 2 petang ini.-Kosmo

1 ulasan:

Iklan Mangga